Bab 12

16 2 0
                                    

Di dalam bilik tidur...

Selesai saja majlis pernikahan mereka, Maisara sudah selesai membersihkan diri lalu ingin ke arah katil. Mukhriz yang melihat isterinya melangkah ke arah katil terus dihalangnya.

"Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas katil sebab kita akan tidur berasingan. Dan lagi satu, kau hanya isteri atas kertas je. Kau sebenarnya tak layak jadi isteri aku dan jadi ibu kepada anak-anak aku nanti. Aku kahwin dengan kau pun sebab papa je." jelas Mukhriz kepada Maisara.

"Saya minta maaf. Saya penyebab awak dengan girlfriend awak tak dapat kahwin. Dan saya sedar...saya tak layak untuk berada di samping awak. Awak jangan risau...selepas setahun kita kahwin, saya akan pergi jauh dari awak. Itu janji saya." kata Maisara lalu mengambil bantal dan melangkah ke arah sofadi dalam bilik itu.

🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹

"Abang Taqim...Rissa nak tanya ni. Kalau abang Riz tak suka dengan kak Sara mesti diorang akan berpisah kan. Lagipun, Rissa tengok mama pun tak suka dengan kak Sara." kata Marissa.

"Takkan Rissa tak kenal dengan mama tu. Dia mestilah nak menantu yang kaya macam kak Zahra tu. Kalau tentang abang Riz tu...kita doakan supaya dia jadi suami yang baik buat kak Sara." ujar Mustaqim pula.

"Aamin...kalau abang Riz ceraikan kak Sara suatu hari nanti. Maknanya abang Riz tu memang buta sebab tak pandai nilai yang mana permata dan yang mana kaca. Mentang-mentanglah kak Sara ni orang kampung." ujar Marissa dengan rasa tidak puas hati dengan sikap abangnya dan mamanya.

"Saabrlah, dik. Diorang tu masih tak kenal yang mana permata dan yang mana kaca. Kalau diorang dah tahu nanti, diorang pasti akan menyesal. Dahlah, Rissa. Jom kita tidur." kata Mustaqim lalu pergi arah biliknya.

"Goodnight." kata Marissa lalu pergi ke bilik tidurnya juga.

Isteri Hanya Atas Kertas [slow update]Where stories live. Discover now