BAB 4

49 4 2
                                    

"Assalamualaikum. Vier, kami datang ni" Irsyad, Faiq dan Darren memberi salam di hadapan pintu bilik Xaivier.

"Bapak lama dia nak buka pintu pun. Jauh sangat ke pintu bilik ni dengan katil?" Kata Irsyad sendirian.

"Waalaikumussalam" jawab Xaivier sambil membuka pintu bilik. Rambut yang basah dan serabai selepas mandi tadi hanya dibiarkan saja.

"Apa yang lama sangat kau nak buka pintu ni?" Tanya Faiq. Mereka bertiga masuk dan duduk di atas katil Xaivier.

"Maaf lah, aku tengah mandi tadi tak dengar pula kauorang panggil" ujar lelaki itu.

Xaivier menutup pintu biliknya. Dia mengambil tuala yang tergantung dilehernya sebelum kembali mengelap rambut. Air yang menitis ke wajahnya dihiraukan.

Dia melabuhkan punggung di sebelah Darren. D'Adheen yang sedang bermain dengan mainan kereta kecilnya itu mendepakan tangan ke arah Xaivier. Mahu didukung oleh jejaka itu.

"Haii Adheen. Comelnya dia" puji Xaivier. Dia mengangkat si kecil itu. D'Adheen memeluk lehernya erat.

"Ni, maklumat yang kau nak pasal Tengku Kaisara Khalishah kesayangan intan payung buah hati dinda kau tu" kata Irsyad menyampah. Dia menyerahkan satu fail hitam kepada Xaivier.

Menyampah. Ada juga yang aku ajak Raisha kahwin kang.

Eh?

Xaivier ambil fail hitam itu dan membukanya. Dia membaca satu persatu aksara yang terdapat di dalam fail itu.

Darren, Faiq dan Irsyad hanya diam memandang lelaki itu. Xaivier mengangkat kepalanya.

"Kau biar betul? Kau pasti yang kau tak salah cari maklumat?" Tanya Xaivier menginginkan kepastian sekali lagi. Irsyad angguk kepala sekilas.

"Aku dah double check and semuanya betul. Tak ada salah sikit pun" jelas Irsyad mendatar.

Darren memegang bahu adiknya. "Kau ok ke tak ni, Vier?" Soalnya perlahan.

"Aku okay" nafi Xaivier. Dia menunduk memandang D'Adheen yang sedang bermain di atas ribanya.

"Tipu lah kau. Macam lah kami tak tau yang kau broken sebab Kaisara tu girlfriend orang kan" Darren dan Irsyad mengangguk setuju dengan kata kata Faiq.

Xaivier mengeluh. Betul, siapa saja yang tidak sakit hati bila cinta pertamanya sudah berpunya.

"Aku suka kan dia" luah Xaivier. Dia benar benar maksudkannya.

"Then, berusaha dapatkan dia. Kami yakin kau boleh" Faiq memberikan semangat.

Xaivier tersenyum nipis. Dalam diam senyuman itu bertukar sinis.

Baru couple, belum kahwin lagi. Aku masih ada harapan, kan?

To be continue..

HANYA DIA SEORANGWhere stories live. Discover now