Bab 10 - DALAM GENGGAMAN MR. VAMPIRE

1.8K 51 2
                                    

         SEMINGGU sudah berlalu dan seminggu itu juga la Elicha menginap di rumah angam besar milik Noah ini. Tiada terdetik pun dalam hati Elicha untuk pulang ke rumah. Bagi Elicha di sini lebih menenangkan dari rumahnya sendiri.

Elicha bergolek-golek di atas katil kerana bosan. Malam semalam Noah memberitahu kepadanya yang dia tidak akan pulang ke rumah pada hari ini. Dan mendengar khabar itu cukup membuatkan Elicha terasa sedih. Ye la, berjauhan dengan kekasih hati kot. Siapa je tak rindu. Selalunya, Noah la akan menemani Elicha untuk berbual sambil menikmati keindahan rumah Noah. Tapi, bila dapat tahu yang dia tak balik hari ni. Memang sedih melampau la.

"Haih.. bosannya." Elicha bangun dari baring. Dia melihat sekeliling bilik buat sesaat lalu matanya tidak sengaja terpandang anak kunci yang elok terletak di atas meja. Elicha mengerutkan dahi.

"Kunci apa tu?" tanya Elicha sendirian lalu dia turun dari katil dan melangkah ke arah meja tersebut. Anak kunci itu di capai.

"Eh? Ini bukan ke kunci yang akak Livia bagi minggu lepas? Tapi.. apa fountion dia bagi aku eh?" 

Anak kunci di dibelek-belek. Secara tidak langsung kata-kata Livia pada seminggu yang lepas terlintas di fikirannya.

"Oh ya! Bukan ke dia suruh aku kemas bilik dekat hujung tu ke minggu ni?" Tanpa membuang waktu, Elicha terus keluar dari bilik dan menuju ke arah bilik yang dikatakan oleh Livia.

"Haa.. ini la kan biliknyaa" kata Elicha seraya memasukkan anak kunci itu pada lubang lalu memulasnya. Apabila terbuka, Elicha menolak pintu tersebut.

Elicha tergamam. Betapa terkejutnya dia melihat isi dalam bilik tersebut. Luas. Itu memang iya. Tapi nak diceritakan adalah bilik itu tersisa dengan banyak gambar-gambar tergantung pada dinding serta banyak buku-buku tersusun rapi di dalam rak almari.

"Bilik apa ni?" gumam Elicha seraya melangkah masuk ke dalam pintu itu lalu menutup pintu rapat. Dia berjalan mendekati alat-alat yang ada dalam bilik tersebut.

Anak mata Elicha tidak lepas melihat satu demi satu gambar yang tergantung elok pada dinding itu yang berserta nama, tarikh lahir dan tarikh kematian di bawah itu. Kakinya berjalan perlahan-lahan mengamati gambar yang tersusun. Tergerak-gerak bibir gadis itu membaca nama dan tarikh lahir serta tarikh kematian yang tertera pada gambar-gambar tersebut.

Tiba-tiba satu bingkai gambar menarik perhatian Elicha dan serentak langkahnya terhenti. Dia menyepetkan mata melihat gambar serta nama di bawah gambar itu.

"Kayden Noah?" Seterusnya, bola mata Elicha beralih sedikit memandang tarik lahir di bawah nama itu.

"12 April 1989?" Kemudiannya, bola mata beralih lagi memandang tarikh kematian.

"24 Jun 2010?" Elicha menelan air liurnya sukar. Wajah gambar lelaki itu di pandang semula untuk memastikan sama ada benar atau tidak.

Melihat dari segi wajah dalam gambar itu sebijik macam Noah. Takkan...

"What are you doing here, Elicha?"

Elicha tersentak dan langsung menoleh ke arah suara yang sangat dia kenali. Matanya membulat luas tatkala di permukaan pintu adanya Noah.

Dengan berani, Elicha menghampiri Noah yang sudah mempamerkan wajah tegang kemerahan menahan marah. Lengan lelaki itu diraih lalu menarik ke arah gambar yang di lihat tadi.

"A.. awak.. awak bagitahu saya.. ni bukan awak kan?" tanya Elicha dengan jari telunjuk bergetar menunjuk gambar itu kepada Noah. Matanya pula tidak lepas memandang wajah lelaki itu dengan mata berkaca.

Noah menatap lama pada wajah Elicha yang sudah mengeluarkan air mata. Wajah yang tegang berubah biasa. Tangannya naik mengusap air mata Elicha lembut menggunakan ibu jarinya.

"Yeah, this is not me." Noah menayangkan senyuman buat Elicha.

"Awak tak tipu saya kan?" tanya Elicha lagi ingin kepastian.

Noah mengangguk sambil tersenyum tipis. Selepas itu, dia manarik tubuh Elicha dalam dakapannya. Bola matanya beralih ke arah gambar yang di tunjuk oleh Elicha tadi. Dia menatap lama pada gambar dalam frame itu. Dan ya. Itu adalah dirinya.












          LIVIA baringkan tubuhnya dalam keadaan bahagia. Dia tersenyum senang apabila tadi dia telah memerhati yang Elicha sudah masuk dalam bilik rahsia itu. Dan tidak lama selepas itu, Noah turut masuk dalam bilik itu dengan perasaan marah.

"Mesti dia terkejutkan tengok gambar-gambar yang tergantung dalam bilik itu termasuk gambar Noah?" Livia tertawa senang.

Tidak lama kemudian, pintu biliknya diketuk. Tawa Livia serta merta terhenti lalu bangun dari baringan. Dia membetulkan bajunya lalu berdehem kecil sebelum berjalan dengan cepat ke arah pintu lalu membukanya.

"S..sir?" Livia terkejut dengan kehadiran Noah. Dia kemudiannya memandang Elicha dan Noah bersilih ganti dan secara tidak sengajanya dia terpandang tangan Noah dan Elicha bersatu.

"Nanti malam tolong siapkan hidangan yang paling special untuk saya dengan Elicha? Saya dengan dia nak dinner malam ni dekat balkoni" beritahu Noah dengan senyuman senang.

"O..oh.. alright sir."

Noah tersenyum lalu beredar dari hadapan bilik Livia. Tangan yang mengenggam erat bertukar memeluk bahu Elicha dengan mesra. Livia melihat itu terus mengerutkan dahi.

"W.. what? What's going on?" kata Livia perlahan sambil menggeleng kepalanya tidak percaya apa yang di lihat tadi. Noah tak mengamuk? Like.. seriously?

Rancangan dia untuk membelahi antara Noah dan Elicha nampaknya gagal. Sungguh jelas lagikan nyata wajah Noah mempamerkan sangat senang bersama dengan Elicha tadi. Siap berpelukkan bahu bagai.

Jari jemari milik Livia berubah mengenggam penumbuk. Matanya tajam saja mencerlung ke arah Noah dan Elicha yang sudah turun dari tangga sambil gelak ketawa.

"Arghh!!!" Livia menumbuk dinding kuat melepaskan rasa marah berbuku dalam diri.

"Kenapa tak jadi plan aku! Sial!" Livia menghempas kuat pintu biliknya lalu berjalan ke arah katil dan merebahkan badannya dengan kasar.


Bersambung...

Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]Where stories live. Discover now