Bab 4

10 2 0
                                    

Pagi yang cerah dan indah bersama bunyi burung burung berkicauan.. hancur akibat bunyi daripada beberapa orang gadis yang berada di sebuah rumah..

"Wuhuu!!Aku sayang dia MAK!!" Nyanyi Haura separa menjerit.

"Aku cinta dia mak!" sambung Airis pula..

"Dia sedang sedang saja..Yang penting.. dia setia." Nyanyi mereka serentak.

Baru sahaja mereka mahu menyambung lirik nyanyian.Namun..

"Wei!! Zandra asal kau tutup TV tu..aku nak nyanyi la.Alamak.." Kata Airis geram.

"Entahnya." Sambung Haura..hmm dua ekor ni elok la sekepala. Dua dua sengal.

"Tak payah! Hancur rumah nenek Hani ni sebab kan korang." Kata Zandra selamba yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang.

"Apasal pulak!!" Pekik Haura dan Airis serentak.

"Dah korang terpekik pekik macam orang gila..Ni menyanyi ke,lawan suara siapa paling sumbang." Ujar Aisyaa pula yang duduk di sofa. Hani yang berada di sebelah Aisyaa lebih selesa berdiam diri.

Sejak pertemuan 2 minggu yang lepas, mereka sudah kenal kenal dengan keluarga masing masing.Maka inilah jadinya, semua sibuk nak duduk lepak rumah nenek Hani.

Dalam mereka berempat bergaduh mulut tiba tiba suara nenek menyampuk.

"Yang korang ni bergaduh ni kenapa? Terpekik terlolong menjerit tak ada kerja ke?" Tanya nenek sambil memegang penyapu.

"Nenek..tengok Aisyaa dengan Zandra kacau kitorang nak nyanyi.." Adu Airis pada nenek.

"Hmm..memang patut pun diaorang buat macam tu,korang berdua ni tak ada kerja ke menyanyi terpekik pekik. Apa jenis anak dara ni menjerit-jerit. Bising! Buat malu je.Tak pasal-pasal hantaran kawin nanti rendah- rendah." Kata nenek sebelum berlalu pergi. Haura dan Airis yang mendengar itu terus tersentap.

"Wuu..Nenek tak back up. Padan muka!" Kata Zandra. Haura dan Airis menjeling kearah Zandra tajam.

"Ish! Apalah nenek ni main hantaran. Ish tak suka lah! Humph!" Ujar Airis sambil memeluk tubuh.

"Setuju setuju.." Sambung Haura pula

Hani,Zandra dan Aisyaa hanya mampu menggelengkan kepala melihat karenah kedua rakannya itu.

Hani bangun dari sofa yang di dudukinya lalu ingin bergerak ke bilik.Tiba tiba ada satu suara menyampuk..

"Wei Hani nak pergi mana?" Tanya Zandra kepada Hani apabila melihat Hani berjalan ingin menaiki tangga.

"Bilik.Keluar.Sungai" Kata Hani ringkas dan padat. Amboi ringkas nau. The real malas nak cakap banyak.

Mereka yang berada di situ hanya mengangguk kepala.Mereka dah biasa dengan cara Hani bercakap. Cuma ada time time tertentu dia akan bersuara lebih.So jangan pelik.

"Nak Ikut!!" Jerit Haura, Airis dan Zandra serentak. Lihat sahaja Zandra seperti seorang yang cool.. tapi sebenarnya dia ni pun manja orangnya.Dan perangai pon Hampir sama dengan Haura dan Airis.Nasib ada perangai yang boleh dipakai.

Hani hanya mengumam sambil mengangguk kecil tanda mengiyakan.

Sebelum mereka keluar mereka sempat memberitahu nenek bahawa mereka ingin ke sungai.

Barang barang yang ingin bawa ke sungai diletekkan di dalam bonet kereta Axia-x Aisyaa.Semuanya diambil oleh dua sengal.Entah apa la yang diambil haih..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Setibanya di kawasan sungai yang terletak di hujung kampung.Maka menjerit lah para gadis ayu yang tidak berapa nak ayu.

One In A ThousandWhere stories live. Discover now