Xaivier menutup pintu rumah sejurus selepas dia dan Kaisara melangkah masuk ke dalam Ace Mansion. Kaisara terus berlari ke arah dapur dan memeluk Puan Drea yang sedang memasak.
"Mummy. Mummy masak apa hari ni?" Tanya Kaisara yang masih lagi mendakap tubuh wanita itu. Tergeleng kepala Tuan Arcy dan Xaivier.
"Mummy masak mee kari hari ni sebab daddy kata nak rasa mummy masak makanan ni" balas Puan Drea. Kaisara meleraikan pelukan mereka.
"Mummy, Sara naik atas tukar baju dulu baru Sara tolong mummy eh" kata Kaisara lembut.
"Boleh sayang" balas Puan Drea. Dia mengosok kepala gadis itu yang masih lagi dilapik dengan tudung putih sekolah.
Kaisara naik ke tingkat atas. Xaivier yang baru saja mahu mengikuti gadis kecil itu terbantut saat namanya di panggil oleh Qayder.
"Xaivier" panggil Qayder. Xaivier berpaling dan menaikkan sebelah keningnya sedikit sebagai balasan.
Qayder mendekati rakannya itu lalu menghulurkan satu sampul kecil berwarna putih. Xaivier menyambut dan membuka.
Membulat matanya saat melihat isi di dalam sampul itu. Dariel dan Eidlan yang baru saja turun dari bilik Darren mendekati kedua dua jejaka itu.
"Kau nak kahwin, Ezra Qayder?!" Kata Eidlan, Xaivier dan Dariel.
Qayder hanya mengangguk kepala dengan wajah tenang. "Ye lah aku nak kahwin dengan Arriana" kata Qayder sambil tersenyum nipis.
Apabila mengingatkan tentang dua hari lepas dimana Arriana menerima lamarannya. Dua malam dia memikirkan tentang majlis perkahwinan mereka nanti.
Dariel memetik jarinya di hadapan wajah Qayder. Lelaki itu tersentak.
"Kau kahwin terus ke? Tak bertunang dulu?" Tanya Eidlan saat membaca tarikh perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tak lama lagi.
Sekali lagi Qayder angguk mengiyakan soalan dari rakannya itu.
"Ohh faham faham" kata Eidlan. Xaivier sudah termenung jauh.
Bila lah aku nak kahwin dengan Sara macam Qayder dan Arriana ni?
"Ouh ya, ada satu lagi perkara yang aku nak bagitahu dekat kauorang" kata Qayder. Xaivier kembali memandang ke arah lelaki itu.
"Apa dia?" Soal Dariel. Qayder menghulurkan 3 keping gambar kepada Xaivier. Xaivier menyambut.
"Tengku Alvin?" Kata Dariel tatkala melihat wajah lelaki yang berada di dalam gambar itu. Dia seperti sudah dapat meneka apa yang sudah berlaku.
"Yup. Dia kena tangkap malam semalam sebab simpan dadah dalam rumah. Kantoi dengan polis" jelas Qayder dengan nada puas.
Xaivier mengukir senyuman sinis sebelum memandang Qayder lama. "Kau yang kantoikan rancangan jahat dia ni dekat polis ke?" Duga Xaivier.
Qayder hanya mengangkat bahunya dengan wajah mendatar. Eidlan dan Dariel melopong. Makk aii, biar betik dia ni.
"Berapa lama dia meringkup dalam penjara tu nanti?" Tanya Eidlan kepada Qayder.
"Belum dibicarakan lagi" tiba tiba saja mereka terdengar satu bunyi dari arah belakang. Eidlan, Qayder, Xaivier dan Dariel menoleh.
Membulat mata Xaivier tatkala melihat sosok tubuh Kaisara yang berdiri kaku di situ.
"Kaisara..." panggil Dariel. Kaisara menggelengkan kepalanya tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
Dia terus berlari naik ke atas. Tak menunggu lama, Xaivier mengejar gadis itu. Eidlan, Dariel dan Qayder hanya mengeluh.
To be continue..

YOU ARE READING
HANYA DIA SEORANG
RomanceASYRAAF DHARIZ XAIVIER & TENGKU KAISARA KHALISHAH Pertemuan pertama mereka di pejabat sekolah sewaktu tingkatan 4 menjadi titik bermulanya hubungan mereka. Xaivier yang dahulunya tidak pernah tersenyum pada perempuan lain selain ibu, adik dan kakak...