Bab 34 - DALAM GENGGAMAN MR. VAMPIRE

1K 27 0
                                    

NAFAS di hembus kasar. Hidangan sedikit mewah dari air tangannya di pandang dengan senyuman kecil terukir. Cadangan untuk lembutkan hati Noah akan beriaksi tidak lama lagi.

"Minta-minta la hati dia akan lembut nanti.." kata Elicha penuh harap.

Tidak lama kemudian itu, pandangannya tersentak melihat ke arah Noah yang baru melangkah masuk ke dapur. Senyuman kecil berubah menjadi lebar. Kaki di hayun laju ke arah Noah.

"Hai~ jom makan?" Lengan Noah di paut mesra dengan senyuman lebar tidak lepas dari bibirnya.

Noah memandang Elicha sedikit hairan. Wajah polos gadis itu sedikit tercuit hatinya. Tambahan pula, sentuhan erat dan mesra darinya.

"Awak kenapa?" tanya Noah dengan kening terangkat sebelah.

"Tak ada pape. Cuma.. nak bermanja dengan awak? Tak boleh? Lagipun saya ada masakan menu istimewa untuk awak" ujar Elicha penuh keriangan.

"Menu istimewa? For me?"

"Yeah.. for you.. siapa lagi dalam rumah ni selain awak? Kita dua je kan?"

Noah tersenyum tipis tanpa sedikit pun beralih mata memandang ke arah lain. Wajah Elicha lebih menyenangkan. Tambahan pula, dengan senyuman manisnya. Sangat mencairkan.

"Dah la. Jom kita makan." Elicha menarik lengan Noah ke arah meja makan. Kerusi di tarik keluar dari meja dan menyuruh Noah untuk duduk. Malam ni dia akan melayani Noah sebagai raja.

Kerusi berhadapan dengan Noah di labuhkan punggungnya bersama senyuman tidak pernah hilang dari bibir. Begitu juga dengan Noah. Lelaki itu tidak lepas melihat kejutan dari Elicha. Dengan dua batang bunga ros berada tegak dalam pasu kaca lut sinar dan di iringi dengan dua batang lilin kiri dan kanan pasu kaca itu.

"Kenapa awak buat semua ni?" soal Noah ingin tahu. Hairan juga tiba-tiba Elicha berkelakuan romantis seperti saat ini.

"Saja. Nak meraikan hari terakhir bersama dengan awak."

Senyuman manis sekelip mata lesap. Jawapan yang keluar dari mulut Elicha agak lain dari yang lain.

Perasaan dengan air muka Noah sudah berubah tegang. Lantas Elicha terdiam mengingati kembali tutur katanya sebentar tadi.

"E..err maksud saya nak meraikan kisah cinta kita.. ye laa sebab dulu kan awak yang selalu buat macam ni dekat saya dulu? J..jadi biar la saya pulak yang buat macam ni dekat awak.. tapi berlainan tepat la.. awak buat dekat balkoni.. dan.. dan saya buat dekat dapur."

Walaupun penjelasan Elicha separuh gugup, tetapi dia tetap cuba mahu menenangkan Noah. Mengusirkan perkataan negatif yang berlegar-legar dalam fikiran lelaki itu meskipun perkara yang di fikirkan itu semuanya benar belaka.

"Betul?"

"Y..ya.. be.. betul.. sayang."

Noah terserentak. Panggilan.. panggilan tu..

"You call me what?" Noah ingin memastikan. Walaupun jelas dia kendengaran tetapi sengaja mahu Elicha mengulang kembali panggilan itu.

"Sayang?"

Semakin lebar senyuman Noah. Panggilan tu la yang selama ini dia nanti-nantikan dari mulut Elicha.

"I love you, my dear" ucap Noah dengan senyuman bahagia. Manakala Elicha hanya tersenyum kecil dan tertawa kekok.

"I.. I love you more, sayang."

Terpaksa. Ya, terpaksa panggil sayang. Mungkin ini saja jalan untuk memperlembutkan hati Noah agar mengizinkan dirinya pergi dari sini.

"Erm, jom makan? Saya dah lapar." Elicha nerengek manja sambil mencebik bibir.

"Alright. Let's eat."

Maka dengan itu, makan malam atau lebih di kenali dalam bahasa orang putih dinner mula berlangsung. Di antara mereka tidak lepas mempamerkan senyuman membalas satu sama lain.

Bagi Noah malam ini adalah malam yang paling bahagia buatnya kerana Elicha telah memberikan kejutan makan malam bersama tanpa gangguan. Cadangan buruknya untuk melakukan sesuatu pada Elicha terbatal dek kerana kejutan dari Elicha.

Tetapi tidak kepada Elicha. Senyuman manis pada bibir gadis itu hanyalah palsu. Dalam masa yang sama dia juga merasa sedih. Sedih untuk pergi meninggalkan Noah. Dia tahu lelaki itu banyak berjasa dengannya. Tapi apakah nasib? Kehidupannya tidak sama dengan Noah.

Sakit. Sungguh sakit buat Noah. Berbuat baik tetapi ini balasan yang Noah dapat? Seharusnya berbuat baik balasannya akan juga baik. Tapi. Tidak kepada Noah. Berbuat baik tapi balasan jahat dia dapat.

Sungguh tidak adil!

Akan tetapi. Adakah rancangan yang telah Elicha cadangkan itu akan berjaya? Berjaya melepaskan diri dari genggaman Mr. Vampire?

Bersambung...

Dalam Genggaman Mr. Vampire [✔︎]Where stories live. Discover now