"Teruskan bermimpi indah..."
GADIS itu terus meracau bagaikan orang yang baru 'hilang suami'. Hampir setiap hari hanya nama jejaka itu sahaja yang meniti di bibirnya. Dalam waktu mimpinya juga, pasti hanya nama jejaka itu sahaja yang meluncur keluar dari bibirnya. Tiada nama lain.
"Auni! Aku nak dia je Auni... tolonglah Auni... mintalah tolong sesiapa bawa dia datang kembali ke sini. Aku tahu dia masih hidup! Aku tak percaya berita yang aku dengar minggu lepas! Aku tak percaya! Dia janji nak jadi peneman dan pendengar setia segala luahan aku. But he lies to me! He lies! Dasar selfish!!" Amuknya.
Nawwarah menghempas dan membaling segala barang yang berada di meja serta katil wadnya. Selimut ditarik lalu dicampak sehingga terdampar di dinding bilik wadnya.
Auni sudah tidak mampu bertahan lagi. Dia harus melakukan sesuatu bagi menyedarkan gadis itu.
Digenggam keras bahu milik Nawwarah. "Warah! Please listen to me okay! Benda dah pun terjadi. Habis kau nak aku buat apa? Gali balik kubur dia? Ambil mayat dia? Bagi dekat kau, macam tu? Baru kau rasa puas hati dan mula percaya dekat kitaorang? Eh, dah kalau kawan kolej kau Si Risya tu cakap macam tu, dah tentulah perkara tu betul Warah."
"So, please take a deep breath. Try to heal yourself. Ingat Allah. Selawat banyak-banyak. Kau kena ingat, dia tu kawan sekelas kau sahaja bukannya suami. Jadi, tolonglah... sedarkan diri kau dari dunia khayalan kau tu! Sedarlah Warah! You deserve better okay! Sebelum dia pergi pun, dia ada sakitkan hati kau kan? Tapi, just forget about it. Orangnya pun dah tak ada. Maafkan jelah dia." Nasihat Auni. Tangan milik Nawwarah digenggam erat bagi menyalurkan semangat.
Nawwarah mulai tersedar. Perlukah dirinya menangisi diri orang yang telah pergi dari hidupnya? Rasanya, tindakan dirinya sudah melebih dari batas yang sepatutnya. Bibir laju mengucap selawat dan zikir.
Nafas ditarik sedalamnya tanpa mempedulikan orang sekeliling. "Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku terlalu leka dengan perasaan aku sendiri. Aku terlalu leka kerana kehilangan. Aku tahu, pada akhirnya... aku pun bakal pergi menemui diri-Mu jua, wahai Sang Penciptaku. Hapuskan lah rasa kasih ini kepada dirinya yang telah pergi meninggalkan diriku. Hanya sebatas doa dariku buatnya." Tangan naik mengusap perlahan dada yang terasa sesak. Dia cuba mencari ketenangan buat dirinya. Kini, rasa tenang itu sudah kembali utuh di dalam diri. Alhamdulillah.
Amiera dan Ainur hanya memandang suasana itu dengan perasaan terharu dan hiba. Finally! Nawwarah dah 'kembali'.
AL-QURAN itu dipegang dengan penuh rasa kasih dan berhati-hati. Lalu diusap perlahan. Sudah menjadi rutin gadis itu untuk membaca kitab suci itu. Di waktu maghrib begini, pasti dia akan membaca surah yassin setiap hari khamis atau jumaat. Di hari lain surah Al-Mulk pasti menjadi surah pilihan di kala lepas maghrib. Sekali, boleh lah dia berniat untuk hadiahkan kepada setiap insan yang telah pergi meninggalkan dirinya.
"Sadaqallahul azim..." Dicium Al-Quran itu sebanyak 3 kali. Lalu diletakkan di dalam pelukan dadanya seketika.
Tangan ditadah lalu dia mula membacakan doa. "Ya Allah, Ya Tuhanku, lancarkan lidahku. Lancarkan lah lidahku. Semoga semakin hari bacaan serta tajwidku semakin membaik. Semoga aku terus kuat dalam menghafal dan mengingati setiap hafalan ku sehingga ke akhir hayatku. Aamiin ya Allah."
"Ya Allah, aku tahu doaku kalini mungkin akan kedengaran sedikit janggal, tetapi... aku ingin mengirimkan doa untuk salah seorang dari hamba-Mu Ya Allah. Semoga rohnya sentiasa di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Kerana aku tahu lepasni, aku mungkin tidak dapat menemui dirinya di dunia lagi... maka pertemukanlah kami lagi di syurga sana. Aamiin ya rabbal alamin." Tangan diusap perlahan ke wajah. Ini pertama kali, dia berdoa buat seorang lelaki yang hanya dianggap teman olehnya. Dan lelaki itu pun mengganggap dia sebagai teman juga.
YOU ARE READING
Masih Hatiku| Ongoing
Random{STAND ALONE}✨ Disaat dirinya diselubungi rasa trauma. Segala kata-kata itu akan mula bermain semula di minda. "Diamlah gemuk." "Diamlah budak jerawat." "Diamlah buta." Rumahku? Sini rumahnya... Mengenali sahabat yang baik pun salah satu rezeki, i...