Kaisara memandang lama ke arah Arriana dan Qayder yang sedang berpegangan tangan di atas pelamin itu. Xaivier yang datang dari mana entah mengambil tempat di sebelah Kaisara.
Kaisara tersentak dan mengalihkan pandangan ke arah tepi. Wajah kacak Xaivier hanya dipandang sekilas sebelum dia kembali melihat pasangan pengantin baru itu.
Xaivier menatap lama tepi wajah gadis kecil itu. Cantik, bakal isteri siapa? Bakal isteri dia la tu.
"Aku nak cakap sikit ni" kata Xaivier namun matanya masih lagi tertumpu pada wajah manis itu.
"Nak cakap apa? Cakap je la" balas Kaisara tanpa memandang wajah lelaki itu.
"Ada 2 perkara yang aku nak cakap. Firstly, daddy kau mungkin akan duduk dalam penjara mungkin 5 hingga 7 tahun and tidak lebih dari 3 sebatan" jelas Xaivier.
Kaisara menunduk memandang lantai sambil menahan air matanya.
"Kedua, aku nak kau kahwin dengan aku. Aku yang akan jaga kau lepas ni" ujar Xaivier. Kaisara mengangkat kepalanya.
Dia menggelengkan kepalanya. "Aku tak nak"
Xaivier mengangkat bahunya. "Well, aku tak tanya pendapat kau. Aku cuma bagi tahu saja" balas lelaki itu selamba.
"Kau jahat Asyraaf" kata Kaisara dengan air mata yang hampir turun.
"Aku ikhlas nak jaga dan terima kau dalam hidup aku, Sara" ujar Xaivier lembut.
"Tapi aku belum habis dengan masalalu aku" Xaivier tersenyum pahit. Dia tahu itu, tak sesenang itu Kaisara akan melupakan Nash.
"Tak apa, aku boleh tunggu" dia tersenyum nipis.
"Walaupun ambil masa bertahun tahun untuk aku move on dari Nash dan terima kau?" Duga Kaisara.
"If he truly love you, he'll waiting for you even if it takes a thousand years" Clara yang baru saja datang ke meja itu bersama Darren menyampuk.
Xaivier memandang ke arah abang dan kakak iparnya. Kaisara tersenyum nipis.
"Just like how you wait for Darren?" Tanya Kaisara. Dia tahu tentang Clara dan Darren pun daripada Safiah.
Clara tergelak kecil seraya mengiyakan. Dia memeluk lengan kekar suaminya.
"Yea betul. Nasib je perangai orang sebelah ni dah baik, tak macam dulu" perli Clara. Darren hanya diam sambil tersenyum.
"But in the end, you got your own happy ending" ujar Kaisara. Clara yang dulunya sakit kerana menahan rasa rindu dan terpaksa menahan sakit kerana rakannya sendiri pernah menyukai Darren kini sudah bahagia bersama orang yang sama.
"Kata orang, kalau dua orang yang sudah lama berpisah bertemu dan bersama kembali. Ia akan menjadi cinta sejati" Clara menyuap nasi tomato kepada Darren.
"Then you can get your own happy ending too. I know Xaivier can take a good care of you" Darren yang sudah lama berdiam diri berkata.
Kaisara melirik sekilas ke arah Xaivier sebelum memandang pasangan di sebelahnya.
Dia seperti...buntu.
To be continue..
![](https://img.wattpad.com/cover/369144968-288-k636286.jpg)
YOU ARE READING
HANYA DIA SEORANG
RomansaASYRAAF DHARIZ XAIVIER & TENGKU KAISARA KHALISHAH Pertemuan pertama mereka di pejabat sekolah sewaktu tingkatan 4 menjadi titik bermulanya hubungan mereka. Xaivier yang dahulunya tidak pernah tersenyum pada perempuan lain selain ibu, adik dan kakak...