"Dah, jom masuk sekolah" ajak Xaivier. Kaisara menanggalkan helmet di kepalanya dan diberikan kepada Xaivier.
Xaivier meletakkan helmetnya dan helmet Kaisara ke atas motosikal berkuasa tinggi miliknya sebelum mereka berdua masuk ke dalam sekolah bersama sama.
Ammara dan Dania yang baru saja dihantar ke sekolah oleh abang abang mereka iaitu Hazzar dan Ammar itu tersenyum nakal melihat Xaivier dan Kaisara.
"Amboi kemain eh datang berdua" usik Dania. Telinga Xaivier mulai merah.
"Haah lepas tu kemain pandang each other tadi" kata Ammara pula.
Apa? Ingat dia tak nampak ke tadi Vier pandang Sara waktu Sara nak buka helmet lepas tu Sara pun pandang Vier juga.
Ha, dah kira lama la tu dia tengok dua orang ni dari tadi.
"Kauorang ni dah kenapa? Tak reti nak masuk ke las dah ke? Tak ada kerja dah ke sampai nak usik usik orang bagai ni? Report dekat abang kauorang kang baru tau" kata lelaki itu.
Ammara dan Dania mencebikkan bibir mereka. Kaisara tersenyum kecil.
Sewaktu dia duduk di rumah keluarga Xaivier semalam, baru dia tahu yang Ammara dan Dania ini merupakan ahli keluarga The Devil juga.
"Sudah, jangan nak cari gaduh dok usik usik orang kat sini. Jom masuk kelas" arah Xaivier. Dania, Ammara dan Kaisara hanya mengikut langkah jejaka itu dari belakang.
Sampai saja di tingkat 2 blok A, Xaivier masuk ke dalam kelasnya iaitu 4sk1 manakala ketiga tiga gadis tadi masuk ke dalam ke las 4sk3.
Ariena yang dari tadi nya melihat mereka berempat dari tempat letak motosikal menggengam erat penumbuk.
Dia turut melihat Kaisara yang datang ke sekolah dengan Xaivier, pelajar lelaki yang digilai ramai.
"Kau ni kan Kaisara, semua kau nak ambil. Kau ingat kau tu cantik dan baik sangat ke sampai semua lelaki nak kan kau heh aku lagi cantik dari kau lah perempuan" kata Ariena penuh dendam. Dia memandang tajam ke arah kelas mereka.
"Aku akan rampas Nash dari kau. Baru lah waktu itu kau akan tahu apa erti kehilangan orang yang kau sayang" sambungnya lagi sebelum beredar dari situ.
To be continue..

YOU ARE READING
HANYA DIA SEORANG
RomanceASYRAAF DHARIZ XAIVIER & TENGKU KAISARA KHALISHAH Pertemuan pertama mereka di pejabat sekolah sewaktu tingkatan 4 menjadi titik bermulanya hubungan mereka. Xaivier yang dahulunya tidak pernah tersenyum pada perempuan lain selain ibu, adik dan kakak...