BAB 14

73 3 0
                                    

Xaivier menahan pintu bilik Kaisara. Kuat juga budak ni tolak, nak naik sakit tangan aku ni.

"Kaisara..buka la pintu ni. Sakit tangan aku" panggil Xaivier lembut. Tapak tangannya sudah mulai merah.  Kaisara berhenti menolak pintu biliknya.

Dia berjalan mengundurkan diri 3 langkah ke belakang tatkala pintu dibuka dari luar oleh Xaivier.

Xaivier memandang sayu wajah sembab gadis itu. Dia menundukkan kepalanya memandang lantai.

"Sara..aku minta maaf sangat sangat" kata Xaivier.

"Kenapa? Kenapa daddy kena masuk penjara? Aku nak daddy aku balik..Asy.." ujar Kaisara. Dia jatuh terduduk di tepi katil namun sempat di sambut oleh Xaivier.

Xaivier memeluk kemas tubuh kecil itu. "Aku minta maaf Sara...jangan macam ni. Bangun lah" pujuk lelaki itu. Empangan air matanya hampir pecah.

"Nak jumpa daddy Asy.." rayu Kaisara dengan wajah yang sudah basah lecun dengan air mata.

Xaivier menganggukkan kepalanya tanda setuju. "Ok ok kita jumpa daddy ea? Tapi kalau nak jumpa daddy, Sara kena kuat dan bangun sekarang. Boleh?"

Kaisara mengiyakan. Dia mula bangun perlahan lahan dengan bantuan Xaivier. Baru saja mereka ingin keluar dari bilik itu, telefon Kaisara yang berada di atas katil berbunyi.

TING!

TING!

"Tolong ambilkan boleh?" Pinta Kaisara lembut. Xaivier melepaskan rangkulan di pinggang Kaisara sebelum bergerak mendekati katil gadis itu.

Xaivier menatap hairan ke arah pesanan yang dihantar oleh Ammara kepada Kaisara. Dia berjalan semula ke arah Kaisara yang sedang mengelap air matanya yang mengalir di hadapan pintu biliknya.

"Nah" Kaisara mengambil telefonnya daripada lelaki itu.

"Ammara? Gambar apa pula yang dia sent ni?" Kata Kaisara sendirian. Dia membuka chat yang di hantar oleh rakannya yang seorang itu.

Ammara
- Weh Sara, aku bukan nak bagi kau sakit hati ke apa tapi kau memang kena tengok apa yang aku nampak dekat taman pagi tadi.
- Gambar ni aku sendiri yang ambil masa tengah jogging dengan abang aku tadi.
*sent photo

Terlepas alat elektronik itu dari pegangan Kaisara selepas dia melihat gambar itu. Dia terduduk sekali lagi. Membulat mata Xaivier.

Dia terus menarik tubuh Kaisara mendekati dirinya. Kaisara memeluk Xaivier dan mula menangis.

"Hey, kenapa ni?" Tak ada angin, tak ada ribut terus saja Kaisara menangis. Sedangkan tadi dah elok dah.

"Asyraaf..." panggil Kaisara sambil tersedu sedan. Dia menggengam erat hujung baju sekolah lelaki itu.

"Ya saya, kenapa ni?" Tanya Xaivier perlahan.

"Kenapa semua orang yang aku sayang tinggalkan aku...aku sayang dia, aku percayakan dia..kenapa dia buat macam ni, Asy?" Rintih gadis itu sayu.

TING!

Xaivier mengambil telefon Kaisara dan membaca pesanan dari Ariena.

Riena
Aku rasa kau dah dapat gambar aku dan Nash kan? Aku nak kau minta putus dengan dia. Dia lagi sayangkan aku daripada kau.

Xaivier membaling telefon itu ke dinding sehingga pecah berkecai. Dia menatap tajam ke arah serpihan kaca itu.

Tangan naik mengosok lembut belakang badan Kaisara. "Shhh, tak mau nangis dah. Aku ada kat sini kan" pujuknya.

"Aku sayangkan Nash, Asy.." kata Kaisara lagi. Xaivier menggengam erat penumbuk.

Tahu lah apa yang dia nak buat dengan Nashriq tu.

Just wait and see for it.

Setelah hampir 10 minit, suara tangisan Kaisara sudah tidak kedengaran. Xaivier meleraikan pelukan mereka.

Dia mengesat air mata gadia itu lalu menangkat tubuh kecil itu dan diletakkan di atas katil. Selimut dinaikkan hingga ke aras bahu Kaisara.

Dia turun ke bawah. Nama Eidlan, Adif dan Qayder di seru saat dia melihat kelibat ketiga tiga rakannya itu.

"Adif, Qayder, Ayden" panggil Xaivier. Ketiga tiga lelaki itu mengangkat kepala dan memandang Xaivier yang menayangkan wajah dingin.

"Kenapa?"

To be continue..

HANYA DIA SEORANGWhere stories live. Discover now