Bab 20 - DALAM GENGGAMAN MR. VAMPIRE

2.4K 78 0
                                    

SIANG sudah pun bertukar malam. Keberadaan Noah dan Elicha saat ini sedang duduk di sofa sambil menikmati angin malam di balkoni.

"Elicha," panggil Noah separuh bisik seraya memandang gadis itu di sebelahnya.

"Hm?" Elicha turut menoleh membalas tatapan mata Noah.

"Awak dah tahu kan siapa saya yang sebenarnya?" tukas Noah.

Elicha mengangguk kepalanya lambat.

"Hm. Kenapa?"

"Awak tak ada tanda-tanda nak lari dari saya kan?" soal Noah yang mahu menguji Elicha.

"Hm? Lari?" Elicha tertawa singkat.

"Kalau pasal lari perkara tu tak pernah terlintas pun dalam fikiran saya, awak. Sebab.. tak tahu lah.. even saya tahu awak ni sebenarnya siapa.. tapi saya rasa cinta saya pada awak tu macam.. " Elicha memberhentikan katanya. Dia mengemam bibirnya dahulu sebelum kembali bersuara dengan pandangan langsung tidak teralih dari wajah Noah.

"Takkan pernah rasa pudar. Saya sayangkan awak, Noah."

Noah berdecit ketawa lalu mengusut ringkas rambut Elicha. Bahu gadis itu di peluk dari tepi.

"Tapi saya rasa.. saya rasa hubungan kita ni macam takkan keka-"

"Mana ada! Boleh kekal lah! Jangan cakap macam tu!" bentak Noah secara tiba-tiba. Jelas wajahnya menunjukkan dia tidak suka apabila Elicha menambahkan perkataan seperti demikian tadi.

Elicha terpaku. Terkejut dengan perubahan cepat Noah itu. Tadi kemain romantik. Malah sekarang romantiknya itu lesap begitu saja bagaikan angin yang membawa aura romantiknya tadi berlalu pergi.

"Saya tak suka tau awak cakap macam tu.. saya rasa cinta saya di khianat tau tak? Saya ni tak mudah jatuh cinta dengan mana-mana perempuan.. tapi bila saya dah betul-betul sayangkan suatu benda.. memang saya sayang betul-betul! Tak kisah la dia tu jenis apa tapi kalau saya dah sayang, memang saya sayang sepenuhnya!" amarah panjang Noah dengan dahi berkerut-kerut itu.

"Dah la! Saya nak masuk dal-"

Tidak sempat Noah menghabiskan katanya seraya mahu bangkit dari duduk tatkala Elicha lebih pantas menyambar pergelangan tangan dan membuatkan dia kembali duduk.

"Wait! Jangan la macam tu. Saya minta maaf okey? Saya pun tak nak kehilangan awak jugak la, Noah" pujuk Elicha dengan menatap dalam pada anak mata Noah.

Noah mendiamkan diri. Dia turut balas pandangan dari Elicha.

"Then? Jangan cakap macam tu lagi.. saya tak suka." Noah memeluk tubuh dengan memasang wajah dingin. Sekali gus menatap tajam pada sorotan mata hazel milik Elicha itu.

"Okey-okey. Saya janji." Elicha menaikkan jari kelingkingnya pada wajah Noah lalu mengoyang-goyang sedikit.

Tanpa ragu, jari kelingking Noah mula bersatu dengan jari kelingking milik Elicha. Wajah cemberut bertukar ceria.

Masing-masing berbalas pandangan mata bersama senyuman bahagia terbit bibir mereka. Noah terus meleraikan pautan jari itu dan terus memeluk Elicha dari tepi. Elicha balas pelukkan Noah lalu mendaratkan kepalanya pada dada bidang milik lelaki itu.

Kebahagian sudah tentu ada yang ingin mengkhianati. Yang jelas di sebalik dinding Anne sedang berdiri membelakangi Noah dan Elicha. Tidak cemburu. Cuma tidak menyukai hubungan Noah dan Elicha sahaja.

"Aku takkan biarkan Elicha dekat lagi dengan Noah. Aku kena buat sesuatu." Janji Anne pada dirinya sendiri sebelum dia berlari pergi dari terus mengintip kemesraan Noah memeluk bahu Elicha di atas sofa itu.















ELICHA turun dari tangga. Melihat sekeliling agak sunyi. Selalunya waktu pagi macam ni dekat dapur sudah bising kedengaran Anne membuat sarapan pagi. Malah pagi hari ini tiada pula kelihatan dirinya.

Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]Where stories live. Discover now