Bab 8

28 2 0
                                    

Beberapa minggu kemudian...
Sampai saja di butik pengantin, Mukhriz menyuruh Maisara cuba baju pengantin yang sudah dipilih oleh dia.

"Cuba baju ni. Aku nak tengok okay ke tak?" arah Mukhriz kepada Maisara.

Maisara mengambil 2 pasang baju tersebut dari tangan Mukhriz dan berlalu pergi masuk ke dalam fitting room. Selesai memakai, dia keluar dengan pakaian pengantin yang serba mewah itu.

Mukhriz berhenti memandang skrin handphonenya setelah melihat Maisara yang sudah keluar dari fitting room dengan pakaian yang diberi olehnya tadi.

'Ya Allah, cantiknya dia. Hish!! Kenapa dengan aku ni. Aku tak boleh jatuh cinta dengan dia. Aku hanya cintakan Zahra sorang je.' monolog Mukhriz dalam hati.

"Awak...okay ke baju ni?" soal Maisara.

"Okay. Kau cuba yang satu lagi. Ini baju untuk akad nikah." kata Mukhriz lalu memandang handphonenya semula.

Tanpa banyak soal, Maisara terus masuk ke fitting room semula. Dia mencuba dress kahwin tersebut. Selepas dia memakai dress kahwin tersebut, dia melihat dirinya yang sudah dipakai dress kahwin tersebut di hadapan cermin.

'Mesti time aku pakai ni nanti macam princess. Cantiknya.' angan Maisara sekejap lalu keluar dari fitting room.

"Awak...baju ni okay juga ke?" tanya Maisara kepada Mukhriz yang menyambung bermain dengan handphone nya.

Mukhriz memandang Maisara lagi, dia terpegun melihat kecantikan Maisara yang mengenakan pakaian tersebut. Dia tidak tipu bahawa Maisara memang cantik tanpa makeup.

"Okay. Lagipun kita kahwin bukan atas dasar cinta pun. Aku terima kau sebab papa aku." kata Mukhriz lalu bangun dan menuju ke fitting room.

Isteri Hanya Atas Kertas [slow update]Where stories live. Discover now