"Dikala di waktu susah?"
Firash terjeda. Nak bicarakan soal ini? Di waktu yang hampir senja ni? Dirinya jadi rasa serba salah. Nak cakap ke tak eh?
"Warah, mengucap dulu. Banyakkan istighfar. Aku taknak sentuh langsung soal apa yang aku tengah nampak sekarang ni. Jadi, tolong dengar kata aku, kalini je. Boleh? Kita pergi jumpa orang yang sepatutnya." Firash berusaha memujuknya. Dia bukan ada niat yang buruk terhadap gadis itu. Niatnya, cuma ingin membantu.
Kelibat Risya dan Afirah semakin mendekati. Untuk mendapatkan rakan mereka yang seorang itu.
"Warah, betul kata Fir tu. Dah, jom ikut kami. Kita kena pergi cepat sebelum maghrib," ajak Afirah. Boleh dilihat air muka milik Nawwarah berubah keruh.
"Ha? Pergi mana? Apa maksud korang ni? Serius cakap, aku tak faham langsung." Protesnya lagi.
"Warah... ikut aje kitaorang dulu. Dah tak ada masa untuk kitaorang jelaskan soal ni. Ikut aje. Nanti dah sampai, kitaorang akan ceritakan from A to Z. Okay?" Tenang Risya cuba mengajak dengan cara yang baik.
"Korang ni dah kenapa? Aku dah cakap, aku okay aje. Tak perlu nak risau sangat. Tolong... jangan merapu begini. Aku tak suka lah..." Berkerut seribu dahi miliknya tatkala menuturkan ayat itu. Kepala dipusingkan ke kanan ke kiri.
Leher dipegang, terasa panas semacam. Dia kembali menoleh ke arah Fir. "Kau tengah baca apa tu ha?!" bentak Nawwarah.
Tubuhnya terasa keras. Kenapa tidak boleh digerakkan ni? Gelap semacam aje ni? Kenapa penglihatannya tiba-tiba bertukar gelap?
Samar-samar satu suara menerjah ke deria pendengaran miliknya. "Nawwarah... Warah..." sayup suara gemersik itu menyeru memanggil namanya.
"Siapa kau? Apa niat kau datang ke mari ha? Aku dah kata, pergi jauh! Pergilah!" Usir Nawwarah. Sungguh dirinya tidak berasa tenang apabila suara itu kembali menjelma di dalam pemikirannya.
Suara misteri terus tertawa histeris. "Aku? Pergi jauh dari dirimu? Tidak mungkin! Kerana jiwa kita sudah bersatu Nawwarah... sudah bersatu, bertahun lamanya. Kau bahkan juga tidak dapat melakukan apa-apa..."
Hatinya terasa sedikit terusik mendengarkan ayat itu. "Apa yang cuba untuk maksudkan ni? Aku tak faham. Apa yang kau mahukan dari diri aku ni?"
"Hm... aku cuma... mahukan..."
"Kau! Cukup kau saja! Jika jiwa kita bersatu, kau bahkan mampu melakukan apa sahaja! Hiraukan orang macam dulu balik? Duduk diam dalam dunia kau saja? Pedulikan orang lain dan cuma pentingkan diri kau sendiri. Semua perkara tu kau boleh buat! Kalau kita bersatu macam dahulu kala..."
Dadanya berombak kencang seperti dedaun pohon yang ditiup oleh angin. Terasa laju sekali cara bernafasmya. Adakah bisikan yang bermain di kepalanya adalah bisikan baik mahupun...
Bisikan jahat?
"Apa yang kau mengarutkan ni ha?!" pintasnya. Debaran di dada kian terasa kuat detakannya.
"Bersatu balik? Kau pernah ke wujud dalam diri aku ni? Aku tak pernah anggap langsung kau tu wujud di dalam diri aku. Bagi aku... kau tu cuma halusinasi aku ajelah!
Pap! Dunianya terus kembali gelap. Samar-samar satu cahaya mulai menembusi kornea matanya.
"Warah..." seru suara lembut itu. Suara lelaki. Tapi tidaklah segarau seperti yang biasa dia dengarkan.
Matanya dikerdipkan beberapa kali. Benarkah? Apa yang dilihat oleh dirinya sekarang ni?
"Im? Betul ke ni? Ke aku salah tengok?" soal Nawwarah. Kepala masih terasa pusing. Matanya masih berbalam.
YOU ARE READING
Masih Hatiku| Ongoing
Random{STAND ALONE}✨ Disaat dirinya diselubungi rasa trauma. Segala kata-kata itu akan mula bermain semula di minda. "Diamlah gemuk." "Diamlah budak jerawat." "Diamlah buta." Rumahku? Sini rumahnya... Mengenali sahabat yang baik pun salah satu rezeki, i...