MH: |١٨| WarFir

31 3 0
                                    

"Mulai rapat..."





"Kau mesti faham maksud di sebalik ayat aku ni Warah. Dan rasanya, jawapan aku ni dah cukup mampu untuk menjawab segala persoalan kau tadi..." balas Im. Senyuman manis masih setia di ulas bibirnya.

"Er... aku bukan apa Im. Cuma... aku..."

"Takut dengan lelaki? Betul tak? Kejadian beberapa bulan yang lepas masih menghantui diri kau? Dan aku tahu, kenapa kau tak suka lelaki, Warah."

"Sebab apa? Cuba kau beritahu, kalau kau memang dah tahu, Im."

"Sebab... kau takut tersilap pilih lelaki kan? Dan kau jenis mudah overthink hal
yang belum pernah terjadi dalam hidup kau. Kau terlalu banyak berfikir soal masa depan sampai kau rasa takut untuk teruskan hidup. Betul tak?"

Berubah keruh wajah Nawwarah. Maksudnya, Im memang tak menipu soal tu. Kemampuan untuk membaca masa lalu dan masa depan dia memang wujud!

"Hm... betul lah tu Im. Betul sangat." Mutiara jernih mulai jatuh. Membasahi pipinya.

Nak kata dia malu sebab menangis depan lelaki. Ada sedikit rasa malu tu. Tapi, itu saja cara yang ada untuk dia meluahkan segala rasa sakit yang telah lama terpendam di hati. Tekaan Im benar belaka. Tak ada satu pun yang salah.

Im bingkas bangun dari duduknya di sofa empuk itu ke kerusi yang tersedia di sebelah katil gadis itu.

"Warah..." sayu anak matanya menilik wajah sedih gadis itu.

"Aku tahu, kau selalu berpura-pura tertawa untuk menutupi rasa sedih kau kan? Dan sampai satu saat tu kau memang rasa nak menangis tapi air mata kau tak mahu mengalir keluar sama kan?" sambung Im lagi.

"Tapi... kalau rasa sakit tu memang dah lama tertanam di dalam hati kau. Menangislah... teruskan. Jangan asyik berpura-pura gembira kalau hati sendiri sudah lama terluka."

"Sebab dengan menangis ni sahajalah yang mampu mengurangkan rasa sakit di hati. Meluluhkan benteng kehancuran hati kita." Im tersenyum nipis.

"Banyak betul dugaan hidup kau ya Warah? Dari kecil sampai ke sekarang ni. Tak apa, teruskan menangis. Just express what you feel with tears out."

"Aku temankan kau ya? Menangis lah... umpama kau nak melepaskan segala rasa yang kau tak ingin simpan lagi di dalam hati. Aku tahu, kau mesti dah terlalu penat dengan hidup kau." Cadang Im. Dipandang seraut wajah cantik itu. Cantik benar ciptaan Allah SWT kan?

Nawwarah terus menangis tanpa henti sampai tidak tersedar yang kepalanya kini berada di bahu milik Im. Im hanya terdiam membisu. Dia ingin menegur gadis itu soal ini tapi...

Dia tak sampai hati.

Nawwarah terus mengangkat semula kepalanya sebaik sahaja tangisannya kian mereda. "Maafkan aku, Im..."

"Punyalah aku menangis sampai tak sedar yang..." Bicaranya terhenti seketika. Malu mahu membicarakan soal ini.

Dia suka melihat gadis itu tersenyum walaupun senyuman tidak seikhlas mana. Dia tahu, sukar sekali untuk sesiapa melihat terukirnya senyuman di bibir gadis itu.

Im tersenyum. Tak ingin perasaan serba salah gadis itu muncul semula di dalam diri.

"Er... tak apa. Aku okay aje. Cuma lepasni, kita kena beringatlah. Sebab, lagipun... kau dengan aku belum ada apa-apa hubungan lagi. Aku pun nak minta maaf sebab tak sempat nak tegur tadi. Aku tak sampai hati." Pintas Im. Kepala ditundukkan menekur ke arah lantai hospital itu.

Dah hampir dua hari Nawwarah hanya terbaring di hospital itu. Ditemani oleh Im. Sekali sekala ahli keluarga Warah ada juga datang bertandang ke mari.

Masih Hatiku| OngoingWhere stories live. Discover now