SENYUMAN bahagia Elicha tidak lepas dari terukir. Dia memandang hidangan di hadapannya sebelum matanya bergerak memandang Noah.
"Thanks" ucap Elicha. Dan Noah sekadar balas dengan senyuman serta mengangguk ringkas.
"Anything for my dear. So, let's eat?"
"Hm!" Pisau serta garfu di raih. Sekeping daging berwarna koko gelap bersama sos merah serta sayur terhias sekali dengan daging terlihat sangat menyelerakan.
"Elicha," panggil Noah setelah dia habis menelan daging empuk itu dalam mulutnya.
"Ye?" sahut Elicha tanpa memandang Noah di hadapan. Oleh kerana, tangan kanannya sedang bekerja memotong daging yang agak sukar itu.
"Saya nak tanya awak sikit boleh?"
"Tanya apa?"
"Siapa bagi kunci bilik yang awak masuk tadi tu?"
Elicha yang baru ingin menyuap daging ke dalam mulutnya itu terbantut.
"Oh! Kak Livia" jawab Elicha tanpa berfikir panjang lalu langsung menyuap daging itu ke dalam mulutnya.
Noah terdiam. Senyuman pada bibir langsung pudar. Dia melemparkan wajahnya ke arah lain sekilas.
"Kenapa awak tanya?"
Pertanyaan Elicha membuatkan Noah menggeleng kepalanya kecil serta menayangkan senyuman paksa buat gadis itu. Dapat respon seperti itu, Elicha hanya mengangkat bahu saja dan kembali menjamu selera. Namun, tidak kepada Noah. Genggaman pada pisau dan garfu digenggam erat menahan marah terhadap Livia.
"Sial. Perempuan tu hampir bongkarkan rahsia aku." getus hati Noah.
Sambil mengunyah, Elicha tidak sengaja terpandang wajah tegang serta dingin Noah itu. Sekali gus tatapannya sangat tajam sekali.
"Awak?" tegur Elicha walaupun hanya tersisa seratus persen saja keberaniannya itu. Dan Noah tersedar dari lamunan. Dia memandang wajah Elicha dengan mata bulat kecil.
"Y.. yes dear?"
"Awak okey tak?"
"Okay. Why?"
"Tak ada lah. Muka awak nampak tegang semacam je.. macam tengah marah sesuatu.. ke saya ada terlepas cakap dekat awak tadi?"
Noah tersenyum sambil menggeleng kepalanya perlahan.
"Tak ada lah. Mana ada. Semua okey. Dah, enjoy your meal" jawab Noah yang mahu meyakinkan Elicha.
Elicha muncungkan bibir ke depan dan mengangguk percaya.
Setelah memastikan Elicha tidak lagi peduli kepadanya, senyuman Noah lesap sekelip mata. Secara tidak sengaja dia terpandang ke arah pintu. Terdapat di situ adanya Livia dan Anne sedang mengintip ke arahnya di sebalik dinding.
Sedar dengan tatapan Noah, Livia langsung menarik Anne.
"What happened?" tanya Anne bingung.
Livia menyandarkan diri pada dinding dengan nafas tidak keruan serta menelan air liurnya kasar. Wajahnya sudah cuak dengan tatapan tajam dari Noah tadi. Silap langkah sudah dia lakukan. Nak patah balik? Semuanya sudah terlambat. Sangkaannya yang penuh harapan tinggi agar Elicha keluar dari rumah ini ternyata hasilnya GAGAL.
Anne masih menunggu respon dari Livia. Livia yang sudah tersedar dari lamunan itu, akhirnya menarik Anne beredar dari pintu balkoni bilik itu.
"Noah,"
"Ye?" respon Noah tatkala anak matanya sekarang telah beralih memandang wajah Elicha.
"Saya nak tanya awak pulak boleh? Tapi jangan marah melulu tau?" pesan Elicha dari awal.
Noah tersenyum dan mengangguk kecil.
"Kan pagi tadi saya masuk dalam satu bilik yang ada gambar banyak tu.. sebenarnya semua gambar tu gambar siapa? Kenapa ada dalam bilik tu? Gambar-gambar lama pulak tu?" Bertubi-tubi Elicha menyoal Noah ingin tahu tentang bilik yang dimasukki pagi tadi.
Kelakuan Noah ingin mengambil gelas kaca berkaki kurus panjang itu terhenti. Dia melihat sekilas pada wajah Elicha sebelum dia bergerak semula dan minum air berwarna merah pekat itu.
"Tu gambar perhiasan je.. tak ada apa pun" jawab Noah setelah dia minum air tersebut dan kembali letak di atas meja.
"Oh? Ye ke? Tapi say-"
"Dahh. Makan." Noah memotong percakapan Elicha. Melihat air muka Noah seakan berubah tegang membuatkan Elicha berhenti dari membahaskan tentang pagi tadi.
Sesungguhnya Elicha tidak habis fikir memikirkan tentang bilik yang dia masuk pagi tadi. Penasaran yang amat mendalam dengan bingkai gambar yang tergantung pada dinding yang di lihat tadi. Sebijik muka macam Noah.
Adakah gambar itu benar-benar Noah?
SETELAH siap membersihkan diri, Elicha keluar dari bilik mandi dan terdapat Noah berada di birai katil sambil memandangnya.
"Eh? Awak buat apa dekat bilik saya ni?" tanya Elicha pelik. Dia menggerling ke arah jam sekilas. 11:58 malam.
Noah tidak membalaskan apa-apa malah dia bangun dari duduk dan melangkah menghampiri Elicha. Elicha pula melihat Noah semakin dekat dengannya itu perlahan-lahan mengundurkan diri ke belakang.
"A.. awak nak buat apa ni?" tanya Elicha gugup. Langkah kakinya yang masih mengundurkan ke belakang itu telah pun terhenti apabila badannya sudah bertemu dengan dinding. Noah pula menongkatkan sebelah tangan kanannya pada dinding dan menatap dalam pada wajah takut Elicha itu.
"Awak sayangkan saya kan?" bisik Noah pada telinga Elicha.
Tekak Elicha yang tiba terasa kering itu hanya di basahi dengan air liurnya saja. Dia dapat merasai aroma bau Noah sangat wangi saat ini.
Noah mengukir senyuman setelah melihat Elicha meresponkan pertanyaan hanya anggukkan kepala sahaja.
"Kalau terjadi apa-apa yang buat awak marah atau terkejut.. awak tinggalkan saya tak?" soal Noah. Kini matanya beralih pada leher Elicha. Deruan bau darah milik gadis itu membuak-buak masuk ke dalam lubang hidungnya.
"Ke.. kenapa saya nak tinggalkan awak? Saya kan dah jatuh cinta sangat-sangat dan sayang sangat-sangat dah dekat awak? Semestinya saya takkan tinggalkan awak" jelas Elicha sedikit gementar.
Terus senyuman pada bibir Noah semakin naik tersenyum hingga ke telinga.
Tiba-tiba jam yang berada di dalam bilik Elicha berbunyi menandakan sudah tepat pada jam 12 tengah malam.Serentak Noah menoleh ke arah jam tersebut lalu kembali memandang wajah Elicha sekilas dan kemudian beralih ke arah leher. Sukar dia ingin menahan diri untuk mengigit leher gadis itu.
Tiada pilihan lain, Noah terus menerkam leher Elicha dan menghisap darah gadis itu.
Elicha memejamkan matanya rapat menahan sakit pada lehernya sehingga matanya perlahan-lahan layu dan mula terjatuh dalam dakapan Noah.
Noah menjauhkan wajahnya dari leher Elicha. Dia mengelap sedikit cecair darah di hujung bibirnya itu.
Puas. Ya, sangat puas Noah melakukan hal tersebut. Oleh disebabkan, lama dia menahan diri. Jadi dia terpaksa melakukannya.
"Sweet dreams, dear" ucap Noah separuh bisik pada telinga Elicha yang sudah tidak sedarkan diri dalam pelukkannya itu.
Bersambung...

YOU ARE READING
Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]
VampireDisebabkan ketakutan menguasai diri akibat dikejar oleh orang suruhan bakal suaminya kerana melarikan diri dari pernikahan tersebut dengan terpaksanya ELICHA menerjah masuk ke dalam kawasan rumah agam mewah serta besar yang langsung dia tidak kenali...