Bab 30 - DALAM GENGGAMAN MR. VAMPIRE

1.2K 26 0
                                    

"TAKKAN laa duduk atas pokok ni je? Jom la dekat sikit." Max mula bersuara. Hampir dua jam dia dan Josh duduk di atas dahan pokok sambil mengintip ke arah rumah Noah.

"Tak boleh. Kita kena tengok dari jauh ni je.. kalau pergi dekat, confirm kantoi" bantah Josh dengan kepala tidak berhenti dari menjenguk-jenguk ke arah rumah Noah.

Max menggulingkan bola matanya ke atas seraya merengus kasar.

"Kalau kita duduk dekat dahan pokok ni je sampai ke bila tak tahu.. lagipun kau nampak ke perempuan tu?"

"Errr, kalau ikutkam naluri hati aku.. tak nampak." Josh tersengih.

"Then? Baik pergi tengok dekat je.. aku pasti takkan terkantoi punya." Max berkata dengan penuh yakin.

"Are you sure?"

"Very sure. Let's go." Max berdesup pergi terlebih dahulu meninggalkan Josh yang tetap duduk di atas dahan pokok.

"Arhh.. this man." Sempat Josh merengus sebelum dia juga turut berdesup pergi mengikuti Max.

"Ada ke?" tanya Josh setelah dia sampai di samping Max. Terasa pelik apabila Max mengerutlan dahi seperti ada yang tidak kena.

"Aku rasa... dia tak ada la dekat bilik ni.." jawab Max sedikit kecewa.

"Asal pulak tak ada? Kan hari tu kita datang memang ni bilik dia tidur hari tu?" Josh sedikit pelik.

"Maybe.. Noah tukarkan dia dekat bilik lain kot?" andaian Max.

"Bilik lain?"

"Ya. Bilik lain."

Tidak lama pada itu, fikiran Josh terlintasi sesautu. Wajah Max di pandang.

"Nak check tak?" Josh mengerakkan kedua belah kening.

"Check?"

"Yes. Check. Mana tahu sekitar ni je dia sorokkan perempuan tu.. sebab mungkin Noah tahu yang...." Tutur kata Josh terhenti apabila matanya tidak sengaja terpandang ke arah suatu tempat. Lantas dia menarik Max menyorok belakang dinding.

"Haish! Kau pahal tarik aku?!" bentak Max kesal.

"Sorry. Tapi tengok tu." Josh menjuih bibir.

Max yang menahan marah terhadap Josh itu dengan terpaksa dia menoleh ke arah yang di tunjukkan oleh Josh.

"Noah?"

"Yes! That's right! Nasib baik aku nampak tau.. kalau tak, tak pasal-pasal kita jadi mangsa kepuasan tambah tenaga dia malam ni."

"Dah. Tak payah tengok dia lama.. jom ikut aku." Josh menarik Max berlalu pergi dari jendela bilik Elicha. Mereka menuju ke belakang rumah.

"Dah kenapa sorok dekat belakang rumah pulak ni? Kan kita nak intip perempuan tu? Makan masa la macam ni, Josh.." rungut Max.

"Ya.. I know.. but.." Sekali lagi tutur kata Josh terhenti. Bola matanya juga tidak sengaja memandang satu jendela.

"Max.."

"What again...?" sahut Max malas.

"Look at there" arah Josh yang tetap memandang ke arah jendela.

Max mengerutkan dahi menatap Josh. Lambat-lambat dia beralih kepala melihat ke arah di mana Josh melihat. Senyuman sinis mula terukir naik.

"Yeah.. I found this girl~"

"Oh.. jadi.. dia pindah perempuan ni dekat bilik ni? Heh! Terlampau mudah la kerja kita nanti nak bawa lari perempuan ni" ujar Max yang tidak lepas melihat sekujur tubuh Elicha yang sedang terbaring di atas lantai. Tidur mungkin.

Josh mengangguk sambil tersenyum. Setuju dengan ujaran Max itu.

"Dah. Jom kita pergi dari sini.. tak sabar aku nak bagitahu Mr. James yang kerja kita nak bawa lari perempuan ni mudah." Max pergi dengan hati yang senang. Tidak sabar dirinya mengungkapkan khabar berita baik kepada James.















NOAH berdiri statik di hadapan pintu bilik kurungan Elicha. Entah kenapa terasa tidak senang duduk tiba-tiba. Cuba ambil angin di luar rumah untuk tenangkan fikiran. Namun, semakin kacau apabila teringat akan Elicha.

Tidak tahan lagi, Noah terus membuka kunci bilik dan terus menolak hingga terbuka lebar. Terlihat sekujur tubuh Elicha sedang terbaring di atas lantai. Noah merengus perlahan. Seterusnya, dia mula menapak langkah mendekati Elicha. Dia duduk bercangkung memandang wajah Elicha yang nyenyak di buai mimpi.

Rambut yang menutupi wajahnya itu, di selit ke belakang telinga.

"I'm sorry, Elicha. Saya buat macam ni sebab saya tak nak kehilangan awak. Pada awal bertemuan kita, sejujurnya saya tak suka awak.. tapi awak.. buatkan saya tersuka dekat awak.. makhluk seperti saya tidak seharusnya jatuh cinta pada awak.. awak manusia, Elicha. But.." Bicara Noah terhenti. Matanya mula terasa panas dan berair.

"I love you.. I.. I love you so much, Elicha.." Air mata Noah mula menitis jatuh dan terkena pada permukaan pipi Elicha.

"Saya tak nak awak pergi dari hidup saya walaupun kita berbeza alam. Tapi.. jujur, saya cintakan awak.. saya.. saya sayangkan awak.." Dada Noah mula tersesak. Tersendu-sendan dia menangis dengan tangannya tidak lepas mengusap lembut pada pipi Elicha.

Secara tiba-tiba, mata Noah bergerak memandang leher Elicha. Deruan bau darah dari gadis itu menarik perhatiannya. Lama dia memandang leher Elicha dengan air mata masih lagi tersisa. Dengan tidak rela hati, perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya pada leher Elicha.

Kepala Elicha bergerak tatkala dia merasa sedikit terganggu. Noah yang perasan itu langsung batalkan niatnya dan bingkas bangun. Dia mengesat kasar air matanya sebelum dia terus memusingkan badannya dan berjalan cepat keluar dari bilik Elicha.

Setelah pintu di tutup rapat, Noah menyandarkan diri pada permukaan pintu bilik. Air mata kembali mengalir seperti air sungai kecil pada kawasan pipinya. Kepala di dongakkan ke atas sedikit sambil memejamkan mata.

"No.. you can't do this, Noah.. you can't do this.." lirih Noah sambil menangis. Selepas itu, tangan sebelah kanannya di angkat naik mendekati mulut. Dia menatap lama pada tangannya itu.

"Mungkin ni aje jalan aku dapat lepaskan rasa keinginan aku..?" Air liur di telan kasar sebelum Noah langsung mengigit tangan kanannya sekuat hati sehingga dia dapat rasakan cecair darah semakin kuat mengalir masuk ke kerongkong tekaknya.

Bersambung...

Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]Where stories live. Discover now