Di majlis persandingan Mukhriz dan Maisara...
Maisara memeluk lengan suaminya untuk memasuki ke dalam dewan sanding. Banyak tetamu yang menghadiri majlis sanding mereka. Mereka duduk di atas pelamin yang sudah dihias cantik.
Selesai saja mengambil gambar bersama, Maisara meminta izin dari suaminya untuk berjumpa dengan rakan-rakannya.
"Assalamualaikum...korang berdua dah makan ke belum." tanya Maisara kepada Azreen dan Hanna.
"Waalaikumusalam. Dah. Sara...kau memang cantik malam ni. Mesti suami kau tergoda tengok kau tadi. Aku doakan semoga hubungan korang berkekalan hingga ke jannah." kata Azreen.
"Aaminnn... Thanks, korang." balas Maisara.
"Akak...boleh Rissa join sekali tak. Bosan lah duduk dengan diorang tu. Asyik pasal kerja je. Abang Taqim pun join dengan abang Riz." kata Marissa dengan manja lalu memeluk lengan kakak iparnya.
"Boleh." balas Maisara sepatah.
"Akak macam princess lah hari ni. Mesti abang Riz jatuh cinta dengan akak lepas ni. Betul tak, kak Reen...kak Ana." tutur Marissa.
"Betul lah tu. Kalau tak, tak ada maknanya abang kamu tu pandang tak lepas kakak ipar kamu ni." balas Hanna.
"Hai girls...boleh kami orang join korang tak." ujar Farhan setelah mereka sampai ke arah wanita-wanita di situ.
"Sara...jom pergi dekat mama dan papa. Korang pergi lah borak dulu." kata Mukhriz lalu menarik tangan isterinya.
"Hah... Sara. Ini rakan business papa." ujar Dato' Azman lalu memperkenalkan Maisara kepada rakan business nya.
"Cantik menantu kamu. Untung kamu Mukhriz, dapat isteri yang cantik." kata salah sorang rakan business Dato' Azman.
'Bukannya cantik pun. Dasar budak kampung. Sampai bila-bila aku tak anggap dia sebagai menantu.' monolog Datin Munirah dalam hati.
Mukhriz hanya tersenyum saja dengan tangannya masih mengenggam tangan isterinya.
YOU ARE READING
Isteri Hanya Atas Kertas [slow update]
RomancePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...