AIR mata Noah turut mengalir. Desakan Elicha cukup membuatkan dirinya simpati terhadap gadis itu saat ini.
"Tolong laa, Noah.. lepaskan saya.. saya tak nak tinggal dekat sini lagi.." lirih Elicha.
Kedua belah bahu Elicha tetap di pegang erat. Noah menundukkan kepalanya memandang bawah.
Berat. Ya itu la dia rasakan saat ini. Berat hatinya mahu melepaskan Elicha pergi. Hatinya sangat mendalam mencintai gadis manusia ini.
Selepas itu, kepala Noah kembali terangkat. Dia menatap dalam wajah Elicha sebelum kedua tangannya mula terlerai melepaskan bahu Elicha. Dia mengundurkan kakinya selangkah ke arah belakang.
"Okay. Aku lepaskan kau."
Elicha memandang wajah datar Noah dengan tatapan tidak percaya dengan bola matanya masih berair.
"Seriously?"
"Yes. You. Can. Go. Now." Noah mengungkapkan kata satu demi satu patah perkataan.
Dan tidak sewenang-wenangnya Elicha mengukir senyuman kegembiraan dalam kesedihan.
"T.. thanks" ucap Elicha dengan segaris senyuman. Melihat ke arah luar masih gelap tetapi bila Noah memberi green light untuk melepaskan dirinya pergi apa salahnya pergi je waktu malam seperti ini.
Noah mengangguk bersama senyuman hambar.
"Pergi la ganti baju. Pakai baju pengantin kau sana" arah Noah lalu memberi laluan kepada Elicha.
Elicha mengangguk dan melintasi hadapan Noah. Sempat dia melihat ke arah pantulan cermin di hadapannya. Terlihat di cermin itu hanya dia seorang saja berdiri manakala Noah langsung tidak kelihatan.
Tanpa melengahkan lagi masa sebelum Noah bertukar fikiran. Elicha langsung mengapai baju gaun pengantin yang tersangkut tegak di sebelah almari dan membawa masuk ke dalam bilik air.
Noah menghembus nafas berat dan serentak terduduk di birai katil. Dia menundukkan kepalanya ke bawah menangis sepuas-puasnya.
Adakah keputusannya ini adalah benar?
Melepaskan Elicha pergi?
Tidak lama kemudian, Elicha keluar dari bilik air yang sudah siap dan lengkap mengenakan pakaian gaun pengantinnya itu.
Mendengar pintu bilik air terbuka, Noah mengangkat wajah. Terpegun melihat kecantikan Elicha tanpa solek.
Noah mula bangun dari birai katil dengan anak matanya tidak lepas melihat wajah pucat Elicha. Entah kenapa hatinya sekarang ini sungguh berat melepaskan Elicha pergi.
"Pergi sekarang. Aku bagi masa kau 5 saat untuk kau hilangkan diri kau dari pandangan mata aku. Mulai sekarang." Noah berkata dengan tegas dengan sorotan mata tajam.
"Kalau saya habis waktu 5 saat awak nak buat apa?" soal Elicha ingin tahu.
Hujung bibir Noah di tarik naik.
"Aku akan jadikan kau selamanya dalam hidup aku. Kau kena tetap bersama dengan aku dan aku boleh buat apa saja yang aku mahu."
Damn! Itu tidak akan terjadi. Dia harus cepat-cepat keluar dari sini. Ya! Harus!
Tanpa membuang masa, Elicha lantas memusingkan badannya dan ingin melangkah keluar. Tidak sempat tangannya mahu memulas tombol pintu, tiba-tiba Noah menarik pergelangan tangannya kasar sehingga membuatkan badan Elicha terpusing menghadapnya kembali.
"Time is up, dear~"
Elicha mengerutkan dahi.
"H..ha?"
YOU ARE READING
Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]
VampiroDisebabkan ketakutan menguasai diri akibat dikejar oleh orang suruhan bakal suaminya kerana melarikan diri dari pernikahan tersebut dengan terpaksanya ELICHA menerjah masuk ke dalam kawasan rumah agam mewah serta besar yang langsung dia tidak kenali...