Bab 33 - DALAM GENGGAMAN MR. VAMPIRE

958 25 0
                                    

"ERGH..." Elicha tersedar dari pengsan. Dia memegang lehernya yang terasa sedikit berdenyut.

"Apa dah jadi...?" tanya Elicha dengan mata separuh terbuka.

"Arghh!!!" Bingkas Elicha bangun dari baring dan menyandarkan diri di kepala katil. Membulat luas matanya melihat Noah sedang duduk di sisi katil sambil memandangnya tanpa kelip.

"A.. awak buat apa dekat sini?" tanya Elicha takut dengan nafas tersekat-sekat.

"Teman awak."

"Te.. teman saya? Teman saya kenapa?" tanya Elicha lagi.

Pertanyaan Elicha di biarkan tergantung. Noah bangun dari sisi katil dan berjalan menuju ke arah tingkap.

"Semuanya dah selesai. Jadi awak boleh duduk bilik ni" dalih Noah tanpa memandang Elicha di belakang.

Elicha mengerutkan dahi tidak mengerti. Serentak dengan itu, matanya meliar-liar melihat sekeliling bilik. Benar dia berada dalam bilik pemberian Noah pada awal pertemuan hari itu sekarang ini.

"Apa maksud awak? Saya tak faham?" Kening Elicha bersatu. Kepala di sengetkan sedikit ingin melihat wajah Noah yang membelakanginya walaupun hakikatnya wajah lelaki itu hanya kelihatan dari arah sisi tepi sahaja.

"Tak perlu faham. Cukup la sekadar awak tahu yang awak dah selamat.. jadi awak boleh tinggal dekat bilik ni semula.. pasal kejadian saya kasar dengan awak tu.. saya minta maaf.. saya tak niat pun nak kasar dengan awak" ujar Noah yang tetap tidak memandang Elicha yang berada belakangnya. Matanya pula lurus memandang luar tingkap.

"Tak.. tak apa. Saya faham. Saya pun nak minta maaf sebab buat awak emosi.. tapi boleh saya tanya awak satu soalan?"

"Apa dia?" Kini badan Noah beralih menghadap Elicha.

"Tapi awak jangan marah dulu tau?"

Noah merenung lama wajah penuh harapan Elicha. Dia menarik nafas lalu menghembus perlahan serta menoleh ke arah lain.

"Tengok la. Kalau soalan awak buat saya nak marah, saya marah, kalau tak.. tak lah" jawab Noah acuh tak acuh.

Elicha muncungkan bibir.

"Kalau macam tu.. tak ap-"

"Cakap Elicha." Noah kembali menatap Elicha. Tajam.

Elicha mengemam bibir rapat. Mendengar suara yang sudah lain itu cukup buatkan dia semakin gugup ingin bertanya. Kepala di tunduk tidak ingin membalas mata dengan mata Noah.

Tangan diramas-ramas untuk menghilangkan sedikit rasa gementar. Kemudian itu, pernafasan sedikit sebaik dapat mengatur sebelum bersuara.

"Ke.. kenapa.. awak.. tak nak bagi saya keluar dari si-"

"Stop! Kalau itu soalan kau nak tanya.. maaf.. aku tak boleh nak jawab." Noah terus menapak langkah keluar dari bilik Elicha dengan perasaan marah datang kembali.

Mendengar pintu bilik di hempas kuat oleh Noah, Elicha hanya mampu merengus perlahan.

"Kalau macam ni la gaya dia.. macam mana aku nak keluar dari sini?" gumam Elicha gelisah. Setiap sudut bilik di pandang kosong.

"Hmm.. macam mana kalau aku keluar dari sini senyap-senyap? Agak-agak dia kejar aku tak?"

















NOAH berjalan keluar dari pintu belakang. Taman sedia ada di ruangan tapak belakang rumah itu tempat tujuannya. Fikirannya ketika ini entah kenapa kacau semacam. Naluri hati mengatakan dia dengan Elicha tidak akan dapat bersama.

"Arhh!" Batu di sepak kuat melepaskan rasa geram berselubung dalam diri. Wajah di raup kasar.

"No.. no.. no aku takkan lepaskan dia.. dia kena tetap berada dalam genggaman aku. Aku sayang dia" Kepala di geleng berkali-kali. Tidak semudah satu dua tiga dan ABC dia melepaskan Elicha. Gadis itu betul-betul buatkan hatinya sesak dek kerana cinta.

Menyesal. Itu la Noah rasakan. Menyesal kerana telah jatuh cinta dengan manusia. Tapi.. apakah daya, semuanya telah terjadi.

"Macam mana aku nak buat dia tetap ada dengan aku? Matikan dia? Jadikan dia sama macam aku? Cara tu ke patut aku buat?" Fikir Noah.

Kehulur-kehilir Noah memikirkan sesuatu agar Elicha tidak lari dari hidupnya. Hujung jari telunjuk di gigit kecil memikirkan idea.

"Aku tak ada siapa-siapa sekarang ni.. aku ada Elicha.. perempuan yang boleh buat aku percaya 100% berbanding yang lain." Fikir terus fikir dan..

"Alright! Aku nekad. Matikan dia. Yes... matikan dia." Kepala di angguk-angguk menyetujui candangannya sendiri. Dia menoleh ke belakang dan mendongak ke atas melihat jendela bilik yang di duduki oleh Elicha.

Senyuman sinis mula terukir pada bibir.

"I'm sorry, Elicha. Aku terpaksa.. aku tak nak kehilangan kau.. even kau manusia sekali pun.. bila hati aku cakap aku sayang kau.. aku betul-betul sayang kau. That's it."

Bersambung...

Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]Where stories live. Discover now