"Sara...betul ke kau nak kahwin? Dengan siapa?" soal Azreen kepada Sara.
"Betul. Dengan anak kawan baik arwah abah aku. Sebenarnya aku tak nak pun terima lamaran tu...tapi permintaan tu dari arwah abah aku juga." balas Maisara.
"Bila majlis kahwin kau tu?" soal Hanna pula.
"Hujung bulan depan. Papa dia beritahu yang dia akan bantu aku dalam majlis ni. Tapi...paling aku risau adalah mama dia dengan adik-beradik dia. Mereka tu nak ke terima aku ni dalam keluarga mereka." kata Maisara dengan perasaan risau.
"Insyaallah...diorang akan terima kau. Dahlah, jangan risau, okay. Kalau diorang buat jahat...kau beritahu je dengan kami berdua ni." balas Azreen.
"Betul kata Reen tu. Nanti kami berdua kerjakan diorang tu." kata Hanna pula.
"Thanks, korang. Sebab selalu ada dengan aku." kata Maisara lalu memeluk Azreen dan Hanna.
"Lepas kau kahwin nanti...kau kerja lagi ke dekat cafe tu?" soal Azreen lagi.
"Aku rasa...aku akan berhenti kerja. Sebab aku nak jadi isteri sepenuh masa dekat dia." balas Maisara.
"Wahh! Mesti best jadi isteri kepada CEO kan. Ye lah, semua benda kau boleh dapat." kata Hanna dengan teruja.
"Aku tak kisah siapa dia. Janji dia boleh jadi suami dan ayah yang baik untuk anak-anak aku nanti. Aku akan belajar terima dia sebagai suami aku nanti." ujar Maisara.
"Kau ni Ana...kau ingat Sara ni pandang harta orang ke. Mestilah dia nak jadi isteri yang baik dan patuh kepada suami. Tak macam kau." kata Azreen.
"Ye lah, aku salah anggap dekat Sara. Aku tak sepatutnya fikir macam tu je. Sorry, Sara." kata Hanna.
"Tak apa. Aku tak kisah pun." balas Maisara.
YOU ARE READING
Isteri Hanya Atas Kertas [slow update]
RomancePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...