Bab 26

10 1 0
                                    

Di malam hari, Maisara keluar mengambil angin luar di tepi kolam renang. Mukhriz pula belum pulang dari kerja.

'Kenapa dia jealous bila tengok aku dengan lelaki lain. Sedangkan dia anggap aku ni isteri atas kertas je. Ya Allah, aku ingin pergi jauh dari sini. Tak apa, Sara. Tinggal 5 bulan saja kau tinggal sini.' bisik Maisara dalam hati sambil memandang langit.

Dia tidak sangka usia perkahwinan mereka sudah 7 bulan. Semasa dia masih memandang langit, tiba-tiba dia terdengar bunyi kereta suaminya. Dia hanya melihat saja suaminya masuk ke dalam rumah.

Masuk saja di dalam bilik, Mukhriz terus merebahkan badannya di atas tilam.

'Aku tak tahu lah, kenapa semua orang nak backup perempuam tu. Zahra tu sesuai lagi jadi isteri aku. Aku tak kisah...aku kena kahwin juga dengan Zahra." bisik Mukhriz dalam hati.

Tiba-tiba, handphonenya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia melihat nama yang menelefonnya itu adalah dari mama.

"Assalamualaikum, ma. Kenapa mama call Riz malam-malam ni?" _Mukhriz

"Waalaikumusalam. Mama nak beritahu ni...esok boleh tak datang kat rumah mama. Mama nak bincang something dekat kamu." _Datin Munirah.

"Boleh, ma. Riz pun ada benda nak beritahu dengan korang. Okaylah, ma...Riz end call dulu. Assalamualaikum." _Mukhriz

"Waalaikumusalam."_Datin Munirah

"Ini peluang aku nak kahwin dengan Zahra." kata Mukhriz sendiri lalu bangun dari katil untuk membersihkan diri.

Maisara yang ingin masuk ke dalam biliknya itu terdengar suara suaminya becakap. Dia terus masuk ke dalam biliknya sambil menahan sebak.

Selepas menutup pintu, badannya terus melorot ke bawah dengan tangisan yang ditahannya dari tadi.

'Dia betul tak sabar nak aku pergi dari hidup dia. Ya Allah, kau kuatkan lah aku. Aku dah mula sayang dia.' bisik Maisara dalam hati sambil memeluk lututnya.

Isteri Hanya Atas Kertas [slow update]Where stories live. Discover now