"You betul ke nak kahwin dengan pilihan papa you? Habis macam mana dengan I?" soal Zahra kepada Mukhriz setelah mereka sampai di cafe.
"Betul. I terpaksa ikut kata papa I. Dia ugut I untuk serahkan jawatan CEO tu pada adik I, Mustaqim kalau I tak terima perempuan tu sebagai isteri. I janji...lepas je perempuan tu mengandung, I akan lepaskan dia. You jangan risau okay." ujar Mukhriz lalu memegang tangan Zahra yang berada di atas meja itu.
"Kenapa mesti tunggu perempuan tu mengandung? Macam mana kalau dia tak mengandung? Dan kalau dia mengandung tapi dia curang dengan you?" soal Zahra.
"Kalau dia tak mengandung and dia curang dengan I masa dia mengandung...I tetap akan ceraikan dia. Sebab I nak zuriat dari darah kandung I sendiri." balas Mukhriz.
"Okay. I pegang kata you tu." kata Zahra lalu menyedut air minumannya di dalam gelas.
🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸
Setelah menghantar Zahra pulang, dia terus balik ke rumah familynya. Masuk saja ke dalam rumah, dia melihat papanya duduk di sofa sambil membaca surat khabar.
"Assalamualaikum, pa. Papa tak tidur lagi ke?" ujar Mukhriz setelah duduk di sebelah papanya.
"Waalaikumussalam. Belum rasa mengantuk lagi. Kamu ni dari mana?" kata Dato' Azman lalu menutup surat khabar itu.
"Keluar dengan Farhan dengan Aamir tadi. Macam lah papa tak kenal dengan diorang. Kalau dah borak, memang tak tengok jam." bohong Mukhriz dengan papanya.
"Ouhh...Riz, papa nak kamu temankan Sara pergi fitting baju kahwin hujung minggu ni. Papa tak nak dengar kamu tak dapat teman Sara." kata Dato' Azman.
"Baik, pa. Riz masuk tidur dulu lah. Assalamualaikum." kata Mukhriz lalu bangun dari sofa dan menuju ke arah tangga.

YOU ARE READING
Isteri Hanya Atas Kertas [slow update]
RomancePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...