Sudah masuk 5 bulan tempoh perkahwinan Xaivier dan Kaisara. Alhamdulillah tiada konflik yang terlalu berat dalam rumah tangga mereka.
Tetapi...hmm. Ada satu bala ni yang memang tak serik nak cari masalah dengan Xaivier. Macam sekarang ni la.
Xaivier memandang tajam ke arah sosok tu buh lelaki yang berdiri tegak di hadapan meja kerjanya sekarang.
"Kau nak apa datang jumpa aku Nashriq?" Soal Xaivier serius.
"Aku nak kan Sara semula. Kau yang rampas dia dari aku!" Marah Nash namun tidak menakutkan Xaivier langsung.
"Aku yang rampas Sara dari kau? Atau kau yang tak reti nak jaga hati dia dan pilih perempuan lain?" Duga lelaki itu. Tubuh Nash mengeras.
Xaivier menggelengkan kepalanya seraya memeluk tubuh.
"Kau tau tak Nash? Aku berterima kasih sangat dekat kau sebab kau pilih Ariena berbanding Kaisara. Sebab apa? Sebab kalau kau tak pilih Ariena, aku tak akan rasa bahagia dengan isteri yang baik dan cantik macam Tengku Kaisara Khalishah" kata Xaivier.
Nash diam namun matanya masih lagi tertumpu pada Xaivier. Dalam hati dia sudah menyumpah seranah pada lelaki itu.
Xaivier tersenyum sinis. Dalam hati semakin rasa ingin memanaskan situasi.
"Ouh ya. Kau nak tengok sesuatu tak?"
Dia mengeluarkan satu keping gambar ultrasound dari dalam beg kerja yang dia bawa hari ini.
"Aku dah nak jadi ayah lepas ni. Jadi kau dah tak ada apa apa hubungan lagi dengan Sara. Dia, isteri dan ibu kepada anak anak aku,"
Nash menggengam penumbuk. "Kau memang tak gun-"
KLAK!
Kata kata Nash terhenti saat pintu bilik kerja Xaivier dibuka dari luar. Kaisara terkedu melihat wajah lelaki yang pernah menyakitinya sebelum ini.
'It's gonna be more fun now' desis hati Xaivier.
"Tesoro, come here. Duduk atas riba hubby" panggil Xaivier. Terhenti lamunan Kaisara. Dia berjalan ke arah suaminya sebelum duduk di atas peha Xaivier.
Tanpa berkata apa apa, Nash terus keluar dari bilik itu. Xaivier tersenyum puas. Sekarang ini perhatiannya hanya kepada Kaisara.
Dia memaut pinggang ramping isterinya. "Tesoro kenapa datang sini tak bagitahu hubby hm?" soalnya lembut.
Kaisara sengih. "Saja je lagipun Sara datang sini dengan mummy tadi. Mummy pergi jumpa daddy" balasnya.
Xaivier mengangguk faham. Mata terpandang ke arah satu beg kertas sederhana besar yang berada di tangan gadis itu.
Seakan tersedar, Kaisara terus meletakkan beg kertas itu di atas meja.
"Sara datang sini ada bawa something untuk hubby" kata Kaisara.
"Apa tu?" Tanya Xaivier. Kaisara membuka beg kertas tadi.
"Kek! Tada! Selamat hari lahir, hubby!" Ucap Kaisara ikhlas dengan nada riang.
Xaivier tersenyum manis. Dia mengucup ubun ubun Kaisara lama.
"Terima kasih sebab hadir dalam hidup hubby, sayang. Hubby sayangkan Sara dengan sepenuh hati hubby. Hubby janji hubby tak akan jadi macam Nash" kata Xaivier tenang.
Kaisara memeluk erat tubuh suaminya. "Sara sayang hubby tau!"
"Hubby pun sayangkan tesoro hubby ni"
To be continue..

YOU ARE READING
HANYA DIA SEORANG
RomanceASYRAAF DHARIZ XAIVIER & TENGKU KAISARA KHALISHAH Pertemuan pertama mereka di pejabat sekolah sewaktu tingkatan 4 menjadi titik bermulanya hubungan mereka. Xaivier yang dahulunya tidak pernah tersenyum pada perempuan lain selain ibu, adik dan kakak...