Bab 27 - DALAM GENGGAMAN MR. VAMPIRE

962 26 0
                                    

         GELISAH. Itu la yang di hadapi oleh Elicha. Tidak berhenti kakinya dari berjalan kehulur-kehilir di ruangan biliknya itu. Birai katil di labuhkan punggungnya dengan kasar. Serentak dengan itu, matanya terarah pada gaun pengantinnya yang elok tersangkut di bucu dinding.

"Teringat pula first aku jejak kaki aku dekat sini pakai baju pengantin tu" kata Elicha sambil mencebik bibir.

"Tapi.. kenapa masa mula-mula aku datang sini macam happy je eh? But now? Bila lama kelamaan aku tinggal dekat sini banyak aku tahu semua benda. Terutamanya Noah. Sebelum aku kenal siapa diri dia sebenarnya.. aku rasa selesa je bila 24 jam dekat dengan dia.. tapi bila aku dapat tahu siapa dia sebenarnya.. aku takut. Takut nak hadap dia. Sebab aku takut kalau one day aku akan jadi salah satu bahagian dari dia.. aku tak nak."

"Hey," Suara garau itu membuatkan Elicha tersentak dari lamunan. Lantas di menoleh ke arah pintu.

Elicha mengulum senyuman.

"Hey.." balas Elicha sedikit canggung.

"Sorry kalau lama." Maaf Noah seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Elicha.

Elicha mengangguk tanda maaf itu diterima.

"It's okay."

Tiba-tiba suasana menjadi sepi apabila kedua-dua tidak membuka mulut dan hanya saling menggerling antara satu sama lain saja.

"Erm awak," Elicha membuka suara.

"Yes?"

"Kalau saya cakap ni.. awak jangan marah eh? Janji?" Jari kelingking di halakan kepada Noah.

Noah mengerutkan dahi. Ragu-ragu untuk dia berpaut jari kelingkingnya dengan jari kelingking milik Elicha. Takut jika yang bukan-bukan di minta. Dengan itu, jari kelingking milik Noah mula terangkat naik.

"Wait!"

Elicha yang tadi senyum kemain melebar terus cemberut apabila terdapat gantungan dari Noah. Jari kelingkingnya itu pun di jauhkan sedikit dari Elicha.

"Bagitahu dulu. Baru saya buat perjanjian."

Perlahan-lahan jari kelingking Elicha masuk parking dan dijatuhkan di atas ribanya. Selepas itu, dia menghadap sikit badannya ke arah Noah. Wajah lelaki itu di pandang lama.

"N.. Noah,"

"Ye?"

"Saya.. saya rasa.. dah tiba waktunya saya pergi dari sin-"

PAP!

Terangkat kedua belah bahu Elicha tatkala Noah menepuk tapak tangannya dengan kuat. Dalam waktu yang sama, dia juga bangun dari duduk dan hanya lurus memandang hadapan.

Kepala Elicha mendongak memandang Noah tidak faham. Sedikit terlompong mulutnya melihat kelakuan Noah sesaat yang lepas.

"Kenap-"

Pertanyaan Elicha terjeda apabila Noah memusingkan badannya dan memegang kedua belah bahu Elicha untuk berdiri lalu bawa ke arah dinding. Sedikit terhempap badan Elicha dengan dorongan kuat dari Noah.
 
Elicha merintih kesakitan dengan memejamkan matanya rapat. Lambat-lambat dia membuka mata kembali dan alangkah terkejutnya dia melihat wajah tegang serta dingin Noah betul-betul dekat dengannya.

Perasaan Elicha? Sudah pasti gugup, gementar, mengigil serta ketakutan. Tidak pernah Noah bertingkah kasar begini terhadap dirinya. Selalunya manis dan lembut je memanjang. Tapi tak tahu la hari ni tiba-tiba setannya keluar.

Air liur di telan kasar. Elicha cuba membalas pandangan tajam Noah itu tapi tidak boleh. Renungan Noah sangat mengerikan.

"Aku takkan biarkan kau pergi dari sini."

Damn! Panggilan tu...

"Kau dah buat aku suka dekat kau, jatuh cinta dekat kau and kau dengan senang hati cakap yang kau nak pergi dari sini? No. Aku takkan biarkan kau pergi dari sini."

Elicha diam, diam dan diam. Apa yang di maksudkan oleh Noah itu?

Takkan biarkan kau pergi?

"Manusia yang telah menarik perhatian.. lagi-lagi main dengan perasaan cinta. Memang sukar untuk di lepaskan. Dan itu aku. Aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau.. dan kau nak pergi macam tu je dalam hidup aku? Heh! Takkan aku biarkan, Elicha."

Lidah Elicha seakan terkunci rapat. Terlalu mendalam maksud Noah itu. Faham. Elicha mula faham. Fakta ke-enam yang di lihat tadi kemungkinan ini lah maksudnya.

Tangan yang memegang bahu Elicha kini beralih mengusap lembut pada pipi gadis itu dan menongkatkan kedua belah tangannya pada dinding. Kepalanya di dekatkan lagi sehingga Elicha dapat merasakan deruan angin halus menyapa wajahnya.

"Kau dah berada dalam genggaman aku. Sekali lagi aku ulang. Kau dah berada dalam genggaman aku, Elicha. Dalam Genggaman Mr. Vampire."














            "KORANG berdua langsung tak boleh harap! Aku suruh kau attack Noah dulu kan? Baru perempuan tu? Asal korang terus attack culik perempuan tu hah?!" Tengking kuat James kepada Max dan Josh.

Dua lelaki itu hanya mampu menundukkan pandangan. Seram kalau bertatapan mata dengan James yang tajam itu. Tahu keadaan wajah James itu bagaimana. Jadi lantai lah adalah jalan terbaik untuk hilangkan sedikit rasa takut dalam dirinya.

"Bodoh! Bodoh tahu bodoh?! Tak pasal-pasal si Carson tu kena gigit dengan dia tahu tak!"

"Sorry Mr. James. Kitorang waktu tu takut sangat dengan Noah.. j..jadi kitorang terpaksa tinggalkan Carson sebab masa tu Carson dalam dakapan dia" jelas Max walaupun masih rasa gugup tetapi dia tetap beranikan diri untuk menerangkan kejadian yang sebenar yang menimpa dia dengan Josh.

James merengus kasar serta meraup wajah.

"Okey. Tak apa. Aku ada plan B." Wajah James sedikit reda dari wajah yang merah tadi. Dia menatap Max dan Josh bergilir ganti.

"Plan B? Macam mana tu, Mr. James?" tanya Josh ingin tahu dan Max di sebelahnya itu juga turut mahu mengetahui hal yang sama.

"Aku nak korang perhatikan sosok perempuan yang ada dalam rumah dia.. korang dah tahukan rupa perempuan tu macam mana?"

Max dan Josh mengangguk serentak.

"Alright. Step one. Just perhati je perempuan tu dari jauh dan rajin-rajin info pada aku.. aku nak tahu perempuan tu setiap hari dia buat apa je dengan Noah.. dan.." Sengaja James menundakan percakapannya. Dia menghenyakkan punggung di sofa king dengan kasar lalu menyilang kaki serta meletakkan kedua belah tangan di sisi sofa itu.

Max dan Josh hanya sekadar memerhati saja. Di samping itu, mereka berdua juga memandang satu sama lain sekilas lalu kembali memandang wajah sinis James.

"Dan.. sepertinya aku tahu apa kelemahan Noah." Senyuman bibir di ukir penuh kejahatan. Dia menyatukan jari jermari kanan dan kiri dan mengetuk secara perlahan.

Lagi dan lagi membuatkan Max dan Josh tidak mengerti.

Kelemahan?

Apa kelemahan Noah?

Bersambung...

Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]Where stories live. Discover now