BAB 19

52 5 0
                                    

Kaisara menjeling tajam ke arah lelaki di sebelahnya yang masih lagi menatap dirinya daripada mansion tadi. Nak pilih baju kahwin pun tak senang sebab dia ni.

"Kau dah kenapa asyik pandang aku macam tu dari tadi hah?" Tanya Kaisara tidak puas hati.

Xaivier hanya tersenyum lucu. Semakin ligat dirinya ingin mengusik gadis kecil ini. Dia mendekatkan dirinya dengan gadis itu hingga belakang badan Kaisara bertemu dengan dinding.

"Kenapa? Tak boleh ke hm?" Bisik lelaki itu perlahan di tepi telinga Kaisara.

Kaisara menelan air liur kesat. Xaivier sudah tergelak besar di dalam hati tatkala melihat wajah pucat tak berdarah Kaisara.

"Eyy dah lah kau ni. Pergi sana lah, jangan dekat dekat dengan aku!" Kata Kaisara tidak selesa.

Xaivier tersenyum sinis. Dia makin mendekatkan dirinya dengan Kaisara.

"Kalau aku tak nak jauh dari kau macam mana?" Tanya Xaivier. Tak menunggu lama, Kaisara menolak tubuh sasa lelaki itu.

"Asyraaf Dhariz Xaivier!" Marah Kaisara. Xaivier ketawa terbahak bahak sehingga keliar air matanya.

"Dah la aku nak pergi tengok baju yang lain. Kau tak payah ikut, menyemak je" halang Kaisara sambil menunjuk ke arah lelaki di hadapannya ini.

Kelam kabut Xaivier mahu mengejar gadis kecil nya itu. Dia berdiri di belakang Kaisara yang sedang ralit memandang gaun gaun perkahwinan yang ada di situ.

"Nanti aku nak bawa kau pergi honeymoon dekat Paris lepas tu aku nak ada anak 5 orang macam adik beradik aku. Kalau boleh nak 4 orang perempuan, sorang lelaki. Lepas tu aku-"

"Eh kau ni apa yang jauh sangat kau fikir? Aku tahu la berangan tu free tapi tak payah la nak cakap dekat sini, malu la" kata kata Xaivier di potong oleh Kaisara.

"Alahh plan awal tak salah kan. Aku tak sabar nak kahwin dengan kau" ujar Xaivier dengan teruja.

"Ingat Asyraaf, saya kahwin dengan awak bukan sebab saya sukakan awak tapi sebab saya dah tak ada sesiapa lagi. Saya tak akan pernah jatuh cinta pada awak" kata Kaisara lalu keluar dari butik itu meninggalkan Xaivier.

'Kenapa Sara kenapa? Awak memang tak akan cuba untuk buka hati awak untuk saya ke? Awak memang tak nak cuba untuk lupakan Nash? Memang tak ada sikit pun ruang untuk saya dalam hati awak ke Sara?' Rintih Xaivier di dalam hati.

Eidlan menepuk bahu bakal adik iparnya itu. Xaivier menoleh ke arahnya. Dia, Darren, Clara, Dalia dan Kaisara sama sama datang ke butik ini untuk memcari baju pengantin untuk Dalia dan Kaisara.

"Bawa bersabar la Vier, satu hari nanti kau akan berjaya dapatkan hati dia" pujuk lelaki itu.

Xaivier mengeluh. "Susah Eid, hati dia masih lagi untuk Nash. Bukan aku"

"Banyakkan berdoa, Insyaallah satu hari nanti dia akan cintakan kau" celah Darren yang juga mengikuti mereka.

Xaivier memandang ke arah abang sulungnya sebelum memandang ke arah Clara yang sedang bermain dengan kucing yang di jumpai di tepi jalan tadi.

"Kau beruntung la dapat perempuan macam Clara tu. Baik, cantik, pandai jaga anak" kata Xaivier mendatar. Darren mengiyakan.

"Betul, aku tak nafikan semua tu. Tapi, aku yang sebenarnya beruntung dapat dia. Sebab dia sanggup tunggu aku selama bertahun tahun dulu. Dan sekarang ni, aku dah janji dengan diri aku yang aku akan bahagiakan dia," balas Darren dingin.

"Macam tu juga dengan kau. Tak kira lah betapa berat macam mana sekalipun ujian yang ada dalam hidup kau, kau tetap kena yakin yang kau akan dapat Sara" sambungnya lagi. Xaivier tersenyum lega. Hatinya sedikit terpujuk dengan kata kata itu.

To be continue..

HANYA DIA SEORANGWhere stories live. Discover now