Bab 15

10 1 0
                                    


Hani merenung langit biru yang tenang, terdapat beberapa burung berkicauan terbang di langit itu. Langit yang kelihatan tenang.

Namun,

Tidak seperti dirinya. Dibelungi banyak persoalan dalam hidup. Huh!

" Pehal kau duk tenung langit tu?" Satu suara garau menyentakkan dirinya. Laju Hani menoleh melihat gerangan tersebut.

Rayfal. Buat apa mamat poyo tu buat kat sini. Eh banyak pulak buat aku. Desis hati Hani.

Hani menghiraukan, dia kembali merenung langit.

"Asal kau pergi macam tu je tadi?" Tanya Rayfal walaupun dia sudah tahu sebab nya.

Hani menunduk.

"Jangan sibuk." Ringkas jawapan yang diberi.

"Aku kene sibuk." Rayfal tidak mahu mengalah.

"Asal pulak?" Hani mengangkat wajah melihat raut wajah tampan Rayfal.

"Kau tahu, keempat- empat rakan kau tu bukan main happy nak sambut birthday kau. Tapi kau..tiba- tiba bla macam tu. Kau ni memang tak senang dek untung kan?" Terang Rayfal panjang lebar. Sempat selitkan perlian.

"Aku..aku, tak suka." Perlahan sahaja nada suaranya.

"Childish! Why? Kau benci tarikh lahir kau sendiri? Macam tu? " Soal Rayfal bertubi- tubi. Sengaja memprovok Hani.

"Kau tak faham." Hani berbicara ringkas. Dia, dia rapuh hari ini. Dia bukan Hani yang Rayfal kenal.

Rayfal mengeluh.

Rayfal bergerak menuju ke hadapan Hani lalu mengambil tempat duduk bertentangan dengan gadis itu.

"Apa yang aku tak faham? Cuba kau terang kan." Tanya Rayfal, kasar.Namun terselit keprihatinannya.

Hani menunduk. Tak tahu macam mana nak terangkan. Satu lagi dia yakin yang Rayfal akan gelakkan dia.

"Aku janji aku tak gelak. And, aku akan dengar dan beri nasihat kalau ada yang perlu." Rayfal berucap panjang sambil berpeluk tubuh.

"Betul?" Soal Hani, memastikan.

Rayfal mengangguk. Satu perkembangan. Buat masa sekarang dia tak boleh cari gaduh dengan Hani.

"Ye.." Rayfal mengiyakan.

"Cuba kau bayangkan. Kau duduk dekat tempat aku, and then takde mak ayah, tak tahu sama ada orang tua kau hidup tak lagi. Tak pernah kenal muka diorang pun, gambar pun takde. Kau faham tak? Hidup kau akan rasa sentiasa kosong. Tiada pemberi semangat, macam orang lain yang dapat kasih sayang seorang ibu dan seorang ayah. Kau takkan faham. Takkan faham..." Hani bersuara.. Mata nya mula merah.

"Who say that i'm not understand. Aku faham, sepatutnya bukan aku atau orang luar yang kena faham kau-" Rayfal berhenti seketika. Dia mengangkat jari telunjuknya lalu menghala kearah wajah Hani.

"Kau yang kena cuba faham diri sendiri. You don't need other to belive you, but you should belive yourself." Rayfal memandang wajah Hani. Tangannya dibawa untuk memeluk tubuh.

"Tapi kau tak faham bila kau sentiasa dihina sebab takde ibu ayah disisi kau. Kadang aku tertanya, diorang benci aku ke sebab aku takde ibubapa?" Soal Hani sambil menunduk memandang tanah.

"Just ignore them. Aku nak bagitahu kau sesuatu. 'Appreciate your haters. They are telling you lound and clear you are above them.' By Suria Adreana. ( Novel- King Haider by Anjell.)"

One In A ThousandWhere stories live. Discover now