PENGANTIN perempuan berpakaian gaun berwarna creamy melarikan diri dari pernikahannya. Kepalanya tidak berhenti dari toleh ke belakang. Rambut warna hitam melepasi paras dada yang rapi dan kini mula serabai.
Setelah satu kilometer berlari jauh dari rumahnya. Perlahan-lahan dia memberhentikan langkah. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Tekak yang kering hanya mampu dibasahi dengan air liur saja.
"Haih.. aku rasa dah jauh dah ni aku lari" gumam gadis itu. Jalan yang sunyi di hiraukan. Langit semakin gelap menandakan malam akan menjelma.
"Elicha!"
Pantas gadis itu menoleh ke belakang dengan mata membulat besar.
"Oh shit!" Gadis itu yang bernama Elicha kembali berlari. Sungguh lariannya tiada arah melainkan jalan masuk ke dalam hutan. Gaun yang hampir di jejak oleh kakinya sendiri cepat-cepat dia tarik ke atas lalu berlari dengan laju.
"Habis aku kali ni!" Elicha terus lari dan lari sehingga dia terjumpa sebuah rumah yang agak besar. Dia menoleh ke belakang. Beberapa orang suruhan bakal suaminya semakin dekat menghampiri.
Tidak ada jalan lain lagi, Elicha terus menolak pagar besar sedikit berkarat itu dan berlari masuk ke dalam. Pintu lebih besar darinya di tolak lalu melolos masuk ke dalam rumah tersebut. Dengan cepat dia menolak kembali pintu itu dan menyandarkan diri pada permukaan pintu.
"Aku harap dia tak nampak aku masuk sini." Ingin memastikan para lelaki yang mengejarnya itu, dia berbalik tubuh dan mengintip ke arah luar melalui tingkap sebelah pintu. Terlihat empat orang suruhan itu sedang bercekak pinggang di luar pagar mencari keberadaannya. Hanya beberapa saat para lelaki itu berlalu pergi.
Elicha menghela nafas lega. Apabila dia berbalik semula memandang ke hadapan, baru dia perasaan yang sekarang ini dia berada di dalam rumah yang agak asing baginya. Tetapi rumah dia masuk sekarang ini agak lain dari yang lain.
Elicha tergamam melihat dalaman rumah itu. Dengan tangga besar menuju ke atas. Sekali gus, tiang besar lebar serta tinggi menuju ke atas bumbung.
"Aku ingatkan rumah aku lagi besar.. rupanya ada lagi besar?" gumam Elicha dengan bola mata bergerak-gerak melihat perabot-perabot rumah itu.
Hanya beberapa detik, bunyi rentakkan kaca dari arah lorong tepi Elicha. Pantas kepalanya menoleh ke tepi.
"S.. siapa tu?!" jerit Elicha berlagak berani walaupun diri dah ketar-ketir takut. Lama dia memerhati ke arah lorong gelap itu sambil mengecilkan mata.
Semakin lama dia memerhati ke arah lorong itu, semakin kecil matanya untuk kelihatan sedikit lebih jelas. Dan tiba-tiba ada satu tangan memegang bahunya dari arah belakang lalu menghempap badannya pada dinding.
"Who are you..?" tanyanya dingin.
Bola mata Elicha bergerak-gerak memandang lelaki yang agak mengerunkan itu. Dia menelan air liurnya kasar dengan sedaya upaya mengatur nafas.
"If you dont anwers my question.. I'll kill you."
Mata Elicha langsung membuntang luas dengan menggeleng kelapa berkali-kali.
"To.. tolong.. tolong jangan bunuh saya!"
"Then? Anwers my question."
"Sa.. saya E.. Elicha."
Lelaki misteri yang menantikan jawapan keluar dari mulut Elicha perlahan-lahan tersenyum. Sinis. Elicha yang menundukkan pandangan memandang bawah itu merasakan dagunya di sentuh menggunakan dua jari. Lelaki itu memandang bola mata hazel milik Elicha secara dalam.
YOU ARE READING
Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]
VampireDisebabkan ketakutan menguasai diri akibat dikejar oleh orang suruhan bakal suaminya kerana melarikan diri dari pernikahan tersebut dengan terpaksanya ELICHA menerjah masuk ke dalam kawasan rumah agam mewah serta besar yang langsung dia tidak kenali...