KELUAR dari bilik Noah, Elicha bergegas lari ke arah biliknya lalu melolos masuk. Dia menyandarkan diri di permukaan pintu bilik.
Elicha tersenyum malu. Dia menyentuh hidungnya yang masih lagi terasa hangat. Namun, cepat-cepat dia menggeleng kepala agar tidak mengingatkan kembali kejadian di bilik Noah sebentar tadi.
"Dia orang pertama cium aku."
Sejurus itu, Elicha langsung menapak kaki ke arah katil dan merebahkan dirinya di atas tilam empuk dengan posisi meniarap. Wajah di sembam pada bantal menahan rasa malu mendadak dalam dirinya saat ini.
"Hmmm! Malunya aku!" Elicha separuh jerit. Dia kemudiannya memusingkan badannya menatap atap siling.
"Kenapa aku rasa dada aku berdegup-degup eh sekarang? Takkan sebab dia cium aku kot? Dan.. takkan la disebabkan dia cium aku.. aku dah mula jatuh cinta dengan dia?" gumam Elicha. Hidung mancungnya kembali di sentuh. Dia memejamkan mata rapat lalu menggeleng-gelengkan kepala.
"Are you okay?"
Pantas Elicha bangun dari baringan. Terkejut dia melihat Noah sedang menyandarkan bahu di dinding sambil menyilang tangan pada dada.
Elicha tersengih malu. Leher di gosok sekilas.
"Ye.. sa.. saya.. okay.. tapi.. sejak bila lagi awak berdiri dekat situ?" tanya Elicha pelik campur gugup.
Noah tersenyum lalu berjalan mendekati Elicha. Dia duduk di sebelah Elicha.
Elicha hanya memerhati saja gerak-geri lelaki di sebelahnya ini. Terlihat Noah sedang mengeluarkan sesuatu dari belakangnya.
"Nah. Untuk awak."
Elicha tergamam. Dia memandang sebuah kotak yang agak eksklusif dan Noah bersilih ganti.
"Untuk saya? Tapi, apa benda ni?"
Noah mula membuka penutup kotak . Seutas gelang perak bersinar di keluarkan. Seterusnya, dia meraih tangan kanan Elicha dan memakainya di pergelangan gadis itu.
"Wah? Cantiknya? Bila masa awak beli?" tanya Elicha sambil memutar-mutarkan tangannya melihat gelang perak yang sudah terlilit di pergelangan tangannya dari pemberian Noah.
"Sesuai gelang tu dengan awak" dalih Noah dengan anak mata tidak lepas melihat wajah teruja Elicha itu. Kelihatan gadis itu menyukai pemberiannya. Senyuman kecil terbit pada bibir.
"Elicha,"
"Yes?" sahut Elicha tetapi matanya masih setia melihat pada pergelangan tangannya.
"Petang nanti ikut saya?"
Kelakuan Elicha terhenti. Wajah Noah di pandang dengan kening terangkat sebelah.
"Ikut awak? Pergi mana?"
"Cuma ikut. Boleh?"
"Hm.. boleh!" balas Elicha semangat walaupun masih ragu dengan pelawaan Noah tadi.
Noah tersenyum. Spontan tangannya naik membelai rambut Elicha.
Elicha terserentak. Tapi cepat-cepat Elicha berubah riak wajah. Sudah la tadi kejadian tidak terduga terjadi. Tambah pula, dengan lelaki itu sekarang ini membelai rambutnya. Memang semakin bertambah merah lah jawabnya muka Elicha.
"Kenapa muka awak merah?" usik Noah sambil tersenyum miring.
"M.. mana ada merah! Panas. Ye panas. Bilik ni panas!" dalih Elicha sambil membuat muka pura-pura berlagak tenang. Padahal diri dah gementar semacam.
Noah tertawa geli hati. Kemudian itu, dia menjatuhkan tangannya dari kepala Elicha lalu bangun dari duduk.
"Jangan lupa petang nanti. Saya tunggu dekat bawah" pamit serta pesan dari Noah sebelum kaki dia mengundur ke belakang dan melangkah pergi meninggalkan Elicha tanpa sempat gadis itu mahu membalas.
YOU ARE READING
Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]
VampireDisebabkan ketakutan menguasai diri akibat dikejar oleh orang suruhan bakal suaminya kerana melarikan diri dari pernikahan tersebut dengan terpaksanya ELICHA menerjah masuk ke dalam kawasan rumah agam mewah serta besar yang langsung dia tidak kenali...