Bab 20

48 3 0
                                    

"Kenapa abang Riz buat kak Sara macam ni. Lebam satu badan kak Sara, abang Riz kerjakan. Abang Riz tahu tak macam mana perasaan Rissa lepas tengok kak Sara terbaring atas lantai. Nasib baik Rissa dengan abang Taqim datang sini. Kalau tak...tak tahu apa nak jadi dengan Sara." kata Marissa setelah melihat abangnya masuk ke dalam rumah.

"Suka hati abang lah nak buat apa. Dia isteri abang dan abang berhak buat apa je yang abang nak." balas Mukhriz dengan selamba.

"Maksudnya abang Riz memang tak kisahlah kalau kak Sara mati. Kalau Taqim...Taqim tak akan sia-siakan isteri yang baik macam kak Sara tu. Abang Riz memang suami dayus." sampuk Mustaqim dari belakang Marissa.

"Yang korang berdua ni sibuk hal rumah tangga aku dah kenapa? Aku tahu lah nak urus kakak kesayangan korang tu." balas Mukhriz dengan perasaan tidak puas hati.

"Kalau pandai urus, kenapa abang Riz tak bawa kak Sara jalan beli baju pakai dinner malam esok? Ataupun sibuk dengan 'girlfriend' kesayangan abang tu?" balas Marissa pula.

"Rissa...Taqim...Akak okay je. Akak tak nak korang bergaduh dengan abang korang." kata Maisara dari arah tangga.

Dia terjaga selepas mendengar suara orang yang sedang bertikam lidah di tingkat bawah. Walaupun kepalanya masih pening, dia tetap turun untuk leraikan pergaduhan tersebut.

"Tak perlu nak berlakon baiklah. Suka lah kau...aku dengan adik-beradik aku bergaduh macam ni. Baik kau mati je lagi bagus. Menyusahkan aku je." kata Mukhriz lalu keluar dari rumahnya.

"Akak...Rissa minta maaf bagi sikap abang Riz. Sekarang ni, akak pergi bersiap. Sebab Rissa dengan abang Taqim nak bawa akak cari dress untuk dinner malam esok." kata Marissa dengan nada yang ceria.

"Akak rasa tak layak lah nak pergi majlis maca tu." kata Maisara lalu mengeluh.

"Akak layak lah. Sebenarnya, daddy nak akak datang juga dekat majlis tu." kata Mustaqim pula.

"Ye lah. Akak pergi bersiap dulu." kata Maisara lalu naik ke biliknya di tingkat 2 itu.

Isteri Hanya Atas Kertas [slow update]Where stories live. Discover now