"Hi Riz, Ayd, Ad, Qay" sapa Nash riang. Adif, Ayden dan Qayder memandangnya tajam.
Baru saja dia mahu meletakkan beg sekolahnya di kerusi, Xaivier terus bangun dari duduknya dan meluru ke arah Nash.
Satu tumbukan padu di berikan oleh jejaka itu sehingga menyebabkan Nash tersungkur jatuh menyembah lantai.
Nash mendongakkan kepalanya saat kolar bajunya dicekak oleh Xaivier. Wajah beku Xaivier dipandang takut takut.
Bukan saja dia namun kesemua pelajar di dalam kelas ini terlihat seperti takut dengan riak wajah lelaki itu. Mungkin kerana Xaivier adalah seorang yang tenang dan tidak pernah dingin selama ini.
Hanya Adif, Ayden dan Qayder saja yang tenang memandang mereka berdua tanpa niat ingin menghalang.
"Kau dah kenapa sial" kata Nash bengang. Dia bangun dan menumbuk Xaivier semula.
"Kau tu yang kenapa! Kau kalau tak suka dia pun jangan lah sakitkan dia macam ni! Kau ingat dia patung ke hah yang kau boleh tinggal macam tu je and cari yang baru" tengking Xaivier.
"Kalau ye pun aku buat dia tu macam patung, kau tak ada kena mengena dengan dia lah!" Marah Nash semula dengan nada yang tinggi.
Adif, Ayden dan Qayder mula mendekati mereka berdua saat melihat Xaivier seperti ingin menumbuk wajah Nash buat kali kedua.
"Asyraaf Dhariz Xaivier! Nashriq! Ikut saya masuk bilik disiplin sekarang!" Kata Cikgu Faridah tegas.
Mahu tak mahu Nashriq dan Xaivier terpaksa mengikut arahan daripada cikgu Faridah itu.
Adif mengeluh. "Habis lah, kau mesti kena tahan sekolah" katanya.
Qayder hanya diam sambil memandang ke arah luar tingkap sebelum bersuara.
"Yeah mungkin tapi kau kena ingat Ad, sekolah ni atas nama uncle Haikal so kita ada hak dalam sekolah ni juga" jelasnya.
Ayden dan Adif hanya mengangguk kepala faham. Lupa pula yang kita ni kaya.
"Apa nak jadi dengan kamu berdua ni? Kamu berdua ni dah la pelajar cemerlang dalam sekolah ni. Saya dah tak tahu la nak cakap apa lagi dah. Kalau susah sangat awak berdua nak dengar cakap cikgu, berhenti je dari sekolah ni senang" kata pengetua sekolah itu.
"Cikgu!" Kedua dua lelaki itu terkejut saat mendengar kata kata itu.
"Apa? Betul la apa yang saya cakap. Awak berdua yang minta sangat untuk saya buang awak berdua dari sekolah ni kan. So, saya buat la. Nak sangat gaduh kan" balas pengetua wanita itu.
Baru saja Xaivier mahu berkata sesuatu, pintu bilik disiplin itu dibuka.
KLAK!
Muncul wajah dingin Tuan Arcy dan Tuan Kayden. Kedua lelaki itu masuk dan berdiri di belakang Xaivier. Tuan Kayden meletakkan satu fail hitam di hadapan pengetua.
"Sekolah ni di atas nama kami jadi tak ada seorang pun yang boleh buang mana mana ahli keluarga kami dari sekolah ni" tegas Tuan Kayden. Pengetua itu menunduk.
"Maafkan saya Tuan. Saya tak akan keluarkan Dhariz dari sekolah ini" katanya kesal.
"Vier, go to your classroom and get your bag. We have emergency thing to do. Kay, settle kan hal sekolah Vier" arah Tuan Arcy sebelum dia keluar dari bilik itu.
Xaivier dan Tuan Kayden mengangguk faham.
To be continue..

YOU ARE READING
HANYA DIA SEORANG
RomantikaASYRAAF DHARIZ XAIVIER & TENGKU KAISARA KHALISHAH Pertemuan pertama mereka di pejabat sekolah sewaktu tingkatan 4 menjadi titik bermulanya hubungan mereka. Xaivier yang dahulunya tidak pernah tersenyum pada perempuan lain selain ibu, adik dan kakak...