BAB 24

207 6 0
                                        

"Hubby...." panggil Kaisara lembut dan perlahan. Xaivier yang sedang menandatangani buku buku novel milik pembacanya itu menoleh ke arah Kaisara.

"Yes tesoro? Nak apa apa ke sayang?" Tanya Xaivier lembut. Dia memandang novel dan wajah isterinya bersilih ganti.

Kaisara menggelengkan kepalanya. Pipinya mulai merah. Dah lah ada peminat peminat suaminya di situ.

Kebanyakan pembaca pembaca novel Xaivier tersenyum nakal ke arah mereka berdua namun wajah Xaivier hanya tenang seperti tiada apa apa berlaku.

"Nak baca buku hubby boleh? Bosan lah" Pinta Kaisara. Xaivier tersenyum manis lalu menyerahkan buku novel miliknya kepada isterinya.

Kaisara tersenyum lebar. Dia mula membuka buku novel baru yang ditulis oleh suaminya sendiri.

Selamanya kamu. By ItsRiz.

Dia membaca novel itu sambil memeluk plushie berbentuk burung hantu yang dibeli oleh Safiah untuknya baru baru ini.

Matanya terhenti di muka surat 24. Dia tertarik dengan ayat luahan Zariq di dalam buku ini.

Ini tentang dia, seseorang yang hanya bisa ku lihat dari kejauhan, seseorang yang aku cintai tanpa adanya komunikasi, seseorang yang membuatku jatuh cinta sejatuh jatuhnya. Seseorang yang mengajarkan ku bahawa cinta tak harus saling memiliki

-Zariq, Selamanya kamu.

Dia berpaling ke arah Xaivier di sebelahnya. Sisi wajah suaminya itu dipandang lama dengan senyuman.

Dia tahu, itu adalah luahan hati suaminya. Dia bersyukur mempunyai suami yang baik seperti Asyraaf Dhariz Xaivier.

To be continue..

HANYA DIA SEORANGWhere stories live. Discover now