"Peristiwa demi peristiwa yang menyakitkan."
"Apa nama budak ni tadi?" soal suara garau itu. Bersama senyuman manis di bibir.
"Nilam eh?" Jejaka itu menyoal lagi.
Ha? Nilam? Sejak bila si Nawwarah ni tukar I.C pun tak tahu lah. Punyalah banyak nama dalam dunia ni, nama Nilam juga eh dia sebut? Dah lah waktu ni nama Nilam tengah on top. Pinjam seratus... Nur Nilam Sari... Ha begitulah ia.
"Wey! Salahlah! Nawwarah lah! Banyaklah kau punya Nilam!" marah Kak Ifah. Tapi sebelum tu Kak Ifah memang ketawa kecil dulu.
Haih... apalah nasib menjadi seorang Nawwarah? Dari sekolah rendah sampai ke kolej, nama asyik kena tukar je.
"Ouh! Nawwarah... sorry silap aku. Sedap nama tu." Pujinya.
Eh mamat ni! Memang jenis pemurah dengan senyuman ke? Takut tengok!
"Nama penuh kau apa?" Soalan dilontarkan sebaik sahaja jejaka itu menutup pintu keretanya.
"Hmm... Elnur Nawwarah." Nawwarah berfikir seketika sebelum menyebut namanya sekali nafas.
"Ouh! Aku Asri. Panggil Ri." Jejaka itu mengenalkan dirinya. Nak nampak macam gentleman lah tu! Huh!
"Ouh! Baik..." sahutnya. Malas ingin berlama di sini.
"Kak Ifah! Tunggu saya..." seru Nawwarah.
"Tak payah nak dilayankan sangat si Ri tu. Dia tu merapu je banyak. Dia memang baik tapi perangai merapu memang wajib ada dalam diri dia. Nampak innocent right?"
"Hm... maybe just a little bit," ujar Nawwarah penuh selamba. Nak kata nampak innocent? Sikit je rasanya.
Tapi, perkara ni telah pun berlalu pergi beberapa bulan yang lepas, kini fasa yang dirinya takuti sudah berlaku tanpa diminta...
MENGGIGIL teruk tubuh milik Elnur Nawwarah. Lepas dari kejadian tadi, segala rasa trauma mula berulang tayang di dalam kepalanya.
Dada ditepuk berkali-kali, nafasnya kian terasa sesak. Hatta mahu menarik nafas pun dia sudah tidak terdaya. Dia cuba berjalan ke luar dorm tapi rasa sakit di dada tetap sama. Dia terduduk lemah di tangga dorm itu. Kerana udara di situ lebih nyaman berbanding di dalam dorm yang terasa serba panas mengalahkan berada di dalam ketuhar.
"Allahuakbar... ya Allah. Dugaan apakah kalini yang bakal menanti diriku. Sungguh aku takut ya Allah. Takut akan segala kemungkinan." Turun naik dadanya menahan rasa pedih ini. Rasa susah nak bernafas. Umpama malaikat Izrail sudah menunggu di sebelahnya.
"Aku tak suka! Nak bergurau boleh, tapi jangan sampai ke tahap macam tu! Lelaki semua sama je!" Amarah mula bermain di hati. Terasa panas. Ibarat api dendam yang menyala tanpa disuruh.
Pagi tadi...
"Warah, akak gerak dulu tau. Sebab nak settlekan cepat ni. Banyak lagi fail yang kita nak kena hantar dan susun ni." Kata Kak Ifah. Meminta izin untuk pergi bergerak dahulu.
"Baik kak. Anything, saya follow belakang akak eh?" balas Warah.
"Baik Warah. Akak pergi jalan dulu eh?Anything roger."
"Baik kak."
Sebaik sahaja bayang seniornya itu menghilang dari pandangan. Dia pun terus menyambung, mengambil dan menyusun fail. Setiap satu trip, wajib ada 5 fail di tangan dia. Biasalah, perempuan terlebih sado. Tiber...
YOU ARE READING
Masih Hatiku| Ongoing
عشوائي{STAND ALONE}✨ Disaat dirinya diselubungi rasa trauma. Segala kata-kata itu akan mula bermain semula di minda. "Diamlah gemuk." "Diamlah budak jerawat." "Diamlah buta." Rumahku? Sini rumahnya... Mengenali sahabat yang baik pun salah satu rezeki, i...