MH: |٤| WarFir

66 6 9
                                    

"Menyesuaikan diri di tempat yang baharu."




          MALAM hari kian menjelma. Sekarang dia sudah berada di tempat yang cukup asing baginya. Di tempat, ini dia bakal menimba ilmu. Di tempat, ini dia bakal tidur sementara belum tamatnya semester ini. Di tempat ini dia akan berkenalan dengan orang asing yang bakal menjadi kawan mahupun lawan. Dia pun tak pasti sama ada ia akan berterusan dengan baik ataupun tidak.

"Alahai... ramainya orang... segan aku macam ni." Fikirnya. Dia teringin sangat mahu berkenalan tetapi mulutnya seakan terkunci rapat.

Apa yang dia mampu buat hanya duduk diam di atas katil dan buat hal sendiri. Tapi dalam hati kian terfikir takut dilabel sombong kerana tidak bertegur sapa. Sedangkan orang lain sudah berborak seperti setahun tidak berjumpa. Hanya dia dan Afirah sahaja yang terbaring malas di atas katil.

Tiba-tiba ada satu sosok tubuh menghampiri dirinya. Mungkin kerana dia asyik duduk diam dari tadi. Maka gadis itu mula menghampiri katilnya.

"Eh... awak sorang je dekat sini? Jangan malu-malu dekat sini kita semua berkawan." Sapa gadis itu.

"H-ha... ya saya."

"Ha lupa nak tanya, nama awak siapa?" Soal gadis itu.

"Er..." Kepala yang tidak terasa gatal digaru. Terasa janggal bila ada orang menegur dirinya.

"Nama saya Elnur Nawwarah, panggil je Warah."

"Ooo, nama saya Azie... boleh panggil Zie." Balasnya. Sambil bersalaman.

"Kenapa tak borak dengan kawan-kawan yang lain?" Gadis itu menyoal Nawwarah lagi.

"Er... saya ni orangnya pemalu sikit. Tu sebab ambil masa sikit nak kenal dengan orang. Tapi saya dah kenal dengan Afirah. Budak katil satu tu." Nawwarah membalas sambil tersenyum manis.

"Ouh! I see." Hanya jawapan itu sahaja yang diberi oleh gadis bernama Azie itu.

"Sekejap! Saya nak tanya sesuatu boleh?"

"Boleh... silakan Warah."

"Awak dengan Ain tu dah lama kenal ke? Sebab tengok berbual macam dah lama kenal." Tanpa segan silu Nawwarah menanyakan soalan itu.

"Ouh! Kitaorang pun baru je kenal tadi. Masa masuk sini. Kenapa tu?"

"Ooo ingatkan dari zaman sekolah lagi." balas Nawwarah pendek.

"Eh tak adalah. Baru je kenal. Ha... nanti kalau perlukan apa-apa beritahu ya." Kata gadis itu.

Belum sempat gadis itu bergerak ke katilnya semula, Nawwarah pun menyeru namanya.

"Hmm... Azie." panggil Nawwarah.

"Ya?"

"Kalau saya nak pinjam extension awak boleh? Sebab saya punya lupa nak bawa, hehe." Pinta Nawwarah. Terpaksa ditebalkan muka demi memudahkan urusan.

"Eh mestilah boleh! Guna jelah." Gadis itu memberikan kebenaran.

"Alhamdulillah, terima kasih awak."

"Sama - sama." Balas gadis itu bersama senyuman.

Telefonnya bergetar menandakan ada seseorang yang menghantar pesanan kepadanya di waktu begini.

"Eh dia ni... aku baru nak rileks dan bertenang. Tapi tak apalah, dah someone special in my life is message and I have to reply it." Katanya dengan nada yang gembira.

Teringat semula peristiwa beberapa hari yang lepas, sewaktu berbalas mesej dengan someone special itu.

THE SPECIAL ONE
: Nanti dah pergi
Jaga diri elok-elok
Belajar sungguh-sungguh
Buktikan yang kau boleh
Jangan sia-siakan peluang
Jaga batas
Jaga tingkah laku
Kalau ada org buli... jangan senyap
Kalau ada orang nak ngorat bagitahu aku
Jangan lupa kesayangan kau ni and kawan-kawan kau yang lain
Kalau ada apa-apa roger je...
Kitaorang sayang kau sangat!!

Masih Hatiku| OngoingWhere stories live. Discover now