Maisara masuk ke dalam untuk membuat pesanan yang dibuat oleh kawan baik arwah abahnya.
"Sara...kau kenal ke dengan orang tu?" soal Azreen setelah nampak Maisara masuk ke dalam dapur cafe tersebut.
"Uncle tu cakap yang dia kawan baik pada arwah abah aku. Dan...arwah abah aku nak aku kahwin dengan anak kawan dia. Dia cakap...sekejap lagi aku akan jumpa dengan anak dia." kata Maisara dengan keluh sambil tangannya membuat air kawan baik arwah abahnya.
🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸
"Sorry, pa. Riz ada kerja tadi dekat ofis tu. Kenapa papa nak jumpa Riz dekat sini." ujar Mukhriz kepada papanya, Dato' Azman.
"Papa nak jumpakan kamu dengan anak kawan papa. Haa....tu dia dah sampai." ujar Dato' Azman sambil menunjuk Maisara yang sedang menatang dulang air datang ke arahnya.
"Uncle...ni air untuk uncle dengan anak uncle." kata Maisara lalu meletakkan 2 cawan di atas meja.
"Terima kasih, Sara. Ni...Sara busy ke, kalau tak busy...duduk sini lah dulu. Tak perlu takut. Ini cafe uncle punya." kata Dato' Azman.
"Tak busy sangat, uncle. Tak apa ke kalau Sara tak buat kerja sekejap? Tapi...Sara takut bos marah nanti." ujar Maisara dengan ragu-ragu.
"Tak apa. Kalau dia marah Sara...tahulah uncle nak cakap dengan dia nanti. Sara...uncle nak kenalkan kamu dengan anak uncle. Ini anak sulung uncle, Mukhriz. Dan Mukhriz, ini Maisara anak keada kawan papa." jelas Dato' Azman.
🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹
Selesai saja berbual, Dato' Azman dan Mukhriz meminta diri untuk pulang.
"Sara...uncle dengan Mukhriz balik dulu ya. Kalau bos tu marah Sara, Sara terus call uncle ya. Assalamualaikum." ujar Dato' Azman lalu meninggalkan Maisara di situ.
![](https://img.wattpad.com/cover/372766347-288-k595207.jpg)
YOU ARE READING
Isteri Hanya Atas Kertas [slow update]
RomancePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...