Bab 17 - DALAM GENGGAMAN MR. VAMPIRE

2.4K 74 0
                                    

ELICHA sekarang ini sedang sibuk di ruangan dapur apabila Noah memintanya untuk membuatkan makan malam.

Elicha ada tanya ke mana Livia dan Anne pergi dan jawapan yang keluar dari mulut Noah adalah mengatakan yang dia memberikan waktu rehatkan diri di dalam bilik. Dan ya, Elicha seorang mudah percaya hanya mengangguk kepala saja.

Sedang Elicha tekun memotong buah epal untuk hidangan terakhir terbantut apabila dia merasakan ada lingkaran tangan memeluk pinggangnya dari belakang. Dia menoleh ke tepi dan terlihat Noah sudah meletakkan kepalanya di bahu kirinya.

"Kenapa tak duduk dekat sana?" tanya Elicha dengan tangannya masih bekerja memotong buah epal itu.

"Boring." Singkat saja Noah membalas. Dia memejamkan mata merasai kehangatan pelukkan pada pinggang ramping milik Elicha.

"Ish.. duduk je la sana.. susah ni saya nak gerak awak peluk saya macam nak mati je ni" jawab Elicha datar.

Tiada balasan dari Noah. Dia tetap dengan pendirian dia memeluk Elicha bagaikan tidak mahu lepas. Dan secara tidak sengajanya lengan Noah berlaga dengan tangan Elicha dan membuatkan Elicha merintih kesakitan.

"Auu!" Elicha melepaskan pisau yang berada dalam genggaman tangannya dan mengangkat jari telunjuknya itu separuh dada.

Terus Noah meleraikan pelukkan pada pinggang Elicha. Dia memegang kedua belah bahu gadis itu agar menghadapnya. Terlihat pada jari telunjuk Elicha mengeluarkan darah.

"Kena basuh ni.." gumam Elicha seraya kakinya hendak melangkah ke arah singki. Akan tetapi, langkahnya terhenti apabila Noah meraih pergelangan tangannya dan langsung memasukkan jari telunjuk Elicha itu dalam mulut. Bola mata Elicha membuntang luas dek terkejut.

"Eh awak! Kotor la!" jerit kecil Elicha yang mahu menarik tangannya. Namun, Noah berkeras.

Setelah merasakan tiada darah lagi, Noah mengeluarkan jari telunjuk Elicha dari mulutnya.

"Sweet.." kata Noah perlahan tetapi dapat di dengari oleh Elicha.

"Apa mengarut awak ni! Ada pulak kata darah manis.. dah la saya nak basuh tangan dulu.. tu tolong pindahkan buah epal dalam pinggan dan letakkan atas meja." Sekian mengarah. Elicha menapak kaki ke arah singki untuk membersihkan jari telujuknya. Dia melirik ke arah Noah. Entah mengapa perasaan pelik muncul dalam fikiran Elicha dengan lelaki itu.

Ini dah kali kedua Noah melakukan tindakan seperti tadi. Apakah dia tidak terasa geli sama sekali menghisap darah orang?

Usai selesai membersihkan jarinya, Elicha melangkah ke arah meja makan. Punggung yang mahu melabuhkan di atas kerusi terbantut apabila loceng rumah berbunyi.

"Siapa datang?" tanya Elicha kepada Noah. Dan Noah balas dengan mengangkat kedua belah bahu tanda tidak tahu.

"Tak apa la. Awak makan, saya pergi tengok." Elicha mengatur langkah keluar dari dapur dan menuju ke arah pintu. Gagang pintu panjang di pegang lalu menarik untuk membukanya.

Elicha mengerut dahi melihat 'seseorang' yang berdiri di hadapannya dengan menghadiakan senyuman manis buatnya.

"Err, ca.. cari siapa ye, encik?" tanya Elicha takut. Seram pula tengok dia senyum.

"Noah ada?"

"No.. Noah? Oh.. ad-"

"Siapa datang?" Balasan Elicha tergantung tatkala suara Noah menyapa dari belakang. Apabila sampai di hadapan pintu dia melihat wajah Elicha terlebih dahulu sebelum menoleh ke hadapan.

Biji mata Noah sedikit melebar.

"Nael?"

"Yeah. It's me. Long time no see, my little brother." Lelaki itu atau lebih tepat abang kepada Noah mengukir senyuman manis. Elicha yang masih berdiri statik itu hanya memandang lelaki yang sama sekali dia tidak kenali dengan Noah bergilir ganti.

"Kau buat apa dekat sini? Kau pergi sekarang." Dingin saja nada Noah berbicara. Air muka jelas menunjukkan dia tidak suka keberadaan abangnya di sini.

"Who is she? She's so pretty." Nael tidak membalas pertanyaan Noah disebaliknya mata dia tidak lepas menatap wajah blur Elicha itu.

"Tak perlu untuk kau tahu dia siapa."

Nael menarik nafas menghidu aroma yang sangat menyenangkan. Dia berjalan menghampiri Elicha. Manakala Noah yang tahu apa yang mahu di lakukan oleh abangnya itu pantas menarik Elicha ke belakang.

"Tolong jangan buat masalah dekat sini, Nael. Kau pergi sekarang." Suara Noah mula kedengaran meninggi. Geram dengan sikap abangnya yang keras kepala itu.

Nael menghiraukan arahan Noah. Dia melangkah masuk ke dalam rumah adiknya tanpa izin.

"Cantik jugak rumah kau.." puji Nael sambil mengangguk-angguk kepalanya dengan mengamati kemewahan rumah adiknya itu.

Noah menahan sabar. Dia menoleh ke belakang memandang Elicha.

"Elicha, awak pergi masuk dapur dulu? Saya nak cakap dengan dia kejap, okey?"

"Dia siapa?" tanya Elicha dengan nada suara membisik

"Nanti saya bagitahu awak, okey? Now, awak pergi masuk dapur dulu" kata lembut Noah seraya membelai ringkas pada rambut Elicha. Elicha mengalah dan menarik nafas panjang sebelum dia memusingkan badannya lalu melangkah pergi ke arah dapur.

"Mangsa ke?" soal Nael apabila kelibat Elicha sudah menghilang.

Noah yang tidak lepas melihat sosok tubuh Elicha itu dengan malas dia menoleh memandang abangnya di hadapan.

"Itu bukan yang kau fikirkan" jawab Noah dingin.

"Oh really? Aku fikir tu mangsa kau. Aroma bau dia pun aku suka" kata Nael selamba. Dan perkara itu cukup membuatkan api kemarahan Noah membara.

"Baik kau pergi la Nael daripada kau buat kecoh dekat sini.. aku tak nak perempuan tadi tu tahu aku siapa."

"Tak nak tahu kau siapa? Means, dia tu girlfriend kau ke?" tembak Nael dengan kening terangkat sebelah.

"Kalau aku cakap ya pun apa masalah kau?"

"Heh! Come on, Noah. Itu tidak sepatutnya terjadi. Kau tak sepatutnya ada hubungan cinta dengan manusia. Manusia tu musuh kita. Remember that!" Nael berkata dengan penuh emosi. Tidak suka dengan kenyataan yang di lontarkan oleh adiknya itu tadi.

Bercinta dengan manusia?

Itu adalah kesalahan yang besar bagi kaum mereka.

"Kau siapa nak atur aku! Cukup-cukup la mak bapak kau sayangkan kau! Bagi pulak aku rasa diri aku di sayangi oleh dia!"

"Mak bapak aku, mak bapak kau jugak!"

"Tak! Tu mak bapak kau! Aku tak ada mak bapak pilih kasih macam diorang!"

Perdebatan itu di akhiri dengan Nael mendiamkan diri. Nael menatap tajam adiknya itu. Tiada lagi kata-kata yang ingin ungkapkan.

"Lebih baik kau pergi la, Nael. Aku tak butuh pun kehadiran kau dekat sini. Bagi aku bahagia. Jangan sesekali kau datang sini nak rosakkan kebahagiaan aku.. kalau kau cuba nak rosakkan.. nahas aku kerjakan" ugut serta amaran tegas dari Noah.

Nael menghadiahkan jelingan tajam buat Noah. Dia seterusnya beranikan diri berjalan mendekati adiknya itu. Bahu kanan Noah di tepuk perlahan.

"Beri aku kesempatan, Noah. Aku nak tinggal dengan kau buat sementara waktu. Tak lama. Hanya sementara. Boleh?"

Noah memandang lama pada sorotan mata Nael. Takut jika abangnya ada niat buruk untuk menghancurkan dirinya. Tapi, bila di lihat. Sepertinya tidak begitu. Noah merengus kasar.

"Okey. Tapi, awas eh kau. Kalau kau cuba buat sesuatu. Aku tak teragak agak serang abang sendiri." Noah memberi amaran tegas sekali lagi kepada Nael.

Nael mengangguk seraya melontarkan senyuman buat Noah.

Noah memutarkan bola matanya malas sebelum dia pantas memusingkan badan dan melangkah menuju ke arah dapur meninggalkan Nael sendirian di ruangan besar itu.

Bersambung...

Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]Where stories live. Discover now