NOAH dan Elicha duduk di sebuah kerusi panjang yang telah tersedia di sebelah pintu luar rumah. Setelah makan malam tadi, Elicha meminta Noah menemaninya untuk mengambil angin malam sebentar.
"Cantik jugak luaran malam rumah awak.. saya pun pasang jugak lampu tapi tak ada la banyak macam awak ni.. dah macam nak ajak orang makan pesta pulak dekat sini" ujar Elicha melihat lampu-lampu elok terletak berbaris mengikuti laluan rumah ke pagar besar.
Noah hanya tersenyum saja mendengar ujaran Elicha. Sebenarnya matanya sejak dari tadi lagi tidak lepas menatap ke arah bulan. Takut jika bulan itu betul-betul berada di tengah langit. Tetapi sekarang, bulan itu belum di tengah langit.
"Elicha,"
"Hm?"
"Awak happy tak duduk sini?" soal Noah membuka topik bicara.
"Of course la happy! Sebab saya rasa dekat sini macam tenang sangat-sangat.. tak macam dekat rumah saya tu.. even besar sekali pun tapi langsung tak ada ketenangan. Tambah pula dengan parents saya yang tak habis-habis paksa saya kahwin dengan lelaki saya tak cinta.. serabut tau!"
Luahan Elicha itu cukup membuatkan Noah sedikit tertawa dengan ekspresi wajah gadis itu. Dengan dahi berkerut-kerut menceritakan kisahnya. Sekejap bibir muncung ke depan, sekejap mengetap gigi menahan geram. Sungguh mainkan peranan.
Elicha menoleh melihat Noah di sebelah.
"Awak?" Elicha melambai tangannya pada wajah Noah.
"Ye.. yes?" respon Noah setelah tersedar dari lamunan.
"Awak ni.. saya tengah meluah sikit je, cepat pulak dia termenung" kata Elicha seraya menggulingkan matanya ke atas. Manja.
Noah menguntum senyuman, dia cuba menatap langit sekali lagi dan bulan itu sudah hampir berada di tengah langit. Dia pantas memandang Elicha dengan panik.
"Elicha, I.. I think you should go to your room right now.." arah Noah gugup.
Elicha yang menoleh ke arah lain terus memandang Noah dengan wajah bingung. Kita merajuk, dia suruh masuk pulak. Bukannya nak pujuk.
"Kenapa? Saya tak puas lagi nak ambil ang-"
"Now!!!"
Bahu Elicha terhinjut. Terkejut dengan jerkahan kuat dari Noah. Dengan perlahan-lahan bercampur takut dia bangun dari duduk. Matanya tidak lepas melihat wajah tegang Noah. Sejurus itu, Elicha langsung meloloskan diri masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik tidurnya.
Saat bunyi suara kuat dari serigala, perubahan mata dan gigi Noah mula bertukar. Kemudian itu, dia menatap ke arah pintu. Bau-bau darah manis dari Elicha masih terasa. Dia cuba mengawal diri agar tidak terburu-buru menyerang gadis itu kerana dia tahu gadis itu sedang gelisah seorang diri di dalam bilik. Mana mungkin dia terus menerkam gadis itu dengan keadaan mata gadis itu terbuka.
Sementara itu, Elicha di dalam bilik tidak berhenti dari kehulur-kehilir di ruangan bilik besar itu.
"Kenapa dia tiba-tiba marah aku eh? Padahal tadi elok je borak santai bagai?" gumam Elicha hairan. Dia mengigit kecil hujung ibu jarinya sambil tangan menyilang pada dada.
Elicha berhenti dari kehulur-kehilir. Dia mula duduk di birai katil sambil merenung lama ke arah dinding.
"Mungkin, dia penat kot..? Ye la seharian dia teman aku.. lagi-lagi kat taman bunga petang tadi.. habis berapa round aku ajak dia tengok bunga.. mungkin sebab tu kot.." andaian Elicha sendiri. Cuba berfikir positif terhadap Noah.
"Hm. Malas la nak fikir. Baik aku tidur je la." Elicha mula naik atas katil dan merebahkan diri di atas tilam empuk. Selimut di tarik menutupi separuh bahu.
![](https://img.wattpad.com/cover/373450790-288-k743077.jpg)
YOU ARE READING
Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]
VampireDisebabkan ketakutan menguasai diri akibat dikejar oleh orang suruhan bakal suaminya kerana melarikan diri dari pernikahan tersebut dengan terpaksanya ELICHA menerjah masuk ke dalam kawasan rumah agam mewah serta besar yang langsung dia tidak kenali...