"Suatu peristiwa yang 'hampir sama' mulai berlaku."
"ADA..." member kita kena rasuk. Kau kan pandai bab perubatan islam ni." Tutur Afiq. Dipandang riak wajah tenang Tengku Firash Iman. Firash Iman ni memang seorang yang sentiasa bersikap tenang.
"Hm... soal tu... aku rasa, aku dah tak mampu nak tolong. Sebab aku..." Ayatnya terus mati. Terimbau kembali di saat dia pernah merawat seseorang dulu. Kenangan pahit yang dia takkan pernah mampu dia lupakan.
"Fir... tolong lah. Ni kali terakhir aku minta tolong dengan kau. Tolong ubatkan isteri aku kejap." Pinta jejaka itu.
"Tapi, abang. Saya dah tak mampu nak tolong ubatkan orang. Saya dah lama tinggalkan dunia perubatan islam," balasnya. Riak wajah suram ditayangkan.
"Tapi Fir, kau je harapan abang sekarang ni. Ustaz lain, semua tengah ubatkan patient diorang yang lain. Tolong lah Fir." Rayunya bersama juraian air mata yang kian mengalir deras.
Firash terpaku. Hati terasa berat untuk menerima. Tapi hati juga berasa tidak tega untuk menolak ia. Membantu merawat orang, sudah menjadi tugas dia. Apa yang dia harus lakukan sekarang ini ialah...
"Tak apa Fir. Kau boleh punya!" Disalurkan kekuatan buat dirinya.
"Okay, baik. Saya akan tolong. Tapi dengan satu syarat." Firash mula menyatakan hajatnya. Rasa berdebar di hati hanya Allah saja yang tahu.
"Apa syaratnya tu?"
"Kalau, jadi apa-apa yang buruk. Abang tak boleh salahkan saya. Abang kena redha, boleh? Kalau abang setuju, kira kita dah ada kata sepakat." Cadang Falikh seraya memberikan kata putus. Rasa tidak sedap hati datang membelenggu diri. Seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.
"Baik dik. Abang janji. Mari ikut abang sekarang," ajak jejaka itu.
Sesampai sahaja di rumah jejaka itu. Firash terus memulakan langkahnya dengan memberi salam terlebih dahulu.
"Assaalamualaikum..." ucapnya. Bacaan ayat kursi dibacakan ke pintu itu sebelum ditolak kuat olehnya.
"Waalaikumussalam, ya dik cari siapa tu... cari aku ke?" Hilai tawa halus kedengaran dari suara lembut milik wanita itu.
"Ya, aku memang cari kau. Siapa yang hantar kau ke mari??" tanya Firash. Kasar sahaja nadanya.
"HAHAHAHA!! Aku takkan beritahu siapa. Mesti kau dah tahukan siapa tuan aku, sebenarnya?" Perli suara itu.
"Ya... memang aku dah tahu. Jadi untuk apa kau masih setia berada di dalam tubuh wanita ini? Dia tak bersalah. Yang salah tu, orang yang hantar kau ke mari." Bicaranya. Mata setia menatap tajam ke arah wanita yang sedang bertenggek di balkoni itu.
"Abang Azman. Tolong pegang isteri abang tu." Arah Firash. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat ruqyah yang pernah dia pelajari sewaktu di madrasah dulu.
Namun belum sempat Azman menggapai si isteri. Isterinya terlebih dahulu terjun dari balkoni rumahnya yang terletak di tingkat 10 itu.
"Allahuakbar..." ucap Firash. Mulut ditekup. Terkejut melihat adegan itu. Perkara yang bermain di fikiran benar-benar terjadi sekelip mata.
Anak matanya membesar semacam. Setiap
kali mengingat kejadian buruk itu."Fir... Fir..." seru suara itu.
"FIR!!" jerit Afiq. Dia tahu Fir tidak fokus kepada hal yang mereka sedang bicarakan sekarang ini.
Dirinya kini kembali ke realiti. Dahinya berkerut. Memikirkan segala apa yang ingin dia ingati semula.
YOU ARE READING
Masih Hatiku| Ongoing
Random{STAND ALONE}✨ Disaat dirinya diselubungi rasa trauma. Segala kata-kata itu akan mula bermain semula di minda. "Diamlah gemuk." "Diamlah budak jerawat." "Diamlah buta." Rumahku? Sini rumahnya... Mengenali sahabat yang baik pun salah satu rezeki, i...