Bab 18

10 1 0
                                    

Pengumuman!

Kemungkinan saya akan lambat post. Sbb kemungkinan saya akan buat akaun wattpad baru. Kemungkinan.. tak pasti lagi yer, tapi kalau terjadi nanti saya bagi nama akaun tu okay. Story- story saya yang lain pun saya akan pub balik ke akau baru kalau ada la! Dan akan delete story dkt akaun ni! Okay la.

Enjoy your day!

Malam yang dingin di temani bintang- bintang yang bersinar di langit.

Hani merenung langit malam yang ditemani bintang- bintang dan bulan. Angin malam yang sejuk menerpa wajah Hani.

Selepas mereka membuat bbq semua masuk ke dalam khemah masing- masing untuk merehatkan diri. Kebiasaannya, waktu sebegini, semua sudah melelapkan mata.

Hanya Hani yang memilih untuk merenung langit. Dia dalam posisi berbaring, kepalanya berada di luar pintu khemah sedikit, sambil wajah menghadap langit. Kedua belah tangannya disilangkan di bawah kepala.

Hani merenung langit, fikiran nya kosong.

Dia pun tak faham kenapa dia rasa macam ni. Dia rasa kosong. Bosan kot, maybe?

Hani menarik nafasnya dan menghembus kan perlahan-lahan. Dia memejamkan matanya, cuba untuk tidur.

Tidur la.. ya Allah, kenapa mata aku ni degil sangat malam ni? Desus Hani dalam hati.

Hani membaca doa tidur lalu cuba melelapkan matanya.

Urgh! Stay still tak boleh. Why? Akibat terlalu geram Hani mengemaskan tudung sarung yang dipakai lalu keluar dari khemah menuju ke arah sungai.

Dia menyisingkan lengan bajunya sedikit lalu memasukkan tangannya ke dalam air.

Ya Allah! Sejuk nya, kalau tak boleh tidur lagi tak tahu la.

Dia mencuci muka dengan air sungai yang jernih itu.

Hani menurunkan lengan bajunya yang disisingkan tadi, lalu kembali ke khemah.

Dia masuk ke dalam khemah dan kembali dalam posisi tadi. Dia membaca doa tidur lalu memejamkan matanya.

Beberapa saat selepas itu, Hani sudah terlelap, masuk ke alam mimpi.

.
.
.
.
.

"Hani. Hani, bangun lah." Kejut Haura sambil menggoyangkan badan Hani.

Hani terpisat-pisat bangun, terkelip-kelip matanya memandang wajah Haura.

"Bangun la Hani." Kejut Haura sambil menolak bahu Hani yang berada dalam keadaan berbaring. Haura berlalu pergi apabila melihat Hani yang sudah membuka matanya.

Hani menggosok kan matanya, dia duduk lalu mencapai kain tuala dan pakaian lalu pergi ke tempat mandian.

.
.
.
.

Setelah selesai membersihkan diri dan memakaikan pakaian, Hani menuju ke tempat rakan-rakannya yang lain berkumpul. Dia meletakkan beg galas disebelahnya.

"Weh Hani! Lambat kau datang." Ujar Haura setelah kelibat rakannya yang satu itu tiba. Dia memeluk bahu Hani dari sisi

Hani menjeling rakannya itu.

" You know the reason." Ujar Hani. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket jaket.

Haura tersengih, sengaja nak suruh kawannya yang satu tu bercakap.

One In A ThousandWhere stories live. Discover now