JAUH Elicha termenung sambil duduk di ruangan dapur. Memandangkan Livia dan Anne sudah tiada. Kini giliran dia pula ambil alih. Makanan di hadapan buat Noah di pandang lesu.
"Dia tak nak turun makan ke?" tanya Elicha sendirian. Kepalanya tidak habis berhenti dari menjenguk arah luar dapur.
Sebelum turun ke dapur, Elicha menyinggah dulu sebentar di bilik Noah. Setelah lama mengetuk dan memanggil, namun tiada respon. Maka dengan itu, Elicha memutuskan diri untuk turun terlebih dahulu.
Elicha menyembamkan wajah di permukaan meja. Kesal mula kian terasa. Setelah beberapa minit berlalu Elicha terdengar bunyi kerusi di tarik di hadapan. Lantas dia mengangkat wajahnnya.
"Awak?" panggil Elicha bersama kedipan mata berkali-kali.
Tiada sahutan dari Noah malah dia hanya menjamu saja hidangan yang di buat oleh Elicha itu.Melihat tiada respon dari Noah, Elicha merengus kecil. Perasaan sedih di tolak tepi. Dia beranikan diri untuk bersuara lagi.
"Kenapa saya ketuk pintu bilik awak tadi awak tak buka? Sakit tangan saya ni tau.." rengek Elicha sambil mencebik bibir seraya menggosok kecil pada tapak tangan bahagian belakang.
Noah menggerling sekilas lalu kembali menjamu selera. Elicha melihat itu langsung merengus kecewa. Dia bangun dari duduk dan melangkah ke arah Noah. Kerusi kosong dekat dengan Noah di tarik keluar lalu letak di sebelah lelaki itu.
"Awak kenapa? Kalau awak terasa dengan saya petang tadi, saya minta maaf.. jangan la palau saya macam ni" rengek kecil Elicha yang ingin menangis. Dia memeluk erat pada perut Noah sambil menyandarkan kepala di bahagian dada bidang milik Noah.
Noah masih mendiamkan diri. Garfu dan pisau di lepaskan dari genggamannya lalu memegang kedua belah bahu Elicha dan terpaparlah wajah kemerahan gadis itu akibat menangis.
"Kenapa nangis?"
"Awak la. Tak nak layan saya."
Noah menghela nafas perlahan. Tangan Elicha yang memeluknya itu di leraikan.
"Saya naik dulu." Noah bangun dari duduk lalu melangkah keluar dari dapur. Elicha memandang sendu ke arah Noah yang sudah hilang di sebalik dinding. Tak tahu lagi cara apa mahu memujuk Noah.
Lelaki itu begitu keras untuk di pujuk.
DING.. DING.. DING..
Bunyi jam yang kini telah menunjukkan tepat pada 12 tengah malam. Di dahan pokok yang tinggi serta besar adanya tiga makhluk sedang mengintip ke arah rumah Noah.
"Kau rasa mana bilik perempuan tu?" tanya Josh sebelum menoleh ke arah Carson.
"Entah. Aku pun tak tahu." Dan Carson berpaling ke arah Max.
Max memerhati ke setiap sudut rumah Noah. Agak besar dan banyak jendela di sana. Kelihatan seperti sukar untuk mereka mencari keberadaan gadis yang dikatakan oleh James.
Serang Noah? Itu memang tidak ada langsung niat dalam diri mereka. Mereka memutuskan untuk culik gadis itu saja. Nak berlawan dengan Noah, memang sah kalah.
"Josh, aku nak kau pergi belah kiri sana. Dan kau Carson pergi belakang sana. Dan aku akan pergi ke belah kanan, faham?" Max memberi arahan kepada Josh dan Carson. Dan kedua itu di balas dengan anggukan kepala sebelum mereka mula terbang dan berpisah ke arah masing masing.
Josh dan Carson peka mencari jendela satu demi satu. Namun, hasilnya gagal. Mereka tidak menemui keberadaan Elicha. Manakala situasi Max tetap fokus menjenguk satu demi satu jendela tersebut dan sehingglah dia terhenti pada jendela kedua akhir. Oleh kerana, dia terhidu bau yang agak lain dari yang lain.
Max mengerutkan dahi sebelum dia mendekati jendela tersebut. Dia mengintai sedikit tatkala langsir itu tidak menutupi sepenuhnya. Senyuman pada bibir mula terukir naik. Terlihat dari pandangannya Elicha sedang nyenyak di buai mimpi.
"Kenapa kau tercegat dekat sini? Dah jumpa ke?" soal Carson yang baru tiba bersama Josh.Max berpaling ke arah Carson. Dia memandang Carson dan Josh bersilih ganti dengan senyuman sinis tidak lekang dari terukir. Dia menjongket sebelah kening lalu memberi isyarat kepala ke arah jendela tersebut.
Josh dan Carson mengerut kening. Tanpa banyak soal lagi, Josh dan Carson mendekati jendela itu dan mengintip sedikit. Perasaan pelik yang berselebung dalam diri dua ketul itu kini muncul perasaan gembira.
"Yes! Finally!" sorak Carson perlahan.
"Jom masuk." Tangan Max mula membuka pintu jendela itu lalu melolos masuk. Di ikuti Josh dan Carson dari belakang.
Mereka bertiga berjalan mendekati Elicha yang sedang terbaring tidur di atas katil.
"Aku rasa darah perempuan ni sedap la" kata Josh tiba-tiba.
"Kan? Bau dia sedap gila" sokong Carson. Baru dia mahu menanyakan hal yang sama. Sepertinya darah gadis ini agak lain dari yang lain.
Max hanya mengangguk saja. Setuju dengan kata-kata Josh dan Carson. Bau darah perempuan ni lain dari yang lain.
"Tunggu apa lagi? Jom bawa dia keluar" arah Max seraya membongkokkan badannya untuk mengangkat tubuh badan Elicha ala bridal style.
"Eh kejap!" halang Carson tiba-tiba serentak tangannya naik memberhentikan tangan Max. Josh dan Max memandang Carson pelik.
"Kau kenapa? Kita dah tak ada masa ni tau" kata Josh menahan dari emosi.
"Kalau Noah tahu macam mana?"
"Sebab tu la kita kena angkat dia dan segera pergi.. sebab soalan kau tu la.. tak nak dia tahu, faham?" kata Max sedikit penekanan.
"O..oww.. okey." Maka dengan itu, Max mula mengangkat tubuh Elicha dan turut di bantu oleh Josh. Dan tiba-tiba ada tangan memegang bahu Carson dari belakang. Carson tersentak. Takut-takut dia menoleh ke belakang dengan riak wajah cuak semacam.
Nafas Carson mula tidak stabil. Kegugupan juga mula mendadak naik dalam diri Carson ketika ini. Melihat raut wajah yang menyentuh bahunya itu sungguh mengerikan.
"M..Max.. J.. Josh.." panggil Carson gementar dengan tangan melambai kecil dari arah bawah untuk menarik perhatian Max dan Josh.
"Argh! Kau ni apa lag-" Max yang ingin marah kepada Carson terhenti tatkala anak matanya terpandang pada wajah tegang serta dingin dari arah belakang Carson itu.
"N.. Noah.."
Bersambung...
YOU ARE READING
Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]
VampireDisebabkan ketakutan menguasai diri akibat dikejar oleh orang suruhan bakal suaminya kerana melarikan diri dari pernikahan tersebut dengan terpaksanya ELICHA menerjah masuk ke dalam kawasan rumah agam mewah serta besar yang langsung dia tidak kenali...