AWAL pagi lagi Elicha memecah masuk ke dalam bilik yang pernah dia masuk dahulu. Dari atas hingga bawah matanya melirik melihat kesemua buku yang tersusun rapi dalam rak almari.
"Yes! Jumpa!" Buku yang di ingini itu di ambil. Senyuman puas terhias pada wajahnya.
VAMPIRE WEAKNESS.
Buku tersebut terus di bawa menuju ke arah sofa bersama lalu melabuhkan punggungnya. Buku kelemahan vampire di buka.
"Roti sakramen? Tu ke kelemahan dia?" omel Elicha melihat gambar rajah roti sakramen serta huraian di bawah gambar rajah tersebut. Halaman seterusnya di belek.
"Bawang putih? Adu.. memang sah la tak ada dalam rumah ni" omel Elicha lagi. Dah kelemahan dia buat apa nak simpan barang yang terlarang dalam rumah ni.
Elicha berdecit kesal. Halaman seterusnya di belek lagi.
"Pisau?" Berkerut habis dahi Elicha melihat gambar rajah pisau itu. Pisau agak lain dari yang lain. Tidak sama dengan pisau yang dia selalu guna di dapur itu.
Kemudian itu, bola matanya bergerak membaca huraian pada bawah gambar rajah tersebut.
• Pisau ini adalah satu cara bagi kelemahan Vampire. Atau lebih tepat untuk mematikan Vampire seumur hidup dan takkan hidup kembali.
Elicha mengangkat sebelah kening.
"Jadi... selama ni yang Noah tikam sesama kaum dia tu guna pisau ni la?" fikir Elicha.
"Mana aku nak dapatkan pisau macam ni? Kalau itu buatkan dia lemah dan takkan hidup kem-"
Bebelan Elicha terhenti tatkala matanya terarah pada suatu barang terselit dalam almari. Elicha mengerutkan dahi lalu mendekati almari di sebelah almari buku.
"Oh gosh! I found it!" Jerit kecil Elicha penuh kegembiraan. Dia mengambil pisau yang sama dalam gambar itu dari celahan buku dalam rak almari.
"So.. aku kena bawa benda ni.. senang aku nak larikan diri dari dia.. harap menjadi la" kata Elicha penuh harapan. Buku sedikit tebal kembali taruh di tempat asal dan menyorokkan pisau itu dalam bajunya lalu terburu-buru keluar.
Usai selamat jejak masuk ke dalam biliknya, Elicha kembali mengeluarkan pisau itu dari baju. Dia memandang lama pada barang itu sebelum dia cepat-cepat masukkan ke dalam laci meja lampu sebelah katil.
Nafas di tarik sehabis dalam lalu hembus panjang. Rancangan untuk dia larikan diri dari sini akan beriaksi kemungkinan pada pagi esok. Lupa pula kalau si makhluk penghisap darah itu aktif pada waktu malam. Jadi nak tak nak terpaksa la dia tunggu pada pagi esok.
TOK! TOK! TOK!
Kedua bahu Elicha terangkat terkejut. Lantas dia menoleh ke arah pintu. Tak lain, tak bukan. Noah la tu. Dia bergegas pergi menuju ke arah pintu lalu membukanya.
Senyuman kecil terukir pada bibir Noah dan Elicha membalas senyuman itu.
"Ada apa?" tanya Elicha.
"Tak nak jalan-jalan dekat luar ke?" ajak Noah mesra.
Elicha tertawa kekok. Ingatkan apa la.
"O..oh boleh. Sekarang?"
Noah mengangguk laju. Senyuman pada bibir juga tidak lekang dari terukir.
"Alright. Jom." Elicha keluar dari bilik dan langsung menutup pintu bilik. Dia tersenyum canggung sebelum dia menapak terlebih dahulu ke arah tangga.
Noah tetap tersenyum. Apabila melihat Elicha turun ke bawah. Dia menoleh memandang pintu bilik Elicha. Terasa macam ada benda yang tak kena. Perasaan curiga mula datang. Tangannya perlahan-lahan naik ingin membuka pintu bilik Elicha.
"Noah?!"
Jeritan Elicha membuatkan niatnya terhapus. Arh! Kemungkinan perasaan saja.
"Yeah! Coming!" Noah menatap sekilas pada pintu bilik Elicha sebelum dia berlalu pergi turun ke tingkat bawah.
Sebaik sahaja tiba di pondok, mereka berdua melabuhkan punggungnya serentak.
"Kenapa awak tiba-tiba ajak saya pusing-pusing rumah ni?" Elicha mula bersuara.
"Saja. Kenapa? Tak boleh?"
"Eh! Apa pulak! Boleh laa.. boleh-boleh."
Noah tersenyum lagi. Ruangan yang masih ada di antara mereka, Noah mengesotkan sedikit.
"Saya sebenarnya ajak awak pusing-pusing kawasan rumah saya ni sebab.. nak flashback balik sewaktu awal pertemuan kita dulu."
Elicha mengerut dahi. Wajah Noah di pandang sedikit hairan.
"Dah kenapa pulak awak nak flashback balik awal pertemuan kita?"
"Ye la.. mula-mula awak datang sini.. saya ingatkan awak penjahat nak ceroboh tempat saya.. tapi rupanya.. awak dalam kesusahan.. lari dari pernikahan dengan pakaian pengantin awaknya."
Elicha tertawa malu.
"Apa la awak ni.. tibe je nak ingatkan balik.. malu tau."
Noah sekadar tersenyum sebelum dia kembali bersuara.
"Awak nak tahu tak.. awal pertemuan saya jumpa awak.. saya sebenarnya benci dekat awak.. tapi.. bila saya tatap mata awak.. saya rasa perasaan benci tu lesap sekelip mata.. mata awak cantik.. saya suka."
Elicha mengangguk sambil tersenyum. Tutur kata awal Noah tadi menjadi persoalan Elicha untuk bertanya.
"Kenapa awak benci saya?"
"Macam awak tahu. Musuh makhluk penghisap darah adalah manusia dan serigala jadian."
Elicha tersentak. Benar. Dia ada pernah terbaca fakta yang dikatakan Noah itu pada beberapa hari yang lepas.
"Tapi, awak tak payah takut la.. saya takkan buat dekat orang yang saya sayang."
Elicha yang mendengar itu hanya mampu tersenyum paksa. Macam mana kalau dia tahu yang aku nak lari dari sini esok? Agak-agak dia..
"Awak!"
"Y.. ye?" Elicha tersedar dari lamunan.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Noah mengangkat sebelah kening.
"Oh! Tak ada pape! Awak handsome. Hmm handsome!"
Noah berdecit ketawa. Kepala Elicha di usap kasar sehingga membuatkan rambutnya sedikit serabai.
"Ish! Apa ni! Jangan lah!" bentak Elicha.
"I'm sorry." Dan Noah hanya dapat jelingan maut saja dari Elicha yang sedang membetul ringkas pada rambutnya itu.
"Elicha,"
"Apa..?" sahut Elicha tak acuh dengan tangannya tidak lepas membetulkan rambutnya itu.
"Tetap la berada di sini. Tinggal dengan saya buat selamanya. Sesungguhnya saya tak nak kehilangan awak, Elicha. Sumpah! Saya cintakan awak."
Bicara Noah itu membuatkan Elicha terhenti dari merapikan rambutnya. Sedikit tersentak dengan tutur kata Noah. Lambat-lambat dia menoleh ke tepi melihat air muka Noah.
"Err.. bukan ke makhluk macam awak tak boleh bercinta dengan manusia? Se.. sebab.. setahu saya isi kandungan buku khas untuk kaum awak telah mengatakan hal itu." Elicha ingin menyedari Noah. Meskipun suaranya sedikit gementar.
"Saya tak kisah. Apa salahnya langgar peraturan. Saya dah tiada siapa-siapa lagi Elicha selain awak."
Pipi yang tidak terasa gatal itu di garu. Buntu. Buntu ingin membalas apa. Tidak senang duduk Elicha di buatnya. Manakala Noah di sebelah itu tidak lepas melihat wajah Elicha seperti risau akan sesuatu. Kemudian itu, matanya mula beralih ke arah leher Elicha.
Senyuman jahat perlahan-lahan terukir sembunyi.
"Wait me for to night, Elicha."
Bersambung...

YOU ARE READING
Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]
VampireDisebabkan ketakutan menguasai diri akibat dikejar oleh orang suruhan bakal suaminya kerana melarikan diri dari pernikahan tersebut dengan terpaksanya ELICHA menerjah masuk ke dalam kawasan rumah agam mewah serta besar yang langsung dia tidak kenali...