" Ya Allah, mana kamu ni Hani.. kenapa tak balik lagi ni?" Tidak senang duduk nenek apabila cucunya masih tidak balik lagi.Haura juga tidak terkecuali dari tadi mundar mandir, kiri kanan berjalan, digigit kukunya tanda dia berdebar yang amat. Risau kan rakannya yang tidak kunjung pulang.
Rasa takut dan bersalah mengunjung diri.Tidak sepatutnya dia merajuk dan marahkan Hani tanpa sebab, haih 'Ya Allah, kau lindungilah rakan ku Ya Allah walau dimana dia berada.' Desis hati Haura.
Sedang mereka berdua risau tentang keadaan Hani, mereka terdengar deruman enjin motor yang kuat di luar rumah. Haura dan Nek Asma bergegas ingin keluar rumah untuk melihat siapa yang berada di luar.
Namun belum, sempat mereka membuka pintu, pintu susah terbuka dari luar. Hani.
Haura terus memeluk rakannya itu.
"Hani, kau pergi mana? Kau buat kami risau tahu tak?! Aku minta maaf fasal tadi." Kata Haura sambil menangis dan memeluk Hani.
Hani terkedu. Hani tidak membalas pelukan rakannya itu.Dia terharu Haura sudah tidak memarahinya lagi tapi.. hatinya masih sakit mendengar luahan hati Haura tadi.Dia tidak membalas apa yang dikatakan Haura.
Hani menolak perlahan pelukan Haura, dia berlalu pergi menuju ke arah tangga ingin ke bilik.
Haura terkesima. Dia tertanya- tanya, adakah Hani memarahinya lagi? Dia memerhatikan Hani yang menaiki tangga sehingga hilang dari penglihatan.
Haura menoleh kiri dan kanan mencari nenek. Takde. Dia menuju ke luar rumah dan melihat nenek sedang berborak mesra bersama seorang jejaka. Rayfal? Mamat tu buat apa kat sini?
"Hey Ray! Kau buat apa kat sini?" Tanya Haura.
"Aku hantar Hani tadi." Balas Rayfal.
"Kau jumpa dia kat mana?" Soal Haura lagi, curiga antara hubungan Hani dan Rayfal.Bukan tak rapat ke?
"Bukit" Jawab Rayfal.
"Bukit? Bukit mana?Hani buat apa kat bukit?" Tanya Haura bertubi- tubi.
Rayfal mati kata. Tiba- tiba percakapan antaranya dengan Hani semasa membonceng superbikenya tadi berlayar difikiran.
FlashBack~~
"Rayfal!" Jerit Hani kuat.Yelah naik moto superbike lak tu.Memang kene jerit la jawabnya.
"Kau pehal minah sewel?!" Soal Rayfal.
"Aku nak buat satu permintaan dekat kau!" Ujar Hani.Dari tadi lagi dia fikirkan.
"Apa dia?" Tanya Rayfal.Dia memberhentikan motornya apabila lampu insyarat bewarna merah menunjukkan isyarat berhenti.
"Kau rahsiakan tempat yang kita jumpa tadi tau and jangan bagi tahu sesiapa pon kenapa akut kat sana." Pinta Hani.Lebih kepada mengarah sebenarnya.
"Asal lak? Dah tu nanti nenek kau ke Haura ke tanya aku jumpa kau kat mana aku nak jawab apa?"
"Kau jawab je la bukit tapi kau tak yah la bagi tahu bukit mana.And jangan bagi tahu kenapa aku pergi bukit. Pasal aku nangis tadi pon jangan bagi tahu tau!" Tegas suara Hani berkata. 'Haih minah ni tadi buakan main cengeng sekarang balik dah ketegasan dia..ceh menyampah' Ungkap Rayfal dalam hati. Kalau cakap depan depan mau kene hempuk kepala aku dengan minah belakang ni.
"Ye lah..Suka hati kau la." Balas Rayfal malas. Dia menyambung perjalan setelah lampu isyarat bertukar hijau.
End FlashBack~~
"Haih..Dari kau tanya aku baik kau tanya Hani." Ujar Rayfal berdalih.
"Dah kau ada depan aku,aku tanya la kau." Balas Haura taknak kalah.
"Ish! apa kamu berdua ni gaduh dah la, nenek masuk dulu kamu pun Haura jangan lambat sangat masuk rumah. Anak dara tak elok masuk rumah lewat."Pesan nenek sebelum berlalu pergi.
"Hah sambung. Hani buat apa kat bukit." Desak Haura lagi.
"Yang kau sibuk pehal. Masa dia kat bukit tadi,sorang- sorang je, takda pon kau teman dia. Kau tinggal dia. Dia berjalan kaki sorang- sorang. Kau, ada? " Soal Rayfal melepaskan apa yang terbuku dihati.
Terkedu Haura dengan jawapan yang diterima.. nak marah pun tak boleh sebab apa yang dikatakan oleh Rayfal tu betul.
"Dah, aku balik dulu." Rayfal berlalu pergi meninggalkan Haura yang berdiri kaku.
Haura masih berdiri diluar rumah dia kecewa dengan dirinya sendiri. Dia memusingkan tubuhnya, dan mendongakkan kepalanya sedikit untuk melihat kearah bilik tidur Hani.
Pandangan matanya bertaut dengan pandangan Hani. Hani menutup tingkap biliknya. Haura pula masuk kedalam rumah.
Sebenarnya, dah lama Hani perhatikan Haura dan Rayfal, takut la si Rayfal tu bocor rahsia.. bukan boleh kira mamat poyo tu.
Hani menuju ke arah katilnya lalu merebahkan diri. Selang beberapa minit dia dijemput lena.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Hani yang baru selesai membersihkan diri terus keluar bilik dan menuju ke arah dapur. Di dapur dia dapat melihat Haura dan nenek sedang bersembang sambil menyediakan makanan.
Hani menghampiri mereka berdua lalu menolong tanpa sebarang suara.
"Eh? Hani, bila bangun tak sedar pun turun? " Tanya nenek.
"Tadi, baru turun." Sambil berkata tangan lincah membuat kerja.
Sarapan sudah siap terhidang diatas meja. Mereka bersarapan, terkadang mereka berborak kosong, kebanyakan yang bercakap hanya Haura dan Nek Asma sahaja.
Hani sudah selesai makan, dia menyuci pinggan lalu menyalami nenek sebelum berlalu keluar ingin ke tempat pengajiannya.
Haura pula bergegas menyuci pinggan ingin mengikuti Hani.
"Pergi dulu ye nek." Ujar Haura sambil menyalami nenek.
setelah bersalam dengan nenek dia meuju ke luar rumah. Dapat dia lihat Hani yang sedang memakai kasut sneakersnya yang bewarn full white.
Haura baru ingin memulakan bicara, tiba- tiba suara Hani memecahkan kesunyian.
"Aku pergi sendiri." Hani berlalu pergi setelah berkata.
Haura sudah gelabah mencari kasut yang sesuai. Dia mencapai kasut sneakers nya yang bewarna merah putih.
Dia menuju kearah keretanya. Dia menghidupakan enjin lalu memandu mengikut jejak langkah Hani dari belakang.Dilihat Hani sedang berjalan.
Dia pun menyekat laluan Hani dengan memberhentikan kereta depan Hani.
"Hani! Masuk dalam cepat!" Ajak Haura setelah dia membuka tingkap keretanya.
"Takpa.Aku jalan kaki." Tolak Hani, tidak mahu menyusahkan sahabatnya lagi.
"Kau masuk, kau masuk. Cepat la! Kereta nak lalu dah tu." Tepat betul timing kereta nak lalu.Nak tak nak terpaksalah dia menaiki kereta Haura.
Setelah Hani masuk dalam kereta Haura meneruskan perjalan mereka ingin menuju ke Universiti.
"Ermm Hani, Ak.-" Belum sempat Haura mahu menghabiskan ayat Hani sudah memotong.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Jeng.jeng.jeng apa yang Hani cakap agak- agak? stay tude anyway jgn lupa baca Bab 6 dulu tau kalau taknak pening..okay tata
TBC💕
YOU ARE READING
One In A Thousand
RandomTengku Rayfal Ziqri seorang jejaka yang popular di tempat pengajiannya.Rupanya yang tampan menjadikan para gadis meminatinya. Namun terdapat beberapa gadis yang tidak meminatinya seperti para gadis lain salah satu daripadanya ialah Hani Danisha. Se...