Xaivier meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi belajar di dalam bilik tidurnya sebelum dia baring ke atas katil.
Seketika, senyuman manis muncul di bibirnya tatkala dia teringat akan wajah polos 'crushnya' tadi.
"Linda" gumamnya sendiri.
KLAK!
Bunyi pintu bilik Xaivier yang baru saja dibuka dari luar itu membuatkan jejaka itu memandang ke arah pintu. Dia terbangun dari baringnya.
Cahaya muncul dengan wajah lemah dan di tangannya ada satu anak bantal kuromi. Bantal kesayangannya.
Dia mendekati abangnya dan melabuhkan punggung di sebelah Xaivier.
"Abang...." panggilnya.
"Yes sunshine. Kenapa ni hm?" Soal Xaivier lembut. Dia mengangkat tubuh kecil adiknya dan diletakkan di atas ribanya.
"Saja ja nak duduk dengan abang" kata Cahaya sambil tersengih sengih.
"Tadi kan, Ayden dengan Qayder da tang rumah sebab nak jumpa abang Ren lepas tu Cahaya dengan diaorang kata abang Vier suka someone. Budak baru kelas diaorang. Betul ke?" Tanya Cahaya ingin tahu bercampur teruja.
Xaivier tersenyum paksa dengan tangan yang sedang digenggam erat. Hatinya sudah berasa panas membara.
Ini kalau aku jumpa dua ekor tu, memang siap lah diaorang berdua tu!
"Abang...betul kee" ulang Cahaya sambil mengoyangkan tangan Xaivier ke hadapan dan ke belakang.
"Tak, buat tak tahu je apa yang budak dua orang tu cakap. Tak betul pun" Xaivier menafikan.
"Tapi Ayden kata nama dia Tengku Kaisara Khalishah" kata Cahaya polos. Xaivier terkedu.
Oh, jadi itu lah nama gadis bermata hitam pekat itu.
Tengku Kaisara Khalishah.
Sara. Pretty name. Suit for a pretty girl like her.
"Abang cuma crush ja tak lebih pun. Cahaya jangan bagitahu daddy dengan mummy pula" kata Xaivier. Pipinya mulai memerah.
Cahaya tersenyum nakal. Dia menganggukkan kepalanya tanda setuju.
"Janji?" Soal Xaivier. Dia menghulurkan jari kelinkingnya di hadapan wajah Cahaya.
"Janji" balas Cahaya lalu menyatukan jari mereka.
"Dah, abang nak mandi. Pergi kacau Enrique pula. Shuh shuh" halau Xaivier. Dia mengangkat Cahaya dan dibawa ke depan pintu biliknya.
"Eleh, nak mandi ke nak cari maklumat pasal crush?" Usik gadis kecil itu.
"Ahh mana ada" Xaivier menjulingkan bebola matanya ke atas sebelum menutup pintu.
Cahaya tergelak kecil. Ketawanya terhenti saat mendengar namanya di panggil oleh Hazzar.
"Darchelle. Jom turun bawah, mummy suruh makan" jelas lelaki itu.
Cahaya tersenyum manis seraya mengiyakan. Dia berjalan turun ke bawah. Hazzar hanya mengikut dari belakang.
To be continue..

YOU ARE READING
HANYA DIA SEORANG
RomanceASYRAAF DHARIZ XAIVIER & TENGKU KAISARA KHALISHAH Pertemuan pertama mereka di pejabat sekolah sewaktu tingkatan 4 menjadi titik bermulanya hubungan mereka. Xaivier yang dahulunya tidak pernah tersenyum pada perempuan lain selain ibu, adik dan kakak...