Bab 14

37 4 0
                                    

Di Megah Holdings Sdn. Bhd...
Sampai saja Mukhriz di syarikat itu, dia terus menuju ke tingkat 20 iaitu di mana tempat ofis papanya.

'Tok! Tok' bunyi ketukan di pintu pada bilik Dato' Azman.

"Kenapa papa nak jumpa Riz dekat ofis?" tanya Mukhriz setelah masuk ke dalam pejabat Dato' Azman.

"Papa nak cakap tentang tanggungjawab kamu sebagai suami. Kalau kamu rasa perkahwinan ni tak bermakna bagi kamu...kamu silap Mukhriz. Bagi papa, Maisara tu lagi layak jadi isteri kamu dari perempuan tu. Kalau suatu hari nanti Maisara pergi jauh dari hidup kamu, jangan nak cari papa lepas tu." ujar Dato' Azman.

"Riz tak kisahlah tentang perempuan tu. Kalau dia sengsara jadi isteri Riz, itu salah papa. Riz dah cakap...yang Riz tak cintakan dia. Hati Riz hanya untuk Zahra je." kata Mukhriz dengan nada yang tidak puas hati lalu melangkah keluar dari bilik ofis papanya.

🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹

Di bilik ofis Mukhriz...

"Hoi!! Leas kahwin takkan dah masuk kerja. Kenapa tak spend time dengan isteri dekat rumah dulu." kata Aamir setelah masuk ke dalam bilik ofis sahabatnya.

"Kau dah tak pandai ketuk pintu dulu ka. Suka hati aku lah nak masuk kerja ke tak. Dan tak ada masa aku nak hadap muka perempuan tu 24 jam." kata Mukhriz dengan nada yang marah.

"Kau apahal nak marah tak tentu pasal ni. Kenapa? Kau rasa terbeban dengan pilihan papa kau tu. Kau sepatutnya bersyukur dapat isteri macam Maisara tu." balas Aamir pula.

"Aku malas nak gaduh dengan kau." kata Mukhriz lalu bangun dan melangkah keluar dari bilik ofisnya.

Aamir hanya memandang saja langkah kawannya keluar dari bilik ofis tersebut.

Isteri Hanya Atas Kertas [slow update]Where stories live. Discover now