"Pertemuan kembali tanpa dirancang."
BARU sahaja diri ingin melelapkan mata. Bahu Nawwarah terhinjut naik ke atas. Terkejut mendengar bunyi notification di telefonnnya. Dilihat hanya nombor private yang tertera di skrin telefonnya.
"Aduh... ingatkan dah silent tadi. Lupa pula aku!" Dahi ditepuk. Dia terus terbangun dari lena yang tidak menjadi itu. Skrin telefon sekadar dipandang kosong.
"Siapa ni? Siap hantar link group lagi. Tak apalah, join jelah." Jari bergerak malas. Mana tidaknya, rasa mengantuk belum hilang lagi.
011-xxx-xxxx
: link groupElnur Nawwarah
: Scammer ke ni?011-xxx-xxxx
: Ya Allah, sampai hati kau panggil aku scammer?Elnur Nawwarah
: Iyalah, tiba-tiba je chat aku. Mana lah tahu scammer ke?011-xxx-xxxx
: Wahai cik kak, kau cuba baca nama group tu. Nampak macam aku ajak kau main judi ke?Elnur Nawwarah
: Memang lah tak nampak, tapi sekurang-kurangnya, cuba bagi salam dulu ke? Perkenalkan diri dulu ke? Ini tak main hantar je link."Hish... minah ni. Banyak songeh betul eh?" desis hati jejaka itu.
"Tak apalah, kenalkan jelah diri. Kang makin bertambah pening pula aku melayan dia ni nanti." Tangan laju menaip mesej di telefon Iphone 13 miliknya itu.
011-xxx-xxxx
: Assalamualaikum, wahai cik adik yang banyak cekadak. Perkenalkan nama aku, Tengku Firash Iman. Bakal student diploma in Syariah Semester 1 sama macam kau.Elnur Nawwarah
: Waalaikumussalam wahai encik ex scammer. Ha macam ni lah baru betul! Ouh... sama kos dengan aku eh? Baik... apapun terima kasih untuk link tu.011-xxx-xxxx
: Hmm... sama - sama.Telefon terus dimatikan. Ingin melayan mata yang dari tadi asyik meminta untuk lelap.
"Huh... mengantuk aku. Kacau betul lah mamat ni. Kalau tidak, dah lama aku tidur. Tapi tak apalah, dia dah tolong share link tu kira okay lah." Mata terus dipejamkan. Tubuh terasa lelah sekali.
"Perempuan memang complicated eh bro?" Firash menyoal rakan baiknya, Izz.
"Masalahnya bro... bukan semua perempuan macam tu. Kadang-kadang kita yang lelaki ni pun boleh jadi complicated. Jadi jangan nak salahkan perempuan sangat lah ya Fir?" Bidas Izz. Senyum mengejek ditayangkan.
Tersentap jiwa Tengku Firash Iman. Kawannya yang seorang ni kalau dah berbahas, memang sentap habis. Tapi bibirnya tersengih di waktu dia sedang sibuk berfikir. Tak tahu lah bagaimana rasa geli hati itu menyinggah di hatinya.
"Elnur Nawwarah? Gambar dp pun tak ada. Hmm... faham. Mungkin dia menjaga privasi dirinya. Perempuan macam ni memang limited." Sengihan terukir di ulas bibirnya. Rasa ingin ketawa tetapi dilupakan sahaja niatnya itu.
"Tapi... aku macam pernah dengar nama dia? Tapi dekat mana ya?" Otaknya ligat berfikir.
"Kau dah kenapa ni Fir? Bercakap seorang diri? Dah tak betul?" Seloroh Izz.
"Woi! Kuang ajo! Bukan lah... aku tengah fikir something ni," katanya.
"Fikir pasal siapa? Awek ke??"
YOU ARE READING
Masih Hatiku| Ongoing
De Todo{STAND ALONE}✨ Disaat dirinya diselubungi rasa trauma. Segala kata-kata itu akan mula bermain semula di minda. "Diamlah gemuk." "Diamlah budak jerawat." "Diamlah buta." Rumahku? Sini rumahnya... Mengenali sahabat yang baik pun salah satu rezeki, i...