MH: |٦| WarFir

50 5 6
                                    

"Trauma lama mula berlegar di minda kembali."




PERUT berkeroncong kuat, meminta untuk diisi. Tak sangka pula, bukan main ramai harini. Mungkin pelajar intake baharu kot.

"Nak makan apa eh?" Fikirannya melayang seketika. Semua makanan yang terhidang di cafe itu terlihat biasa saja di matanya.

"Hmm... mee goreng dengan air oren jelah." Kata putus pun dicapai. Pilihan muktamad.

Sepiring mee goreng bersama segelas teh ais dibawa pergi ke meja itu. Tempat biasa dia lepak, sejak belajar di situ. Belum sempat dia ingin menyuap masuk mee goreng itu ke dalam mulutnya. Nama telah dipanggil oleh seseorang dari belakang.

"Woi Fir." Sergah suara garau itu.

"Ya Allah! Huish... hampir hilang roh aku. Kau ni pun satu! Suka sangat sergah aku macam tu." Dada digosok. Mahu terkeluar juga jantung dia lama-lama kalau macam ni.

"Hehehe... maaflah bro. Dah terbiasa. Ha aku nak tanya sesuatu ni."

"Pasal awek tu?" Potong Firash.

"Ha betul! Jadi apa cerita tadi?"

"Dia reject kau Izz."

"Seriuslah?!" Nada suara Izz meninggi sedikit. Dia yang hensem begini pun kena reject. Mana mungkin!

"Tak percaya? Meh sini aku cakap balik apa yang dia cakapkan tadi." Firash pun mula meniru cara percakapan dan ayat si gadis.

"Bapaklah! Fuh... broken teruk aku macam ni. Dah lah, aku nak pergi balik dorm, tak ada selera nak makan. Nak buka lagu galau je sekarang ni." Hati Izz bagai dicarit dengan pisau. Sakitnya, usah dikata bagaimana.

"Hm... pergilah. Jangan lupa mandi dan solat zohor dulu." Pesan Firash Iman. Sudah menjadi rutin menyuruh mereka menunaikan ibadah yang wajib itu.

"Baik... dah lah aku nak pergi membawa hatiku yang terluka ini," bicara Izz.

Sedang dia asyik menelan mee goreng itu. Tiba-tiba...

"Nawwarah ke tu? Ke bukan dia? Tapi aku tengok macam dia. Siapa lelaki tu?" Firash Iman mula bermonolog sendiri.

"Wey Firash... kau tengah tengok apa tu?" Sergah Ikram. Hairan dia apabila melihat sahabatnya itu ralit memerhatikan gadis itu dari tadi. Kalau Ikram yang sergah memang agak sopan sikit caranya.

"Aku nampak bayang seseorang yang aku kenal. Tapi mungkin hanya khayalan aku saja kot," dalihnya. Lalu menyambung makan mee goreng itu.

"Siapa? Perempuan ke lelaki?"

Soalan itu dibiarkan sepi seketika. Dia ingin habiskan mengunyah mee goreng itu terlebih dahulu.

"Perempuan..." balasnya sebaik sahaja habis mengunyah mee goreng itu.

"Sekejap, sejak bila kau suka berkawan dengan perempuan ni? Bukan kau tak pernah ada kawan perempuan ke?" Ujar Ikram. Pelik dengan sifat kawannya ini.

"Aku pun tak tahu. Aku nak cerita dekat kau tapi tak apalah. Biar sajalah. Bukannya penting pun, aku kenal dia secara mengejut sahaja, kot." Bohongnya.

"Aku kan kawan baik kau. Mestilah aku kena dengar. Cuba cerita dekat aku. Tak payah nak berahsia sangat, suka sangat eh berahsia kau ni," selar Ikram lagi. Rasa nak belasah saja si Firash ni.

"Biar aku dengan Allah sajalah yang tahu," getus Firash.

"So cliche..." Bola mata digerakkan ke atas. Itu sahajalah modal ayat si Firash Iman tu.

Masih Hatiku| OngoingWhere stories live. Discover now