BAB 7

171 8 0
                                        

Darren menggelengkan kepalanya saat melihat Xaivier yang sedang termenung jauh di hadapan komputer ribanya.

Tadi dia masuk ke dalam bilik ini hanyalah kerana ingin mengambil anak lelakinya yang sedang bermain bersama Xaivier namun dia tidak tahu pula yang adiknya ini seperti sedang memikirkan sesuatu.

Darren berdehem menyebabkan Xaivier tersentak. Dia menoleh ke arah abang sulungnya.

"Kau dah kenapa ni Asyraaf Dhariz Xaivier oi? Kau ok ke tak? Macam fikir macam macam benda je aku tengok kau ni" kata Darren hairan.

Xaivier mengeluh membuatkan dahi Darren berkerut.

Dah kenapa pula la dengan adik dia yang sorang ni. Tetiba je jadi macam ni selalunya elok je. Sakit ke?

"Kau tahu kan yang Sara tu girlfriend Nash?" Kata Xaivier. Darren mengiyakan.

"Haah memang pun dia girlfriend Nash kan? Kawan kau tu. Kenapa kau tanya?" Soalan dibalas kembali dengan soalan.

"Aku mengaku dengan kau yang aku rasa sakit hati, cemburu bila tengok diaorang berdua rapat" kata Xaivier.

Tadi sewaktu di sekolah pun dia terpaksa menahan rasa marah dan cemburu tatkala melihat rakannya dan gadis yang dia sukai itu tersenyum dan berbual bersama satu sama lain.

Tetiba rasa nak bunuh orang pun ada.

Tergeleng kepala Darren mendengar kata kata adik lelakinya itu. Cemburu rupanya ingatkan apa lah tadi.

"Habis tu, kau ingat kau cerita dekat aku ni aku boleh buat apa aje?" Kata Darren. Ye lah, apa je yang dia boleh tolong? Tak akan nak bunuh si Nash tu kot.

"Aku pun tengah fikir ni. Apa kata kalau kita-"

"Uncle tahu apa nak buat" sampuk Tuan Amir yang berdiri di hadapan pintu bilik anak buahnya sambil memandang ke arah Darren dan Xaivier.

Xaivier mencebik tatkala ayatnya dipotong. Dia berpaling ke arah ayah saudaranya itu.

"Apa yang uncle dah plan?" Soal Darren ingin tahu. Xaivier hanya diam menunggu balasan dari lelaki itu.

Tuan Amir mendekati dua orang anak muda itu. Dia duduk di sebelah Darren.

"Uncle plan nak pergi rumah Kaisara tu esok lepas tu..."

To be continue..

HANYA DIA SEORANGWhere stories live. Discover now