BAB 9

160 9 0
                                        

Zariel memandang lama ke arah dua orang gadis yang sedang menangis di satu stesen bas berdekatan dengan rumahnya.

Zariel mengeluarkan telefonnya yang berada di dalam beg galasnya. Nombor telefon Xaivier dicari dan ditekan. Telefon itu dilekapkan di telinga.

"Hello uncle. Macam mana dengan plan kita tu?" Tanya Xaivier tidak sabar.

"Ok je. Kita boleh proceed ke plan B pula. Turn Rique dan Vier pula untuk jalankan next plan kita" jelas Zariel. Anak buahnya itu tergelak kecil.

"Nice. Kami pergi dulu, tak sabar nak bawa Sara balik rumah" kata Xaivier. Zariel bergumam perlahan sebelum memutuskan panggilan mereka. Dia memandang ke hadapan, sudah sampai di rumahnya rupanya.

Dia memejamkan matanya seketika. Terlihat jelas mata dark olive lelaki itu saat Zariel membuka matanya kembali.

"Tak sabar pula nak makan nasi minyak si Asyraaf Dhariz Xaivier ni. Haihh anak anak Ace dah dua orang nak kahwin anak aku baru seorang je," bebel Tuan Amir perlahan. Dia masuk ke dalam rumahnya.

"Macam mana?" Soal Dariel. Xaivier berpaling ke arah Dariel yang duduk di seat belakang keretanya.

Dia menganggukkan kepalanya. "Kita dah boleh mula" katanya lalu mula memandu keretanya menuju ke stesen bas tadi.

Xaivier menarik senyuman sinis tatkala sosok tubuh gadis kecil itu menyapa retina matanya. Dia mengalihkan pandangan ke belakang.

"Jom. Tapi ingat, be like a professional actress" kata Xaivier. Dariel mengangguk faham.

Mereka berdua turun dari kereta mewah itu dan mendekati Safiah dan Kaisara yang duduk di stesen bas itu dengan wajah cemas.

"Sara? Kau ke tu?" Tanya Xaivier. Beberapa hari lepas, Nashriq pernah mengenalkan dirinya kepada Kaisara.

Kaisara mengangkat kepalanya memandang lelaki itu. "Asyraaf..."

Xaivier menunduk sewaktu mendengar nada gadis itu yang berubah seperti ingin menangis.

"Kenapa ni? Apa kauorang berdua buat dekat sini?" Soal Dariel pelik. Dia memandang Kaisara dan Safiah bersilih ganti beberapa kali.

"Sebenarnya..." Safiah membuka mulutnya dan menceritakan apa yang berlaku. Kedua lelaki itu hanya tersenyum 'manis' saja.

Manis? Really? Bukan senyuman sinis ke? HAHA.

"Jom..ikut kami berdua" arah Xaivier. Air mata Kaisara kembali turun lebat.

"S-saya tak nak balik rumah. Tolong jangan hantar saya dekat sana" kata Kaisara sambil tersedu sedan.

Xaivier menunduk sedikit  supaya dia dapat melihat wajah gadis kecilnya itu.

Mereka berdua baru saja keluar dari pasaraya kerana ingin membeli barang dapur yang dipesan oleh Puan Drea. Tiba tiba ternampak kelibat Kaisara di sini.

Dariel menoleh ke arah abangnya dan menggelengkan kepalanya. Betul apa yang mummy katakan. Jangan pernah mencari masalah dengan lelaki yg sedang dilamun cinta. Itu seperti membangkitkan singa yg sedang tidur.

Xaivier bangun. "Bangun, ikut kami balik. Aku bawa kau tinggal dekat rumah kami" arah Xaivier.

Kaisara yang baru saja hendak membantah itu terus terdiam saat mendapat jelingan tajam dari lelaki bermata dark olive itu.

Dia hanya mengikut arahan Xaivier. Safiah pula dipandang oleh Dariel.

Dia mengeluarkan telefonnya dan menelefon seseorang. Safiah memandangnya hairan.

"Kalau Xaivier bawa Sara balik, aku macam mana pula?" Tanya Safiah.

"Kau akan tinggal dengan Faiq" kata Dariel. Terdiam Safiah saat mendengar nama itu.

PIN! PIN!

Bunyi hon dari sebuah kereta yang baru saja tiba di situ menyentakkan Safiah.

Faiq keluar dari kereta Mercedes Benz 350 miliknya dan menuju ke Safiah. Dia menyarungkan kot kerjanya ke tubuh gadis itu.

Safiah tidak menghalang mahupun menerima, dia hanya diam.

"Jom, ikut aku balik" kata Faiq namun Safiah masih lagi terkaku di tempatnya.

Faiq berdengus. Degil betul budak ni!

"Tengku Safiah Irdina Binti Tengku Alvin. Aku. Kata. Ikut. Aku. Balik. Sekarang." Tekannya.

Safiah tersentak. Dia bangun perlahan lahan dan mengikut langkah Faiq dengan lemah.

Dariel masuk semula ke dalam kereta abangnya. Dia memandang cermin pandang belakang.

Kaisara sedang memandang ke arah luar tingkap kereta manakala Xaivier pula sesekali akan menoleh ke belakang.

To be continue..

HANYA DIA SEORANGWhere stories live. Discover now