8 bulan kemudian..
"Tuan Muda Hud Adhwa Bin Tuan Asyraaf Dhariz Xaivier" laung Xaivier kuat sehingga bergema satu mansion milik Tuan Arcy.
Tuan Amir dan Tuan Haikal yang mendengar suara jeritan Xaivier itu ketawa mengekek manakala Tuan Arcy hanya menggelengkan kepalanya.
"Hehe da da" kata si kecil itu. Xaivier mendukung tubuh kecil itu sebelum dia duduk di sebelah Tuan Arcy.
Hud diletakkan di atas ribanya. Xaivier memakai kan baju bayi untuk si kecil itu.
"Kenapa uncle Amir, uncle Haikal dan daddy pandang Vier macam tu" soal Xaivier hairan dengan pandangan dari ketiga tiga lelaki itu.
"Penat jaga anak Vier?" Tanya Tuan Amir. Xaivier mengangguk perlahan.
"Boleh la tapi ini je yang Vier boleh buat untuk balas balik jasa Sara. Dia sanggup bertarung nyawa untuk lahirkan Hud" balas Xaivier tenang. Dia memeluk erat tubuh kecil anak lelakinya.
Tuan Arcy tersenyum nipis. "Macam tu lah betapa stress nya daddy waktu nak jaga Vier, Darren dan Rique waktu kau orang kecil kecil dulu" kata Tuan Arcy.
Tuan Amir dan Tuan Haikal kembali ketawa dengan kata kata lelaki itu. Xaivier mencebik.
Nak kata kita nakal la tu daddy ni.
"Apa daddy ni" kata Xaivier tidak puas hati.
Tuan Arcy mengangkat bahunya. "Well, dah memang benda tu betul. Anak anak lelaki daddy semuanya nakal nakal" usik lelaki itu lagi.
Xaivier berdengus kasar. Semakin masam riak wajahnya.
"Dah daddynya pun nakal" celah Puan Drea yang baru datang bersama dengan Darren, Clara dan Kaisara.
Tuan Arcy menyandarkan kepalanya di bahu wanita itu. Darren memicingkan matanya ke arah ayahnya.
"Apa daddy ingat daddy je ada ke? Ren pun ada lah" kata Darren sebelum mencium pipi kanan Clara.
"Entah daddy ni. Vier pun sama" Xaivier pula berkata lalu dia memeluk tubuh isterinya.
Tuan Amir dan Tuan Haikal menjeling ke arah tiga pasangan bahagia itu. Kami pun ada la cuma tak tunjuk je.
Xaivier memandang Kaisara yang sedang melayan karenah Hud.
"Tesoro" Kaisara menoleh ke arah suaminya.
"Ya?"
"Duhai ratna pakaja, kidummu membuatku afsun" bisik Xaivier di telinga isterinya.
"Apa maksudnya tu?" Yang dia tahu itu adalah bahasa melayu klasik.
"Wahai buah hati, senyummu membuatku terpesona" merah wajah wanita itu.
Tak mahu kalah, Darren dan Tuan Arcy turut mencuba nasib untuk mengambil hati isteri masing masing.
"Precious"
"Angel" Puan Drea dan Clara berpaling ke arah suami mereka.
"Ya?" Soal mereka berdua serentak. Xaivier menjulingkan bebola matanya ke atas.
Tak nak kalah eh abang dan ayah dia ni.
"Wahai adiratna, sinar romanmu buat siapa saja yang melihatnya terpesona" ucap Tuan Arcy.
"Begitu cantik adindaku pada malam ini hingga mengalahkan cahaya bulan" kata Darren pula. Clara menyembamkan wajahnya di dada Darren.
"Maksudnya?" Puan Drea hanya melayan karenah suaminya itu.
"Kau adalah perempuan tercantik" Puan Drea menepuk lengan suaminya.
Kalau tak buat kita blushing memang tak sah kan.
"Kauorang memang tak nak kalah kan" kata Xaivier. Darren tersenyum. Dia memeluk bahu Clara.
"Of course. Dah ada bini kena la sweet sweet" balas lelaki itu.
Xaivier mengabaikan kata kata abang sulungnya itu. Dia memandang ke arah Kaisara dan Hud.
Anak dan isterinya. Keluarga kecilnya.
Tak ada yang boleh memisahkan mereka bertiga. Xaivier pasti itu. Dia akan sentiasa pastikan keselamatan anak dan isterinya terjaga.
Siapa sangka, cintanya yang dulu bertepuk sebelah tangan kini sudah mendapat kepastian. Disaat Kaisara menghulurkan tangannya , dia menyambut dan akan mengenggam tangan itu selamanya.
Jangan pernah berputus asa untuk mendapatkan sesuatu yang kamu mahu. Berdoa pada Allah. Jika dia adalah jodohmu, dia akan sentiasa menjadi jodohmu. Tak ada yang boleh menghalang.
• THE END •
25 Jun 2024. Hanya Dia Seorang menutup tirai. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca cerita ini.
Cari lah lelaki yang baik, yang ikhlas menerima kita seadanya walaupun kita masih lagi belum selesai dengan masalalu. Jangan pernah mengkhianati cinta lelaki seperti itu. Siapa tahu, dia adalah jodohmu?
Sekian daripada saya, S.E. Buat masa sekarang saya akan fokus pada ebook Arjuna's Hermosa dahulu. Mungkin dalam dua tiga bulan lagi baru ada story baru Insyaallah.
Bye.
- Littlefiaa♡
YOU ARE READING
HANYA DIA SEORANG
RomanceASYRAAF DHARIZ XAIVIER & TENGKU KAISARA KHALISHAH Pertemuan pertama mereka di pejabat sekolah sewaktu tingkatan 4 menjadi titik bermulanya hubungan mereka. Xaivier yang dahulunya tidak pernah tersenyum pada perempuan lain selain ibu, adik dan kakak...
