Pagi yang indah datang menjelma. Disebuah bilik terdapat 5 gadis yang masih tidur tidak sedarkan diri. Tidur yang nyenyak itu tiba- tiba diganggu dengan kedatangan.."Ya Allah! Tak bangun lagi anak- anak dara ni! Hei! Hani! Haura! Zandra! Aisyaa! Airis! BANGUN!!! " Pekik Nek Asma apabila melihat kelima- lima gadis itu masih tidur.
"Ermm..kejap 10 minit." Kata Airis dalam keadaan mamai. Mengucap Nenek apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Airis.
"Bangun sekarang ! Takde takde bangun!!"Kata nenek sambil menarik satu persatu badan gadis di atas katil queen itu.
Kelima gadis itu duduk diatas katil, masing- masing dalam keadaan mamai. "Pukul berapa?" Tanya Haura. Mata masih terkatup rapat.
" 7:30 . Kamu berlima ni dah solat ke belum?" Tanya nenek, nampak gaya macam tak je.
"Piyed."
"Abc."
"Cuti."Kata mereka berlima serentak.
"Hmm tak pe lah. Dah pergi mandi pastu turun makan" Kata Nek Asma.
"Hah?" Tanya Airis tiba- tiba.
"Kamu kenapa Airis? Mengigau." Ujar nenek.
"Takyah pakai baju ke?" Tanya Airis lagi.
"Apa yang kamu merepek ni Airis oi!! " Balas nenek.
"Dah nenek kata mandi pastu turun makan." Ujar Airis dengan polosnya.
"Ada aku ketuk kepala budak ni dengan kuali. Jangan nak merepek ! Pergi mandi ! Se.Ka.Rang !" Usai berkata, nenek tutup pintu untuk turun kebawah.
Hani bangun dari katil lalu memgambil tuala dan berlalu untuk membersihkan diri.
Yang lain pula, sambung tidur.. Dalam 10 minit, Hani keluar dari bilik air. Dia menuju ke arah meja solek untuk mempersiapkan diri.
Setelah itu kekatil untuk mengejutkan kawan- kawannya yang sambung tidur.
"Haura.Aisyaa.Zandra.Airis.Bangun, bangun." Kejut Hani sambil menepuk- nepuk lengan rakannya itu.
Mereka hanya mengumam menandakan mereka sudah bangun.
"Siap-siap,pastu turun bawah." Ujar Hani. Sebelum keluar bilik sempat dia melihat Aisyaa yang bangun untuk membersihkan dirienya dahulu.
Dia turun kebawah untuk menolong neneknya di dapur bagi menyediakan sarapan.
"Mana anak dara yang lain?" Tanya nenek apabila melihat cucunya turun dari tangga.
"Masih dekat atas bersiap." Kata Hani. Dia menghapiri Nek Asma lalu menolong nenek untuk menyediakan makanan.
Tidak sampai 25 minit keempat- empat gadis itu mula turun.
"Good morning nenek ku sayang." Ujar Airis separa menjerit.
"Ish kamu ni pagi- pagi dah menjerit." Kata Nek Asma.
"Dah,makan." Hani bersuara setelah menghidangkan makanan. Sambil mereka bersarapan mereka berborak kosong untuk menceriakan suasana, Hani akan membalas apabila ditanya itupun sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab.
Selepas bersarapan mereka menolong nenek membersihkan meja makan sebelum bergerak ke tempat pengajian mereka.Hani dan Haura menaiki mini cooper Haura yang hitam putih. Manakal Zandra, Aisyaa dan Airis menaiki Audi Rs7 yang berwarna hitam milik Zandra.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Setibanya mereka di kawasan tempat pembelajaran mereka. Dihadapan pintu Universiti lagi mereka berlima melihat beberapa pelajar perkumpul di papan kenyataan.
YOU ARE READING
One In A Thousand
RandomTengku Rayfal Ziqri seorang jejaka yang popular di tempat pengajiannya.Rupanya yang tampan menjadikan para gadis meminatinya. Namun terdapat beberapa gadis yang tidak meminatinya seperti para gadis lain salah satu daripadanya ialah Hani Danisha. Se...