BAB 6

55 4 0
                                    

Kaisara mengeluarkan novel kegemarannya yang bertajuk Kisah kita bersama yang ditulis oleh ItsRiz sejurus selepas cikgu matematiknya keluar dari kelas.

Disebabkan sekarang tiada cikgu yang mengajar, dia membuat keputusan untuk membaca novel. Lagipun, kerja sekolahnya sudah siap.

Tiba tiba saja Ammara datang ke mejanya dengan membawa kerusinya sendiri. Tak lama kemudian, Shawarah dan Ariena turut berbuat perkara yang sama.

Tergeleng kepala Kaisara. Dah tak ada kerja rasanya. Dania pula tidak hadir hari ini, tak sihat.

"Kauorang dah kenapa datang tempat aku siap bawa kerusi bagai ni? Tak ada kerja dah ke?" Soal Kaisara pelik.

Ammara, Ariena dan Shawarah tersengih seperti kerang busuk seraya menggelengkan kepalanya.

"Tak ada, sebab tu lah kami datang duduk dengan kau ni. Bosan lah" Ariena dan Shawarah mengiyakan kata kata Ammara.

"Habis tu kauorang ingat aku tak bosan lah?" Kata Kaisara.

"Alah kau kan tengah baca novel mesti lah kau tak bosan sangat. Meh la sini share novel tu dengan kitaorang" pinta Shawarah. Kaisara menunjukkan novel itu kepada ketiga tiga gadis itu.

Ammara terdiam saat melihat kulit buku itu. Kisah kita bersama. Dia tahu siapa yang menulis buku itu, abang sepupunya, Xaivier namun dia hanya menutup mulut kerana itu apa yang diminta oleh Xaivier sendiri. Supaya identiti keduanya dirahsiakan daripada sesiapa kecuali ahli keluarga mereka sahaja.

"Ammara, asal kau diam je?" Tanya Ariena. Jarang jarang Ammara nak jadi pendiam, selalunya dia lah yang paling ceria sekali.

Ammara menggelengkan kepalanya. "Tak ada apa. Mengelamun sikit tadi" balasnya ringkas.

Ariena, Shawarah dan Kaisara hanya mengangguk. Tidak mengesyaki apa apa.

Ammara melepaskan nafas lega. Nasib baik lah.

"Weh, kauorang perasan tak adaa seorang pelajar lelaki dekat hujung kelas tu" kata Ariena sambil menunjukkan ke arah belakang kelas.

Terlihat Xaivier sedang berbual bersama Adif, Qayder dan Ayden.

Ammara, Shawarah dan Kaisara menoleh dan melihat ke arah tersebut dan dalam masa yang sama juga Xaivier turut memandang gadis itu.

Mata mereka berpandangan antara satu sama lain selama beberapa saat sebelum Ammara berdehem.

"Kau suka dekat lelaki tu ke Sara?" Tanya Ammara. Dia tersenyum nakal.

Kaisara menggelengkan kepalanya menafikan. "Mana ada lah aku pandang orang lain tadi"

"Kau tak nak bagi aku je lah" balas Ariena laju. Dia tersenyum suka saat melihat Xaivier.

"Ikut kau lah Riena" semakin lebar senyuman gadis itu.

To be continue..

HANYA DIA SEORANGWhere stories live. Discover now